Cara Mencegah Jeragat Agar Wajah Anda Kembali Berseri

Assalamualaikum w.b.t dan Salam ceria,

Jeragat merupakan salah satu antara masalah kulit yang kerap dihidapi oleh wanita. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (PDAS) jeragat adalah tanda kerosakan pada kulit di lapisan dalam.

APA ITU JERAGAT ?

🌸Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya.

🌸Jeragat bermula dengan tompok tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut.

🌸Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

🌸Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat.

🌸Manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.

🌸Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain.

🌸Dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda 😫😱

Nak menghapuskan jeragat dari muka kita dengan cara yang selamat dan natural bukannya senang.

Kalau pakai krim kilo (yang ada merkuri, hidroquinon, etc) 1 ke 2 minggu confirm boleh hilang.

Tapi yang hilang cuma di permukaan kulit je. Jeragat kat dalam kulit tetap ada.

Dah guna produk yang ada bahan kimia tu tanggunglah azabnya bila berhenti guna produk tu nanti.

Bukan takat makin teruk jeragat yang akan keluar, sel kulit muka pun boleh rosak tau!Kulit pun jadi makin menipis, pedih uiii…

CARA MENCEGAH JERAGAT

1. Gunakan pelembap wajah yang mengandungi SPF ataupun sunblock untuk mengelak terkena sinaran ultra ungu yang boleh merosakkan kulit. Pilih krim yang mempunyai kandungan SPF 15 hingga 30 yang sesuai dengan cuaca kita di Asia.

2. Bawa payung sekiranya perlu untuk melindungi kulit dari jam 12 tengah hari hingga 4 ptg drpd terkena pancaran matahari.

3. Amalkan gaya hidup sihat, minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari, hindari stres melampau, jauhi rokok dan amalkan diet yang seimbang.

4. Gunakan produk kulit atau alat solek yang sesuai dan selamat.

5. Hati- hati ketika mengambil sebarang ubat-ubatan. Kerana sesetengah ubat boleh menggalakkan lagi penghasilan pigmentasi pada kulit.

JENIS-JENIS JERAGAT

1) Epidermal

Jenis ini hanya melibatkan kawasan kulit luar. Ia boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit wajah yang semulajadi.

Jenis ini juga menunjukkan jeragat yuang berwarna coklat cair dan kelihatan gelap di bawah lampu.

2) Dermal

Jeragat jenis ini terjadi di bawah lapisan kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah jeragat jenis ini perlu perhatian lebih dari aspek pemakanan dan penjagaan kulit wajah.

Ia kelihatan seperti warna perang dan tidak kelihatan gelap di bawah cahaya lampu.

3) Campuran

Maksudnya, wajah memiliki kedua-dua jenis jeragat iaitu dermal dan epidermal.

Jenis ini memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan ia terus merebak ke seluruh wajah dan menyebabkan kulit menjadi kusam.

PUNCA JERAGAT

Wajah kita adalah bahagian kulit yang paling halus dan lembut. Jadi tak hairanlah kalau kita kurang menjaga penampilan, wajah kita mudah benar kelihatan tua, garisan penuaan mudah timbul dan dipenuhi dengan cela seperti jeragat dan jerawat. Cik Mien kongsikan dengan korang punca jeragat yang mungkin terjadi tanpa kita sedari.

punca jeragat

  1. Sinaran matahari yang mengandungi sinar UV dan sekiranya kulit kita terdedah lebih lama ia boleh memberi implikasi kepada kanser kulit.
  2. Kehamilan kerana semasa hamil, hormon kita tak menentu dan ia boleh menyumbang kepada masalah jeragat.
  3. Rawatan hormon, kajian menunjukkan rawatan hormon yang mengandungi estrogen dan progesteron boleh memberi kesan kepada wajah kita dengan menghasilkan jeragat.
  4. Pengambilan ubat-ubatan yang memberi kesan kepada keupayaan kulit untuk merawat sel-sel actif.
  5. Hypothyroidism -paras hormon tyrod rendah
  6. Disiplin penjagaan kulit muka, elakkan tidur tanpa mencuci mekap.
  7. Hormon yg tidak seimbang juga menyumbang kepada lambat pulih jeragat pada wajah.
  8. Pemilihan produk skincare yang salah,bahan di dalam product mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri, paraben dan etc.
  9. Wangian contohnya perfume,sabun( tindakan balas potoxsic), elakkan memilih skincare atau produk mekap yang berbau wangi.

Jeragat kalau dibiarkan lama2 akan menyebabkan muka kita ada tompokan. Bermula dengan tompokan kecil dan pudar, jika tindakan lambat diambil boleh menjadi tompokan besar dan jelas. Dapatkan set jeragat untuk atasi dilema ini dan amalkan penjagaan wajah yang selamat, semulajadi dan berkesan.

xoxo
Cik Mien

Wanita yang memilih mencegah daripada merawat

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

Leave a Reply

CommentLuv badge