Cara Mencegah Kerosakan Buah Pinggang

Assalamualaikum w.b.t dan Salan Ceria,

Cik Mien baru je selesai kelas mengenai kesihatan buah pinggang.  Jadi Cik Mien nak panjangkan ilmu yang Cik Mien belajar ini supaya kita sama2 dapat menjaga dan memelihara dengan baik organ yang satu ini.

Kenali Buah Pinggang Anda

Buah pinggang kalau kita tengok sekali imbas nampak seperti sama je. Rupa-rupanya tidak.

✅Buah pinggang yg kiri terletak stengah inchi lebih tinggi dari buah pinggang sebelah kanan
✅Buah pinggang kiri lebih panjang dan nipis dari yang sebelah kanan tapi lebih berat sedikit
✅Buah pinggang mengandungi 2juta penapis micro dipanggil nephrons yang berterusan menapis segala sisa buangan, air dan garam dari saluran darah dan kemudian dibuang sebagai urin

Sumber: Dr.Bruce Miller (buku Family Health Modern Diseases)

Fungsi utama buah pinggang

Selain dari ovum, buah pinggang juga antara organ yang mengandungi mitokondrian terbanyak sebab fungsinya sebagai ‘heavy machine’.

Untuk menyingkir sisa buangan
Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil “urea” dan “kreatinin”.

Untuk mengawal jumlah cecair
Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.

Untuk mengawal tekanan darah
Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar anda mempunyai cukup darah di seluruh tubuh anda. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan anda mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.

Mengawal kesihatan dan ketumpatan tulang

Kegagalan buah pinggang berkait dengan banyak penyakit-penyakit lain termasuk diabetes dan darah tinggi.

Buah pinggang bermasalah ni juga muncul secara senyap-senyap maka berhati-hatilah dan sentiasa menjaga buah pinggang kita.

Tanda-tanda Kerosakan Buah Pinggang

Kerosakan buah pinggang bukanlah bermaksud pinggang sakit, akan tetapi tanda berikut menunjukkan buah pinggang kita gagal berfungsi;

  • sesak nafas
  • letih/lesu
  • kurang selera makan
  • rasa mual/muntah
  • bengkak kaki

Tapi kita janganlah buat kesimpulan sendiri, adalah lebih baik kita berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan awal.

Doktor akan membuat ujian terlebih dahulu untuk kepastian penyakit buah pinggang. Ujian yang terlibat ialah Ujian Darah, Ujian Creatinine, Ujian paras gula dalam dará dan Ujian air kencing protein.

Kesan Kerosakan Buah Pinggang

Bila buah pinggang gagal berfungsi ia akan membawa kepada:

1)Buah pinggang tidak menapis darah anda dengan baik
2)Buah pinggang tidak mengeluarkan lebihan cecair dengan baik
3)Ia boleh memberi kesan kepada tekanan darah anda
4)Ia boleh menyebabkan anemia dan penyakit tulang

Bagaimana Vivix boleh membantu atasi dilema sakit buah pinggang?

Vivix adalah supplements yang kaya dengan resveratrol dan 15 polifenol. Terdapat 6 mekanisme bagaimana vivix membantu memelihara buah pinggang kita iaitu;

●Mengurangkan penggumpalan platlet dalam buah pinggang
●Meningkatkan dan memelihara struktur dan bentuk buah pinggang normal
●Tinggi antioksidan. Oleh itu anti oksidan ini akan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel-sel nephron buah pinggang sekaligus membantu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang
●Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang pesakit
●Mengurangkan proses lipid peroksida
●Membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang

Untuk testimoni boleh klik sini ye.

Cara Lain Untuk Menjaga Buah Pinggang

Selain itu, Cik Mien nak pesan elakkan penggunaan abatan yang boleh meracuni buah pinggang.

Antaranya ialah:

  • Ubatan tradisional
  • Herba-herba
  • Ubat penahan sakit

Sebaiknya tanya doktor kita terlebih dahulu adalah jalan paling selamat untuk bantu kita buat keputusan.

Untuk mempunyai buah pinggang yang sihat, kita dinasihatkan membuat langkah-langkah pencegahan seperti:

  • mengamalkan gaya hidup sihat
  • tidak merokok
  • makan makanan yang berkhasiat
  • kawal berat badan
  • bersenam

Cik Mien harap entri ini membantu korang semua tahu betapa pentingnya organ buah pinggang ini dalam hidup kita. Betapa kita tak mampu hidup tanpa buah pinggang.

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita yang memilih produk yang berkesan, selamat dan semulajadi

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

 

Leave a Reply

CommentLuv badge