Cara Nak Wean Off Menyusu, Bilakah waktu yang sesuai?

Alhamdulillah Syamim Ziyad, yang no. 3 ni dah berumur 4 tahun. Alkisahnya masih tak nak wean off lagi.

Setiap malam pasti Syamim mencari seolah-olah itu sahaja lah yang boleh buat tidur lena. Puting? Kalau di rumah pengasuh masa umur 2 tahun ke bawah Syamim dibiasakan dengan puting. Bila bersama dengan kami, tak pernah.

Suka pakai spec, kononnya nak ikut style Baba dia

Rezeki Syamim dapat menyusu badan dengan baik. Sungguh Cik Mien tak sangka dapat menyusukannya sehingga melebihi 2 tahun.

Kalau anak yang sebelum ini Cik Mien agak struggle untuk menyusu. Kesibukan kerja di pejabat tok sah cakap la. Ada masa rasa nak give up je. Mujur le di pejabat kami ada port untuk mengepam secara berjemaah.

Kebanyakan masa Cik Mien pam di kubikel sendiri je.

Sepanjang menyusu Syamim Ziyad, ada 3 tabiat yang Cik Mien amalkan. Formula asas je. Minum air secukupnya, makan kurma, dan konsisten dengan supplemen.

Milk booster? Entah, bila tanya pakar laktasi ada yang cakap itu tanggapan kita sahaja. Sedangkan yang pentingnya mood ibu menyusu mesti rasa gembira dan tiada stress.

Pernah tau Cik Mien rasa bengkak susu dek kerana masa tu stress dengan kerja. Sejam pam tak keluar apa-apa! hadoi… dari situlah Cik Mien merasakan menyusu ni begitu banyak cabarannya. Kita perlu tabik spring pada ibu-ibu menyusu tau.

Asal rasa stress je, cara mudah untuk atasinya ialah dengan berzikir dan mengaji kitab Al-Quran.

Balik ke topik asal, bila nak wean off?

Jawapannya tunggu je la ada rezeki baby baru Cik Mien wean off Syamim Ziyad ini. hihihi….

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.