Cara Memulakan Bisnes Mobile Spa

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Bulan lepas Cik Mien berkesempatan untuk hadir ke Bengkel Mobile Spa yang dianjurkan oleh Master Salwa, sideline daripada group Ireach. Cik Mien sangat teruja bab mobile spa ni ye la bila dapat tahu aktiviti sebegini boleh buat sendiri di rumah dan part paling best ialah boleh membantu menjana pendapatan. Kali ini Cik Mien kongsi sedikit ilmu dengan korang cara memulakan bisnes mobile spa yang mudah dan praktikal.

Cara Memulakan Bisnes Mobile Spa

Beza Mobile Spa dan Home Spa

Ada 3 perbezaan antara perkhidmatan mobile spa dan home spa ini;

  1. Mobile Spa memberikan servis perkhidmatan spa secara bergerak yakni ke rumah atau lokasi yang diinginkan oleh pelanggan manakala Home Spa, servis diberikan di rumah di mana pelanggan perlu datang ke rumah untuk mendapatkan rawatan.
  2. Konsep Mobile Spa sangat mudahkan pelanggan untuk dapatkan rawatan spa berbanding Home Spa yang memerlukan pelanggan bergerak ke tempat rawatan.
  3. Bila sebut Mobile, therapist yang akan membawa segala peralatan dan kelengkapan spa. Jadi perlukan kerjasama daripada pelanggan untuk set up di rumah mereka manakala Home Spa pula lebih selesa kepada pelanggan sebab semuanya dah tersedia.

Siapa Pelanggan Mobile Spa

Ada 3 golongan pelanggan Mobile Spa yang dikenalpasti iaitu

1. Kanak-kanak

Biasanya golongan ini kurang mempunyai masalah kulit namun mereka juga boleh menikmati spa  dengan memperkenalkan bahan-bahan semulajadi seperti madu, coklat dan strawberry.

2. Remaja dan Dewasa (18 hingga 30 tahun)

Golongan ini pula biasanya mempunyai masalah kulit berminyak, kering dan sensitif.

3. Dewasa ( 3o tahun ke atas)

Biasanya peringkat golongan ini menghadapi masalah kulit kering, pori terbuka, kulit sensitif dan penuaan. Ini adalah masalah biasa yang dijumpai kerana pada peringkat umur sebegini, badan kita telah mula kurang menghasilkan kolagen.

Dah kenal pelanggan barulah kita boleh decide apa jenis rawatan yang kita boleh tawarkan. Jom kita tengok apa yang kita boleh bantu mereka…

6 Jenis Rawatan Mobile Spa

Basic Facial Spa– untuk kulit normal dan tiada masalah

Acne Treatment Facial Spa-kulit berminyak dan berjerawat. Selepas membuang jerawat, wajah dipakaikan masker untuk menutup pori, meredakan jerawat dan menenangkan kulit.

Hydrating Facial Spa– dicadangkan bagi masalah kulit kering, pori terbuka, kulit sensitif dan anti penuaan. Dipakaikan masker untuk melembapkan kulit wajah. Wajah akan lebih halus dan anjal.

Anti-aging Facial Spa– sekiranya wajah pelanggan menunjukkan garis-garis halus dan kedutan di wajah. Pemilihan bahan yang mengandungi kolagen, vitamin C, AHA dan BHA (Alpha & Beta Hydroxy Acid) sangat sesuai untuk mengurangkan kedutan, merangsang pembentukan kolagen dan menganjalkan kulit.

Bahan Mobile Spa

Detox Facial Spa-Membersih wajah menyeluruh dan menghilangkan kotoran yang menyebabkan pori-pori tersumbat akibat lemak yang menutup liang pori dan menyebabkan jerawat. Rawatan ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kulit kusam.

Brightening Facial– mereka yang mengalami masalah kulit kusam, hyperpigmentation(jeragat),warna kulit tak sekata dan kulit terbakar akibat cahaya matahari. Pemilihan bahan intensif untuk pencerahan wajah bagi menghasilkan kulit yang cerah dan bersinar.

haa, dah tau apa yang perlu dibuat untuk kulit pelanggan, inilah masanya plak untuk kita shopping peralatan mobile spa yang diperlukan.

Peralatan Mobile Spa Yang Perlu Anda Sediakan

Pertama, mestilah barangan asas. Seperti, sponge, mangkuk, tuala, berus, steamer, sarung tangan, beg, alcohol swap dan lain-lain.

Kedua, Set Penjagaan Wajah yang kita hendak gunakan. Antaranya Set Youth Shaklee, masker. Cik Mien cadangkan penggunaan set Youth Shaklee memandangkan ia selamat, bebas daripada 1500 bahan kimia, terbukti berkesan dan menggunakan bahan semulajadi.

Ketiga, Mesin Mudah Alih (Portable) seperti ultrasonic machine, exfoliate, peeling, rejuvenating dan face lifting.

Contoh:

  1. Ultrasonic Dermabrasion: untuk rawatan Peeling, Delivery dan Massager
  2. Hammer Beauty Machine: Pilih yang ada hot+sonic and cold+sonic mode. Sesuai digunakan untuk menganjal, mengetat, melembutkan tekstur wajah, membuang kotoran, mengurangkan kedutan, mencerahkan wajah, mempercepatkan penyerapan, melegakan keletihan, menaikkan seri dan kulit bersinar.

Hot Mode digunakan untuk…

  • Membuka liang roma
  • Membersih wajah
  • Membuang kotoran
  • Mengurut wajah

Sonic Red LED Mode digunakan untuk…

  • melancar peredaran darah
  • merangsang pertumbuhan kolagen
  • menganjalkan kulit
  • melembut dan melembap
  • sesuai untuk rawatan anti penuaan

Cold Mode pula digunakan untuk…

  • Menyejukkan wajah
  • Membaiki tekstur kulit
  • Menutup liang pori
  • Melegakan tekanan dan kelegaan kulit
  • Mengetat dan menganjalkan
  • Menyerap segala nutrien pada kulit dan melembapkan

Sonic Blue LED Mode digunakan untuk…

  • Membunuh bakteria
  • Melancar peredaran darah
  • Anti-radang, mematikan jerawat, memudarkan parut jerawat dengan berkesan
  • Sesuai untuk kulit berjerawat dan sensitif

Peralatan Mobile Spa

Bila kita dah ada senarai peralatan, dah tahu jenis rawatan yang kita hendak berikan, barulah kita boleh kira kos perkhidmatan mobile spa.

Cik Mien nak ajar cara built up rate untuk perkhidmatan mobile spa ni pun tak berapa mahir sangat. Apa yang boleh dibantu ialah mungkin dengan sedikit panduan di bawah boleh bantu anda menyediakan harga perkhidmatan yang ditawarkan.

Faktor Yang Perlu Dipertimbang untuk Kira Kos Perkhidmatan Mobile Spa

  1. Jenis Produk
  2. Jenis Rawatan
  3. Masa Rawatan
  4. Kos Upah
  5. Jarak Perjalanan

Dalam pada nak tetapkan harga tu, seeloknya kita hadamkan step buat spa dan cuba prektis dengan mak, adik beradik atau suami. Kena jaga gak masa untuk setiap rawatan yang kita berikan supaya sesuai dengan kos yang kita letak.

Dah tahu kira harga, barulah kita boleh fikirkan untuk pemasaran.

5 Kaedah Pemasaran Mobile Spa

Antara medium yang korang boleh guna ialah;

  1. Flyer/Brosur
  2. Social Media
  3. WhatsApp Group
  4. Blog
  5. Iklan

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian ilmu. Walaupun tak seberapa namun amat bermakna bagi mereka yang ingin memulakan bisnes mobile spa. Kalau ada tak faham ke boleh call Cik Mien ye.

Berminat nak jadi 30 orang pertama customer La Bella Mobile Spa? Boleh hubungi Cik Mien ye. Dan untuk sesiapa yang germinate untuk jadikan sebagai side income, Cik Mien sudi untuk tunjuk ajar.

xoxo

Feel Younger by Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge