Cara Menentukan Kuantiti Pencuci Muka Yang Hendak Digunakan

Ada kawan Cik Mien bagi feedback, katanya dah lama menggunakan skincare tapi masih belum berhasil.

Bila Cik Mien check, rupanya kuantiti yang digunakan tidak mencukupi untuk membersihkan wajah.

Alahai sayangnya. Apabila wajah kita kurang bersih, toner, serum dan krim lain2 menjadi kurang berkesan.

Sebab itulah memilih pencuci muka dan tahu cara menggunakan pencuci muka sangat penting.

Cara Menentukan Kuantiti Pencuci Muka

Untuk pencuci muka seperti Youth Luminous Gel Cleanser, kuantiti yang dicadangkan ialah sebesar duit syiling.

Kalau anda guna pencuci muka jenis berbuih, cukup sekadar satu pam sahaja.

Tips Memilih Pembersih Wajah Yang Sesuai Untuk Jenis Kulit

Cara Menentukan Kuantiti Toner

Sebanyak 2 kali sehari untuk toner iaitu pagi dan malam. Guna toner di waktu pagi untuk menyahkan sebum dan menyeimbangkan semula pH kulit muka.

Cara Menentukan Kuantiti Pelembap Muka

Sekiranya pelembap yang digunakan sesuai dengan jenis kulit muka, anda hanya memerlukan sebesar saiz nickel untuk seluruh wajah.

Sapu pelembap secara berlebihan akan membuatkan wajah kita kelihatan terlebih berkilat dan membawa kepada jerawat.

Cara Menentukan Kuantiti Serum

Serum, boleh digunakan sebanyak 2 kali sehari.

Selepas pembersihan muka, yakni mencuci dan toner, sapu serum pada muka.

Untuk guna serum pada waktu siang, seeloknya sapu sunscreen/sunblock selepas memakai serum.

Menggunakan serum tanpa sunscreen/sunblock di waktu siang boleh menyebabkan kulit kita terbakar.

Untuk guna serum pada waktu malam, sapu krim malam selepasnya.

Serum dipicit sebesar saiz kacang pea sahaja memadai untuk keseluruhan muka kita.

Cara Menentukan Kuantiti Krim Pelindung Matahari( Sunblock/Sunscreen)

Kebanyakan orang dewasa memerlukan krim pelindung matahari sebesar sudu untuk menyapu keseleruhan wajah mereka.

Pastikan krim pelindung matahari cukup untuk melindungi keseluruhan wajah kita.

Dan selalu top up suncsreen/sunblock setiap kali kita berpeluh, mandi atau selepas 2 jam.

Adakah entry ini membantu anda?

Kongsikan dengan semua rakan tentang entri ini.

Cik Mien dah follow step by step kuantiti yang dicadangkan, Alhamdulillah muka makin bertambah baik berbanding dulu.

Ingat ye, kalau salah kuantiti boleh memberikan kesan kepada wajah kita.

Untuk info mengenai tips/testimoni , boleh klik pada button di bawah ini ye.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.