Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,
Semoga hari ini dan yang mendatang memberi manfaat kepada kita semua.
Alhamdulillah melalui blog ni Mien dapat membantu ramai orang yang mahukan kesihatan mereka di paras optimum.
Dan kali ini Mien nak kongsi tentang satu penyakit yang tidak berjangkit iaitu psoriasis. Psoriasis adalah keadaan di mana bila kulit kita cepat menebal dan matang berbanding kulit normal.
Dilema kerana mempunyai kulit tebal yang bersisik dan menggerutu sangat merimaskan bagi penderita psoriasis. Apabila cuaca sangat sejuk atau terlalu panas, mereka akan merasa kegatalan dan ada di antara mereka tidak dapat menahan diri daripada menggaru sehingga kulit berdarah.
Mereka yang terdedah dengan psoriasis adalah golongan yang menghidap kencing manis, penyakit hati dan obesiti. Tetapi ia juga boleh terjadi pada bayi atau orang dewasa tanpa mengira peringkat umur.
Sokongan Bagi Psoriasis
Pesakit psoriasis sangat beruntung kerana ada pertubuhan/persatuan yang membantu memberikan sokongan kepada mereka iaitu Psoriasis Association of Malaysia. Memandangkan psoriasis dikategorikan penyakit di bawah dermatologi, mereka juga disokong oleh Persatuan Dermatologi Malaysia.
Bukan itu sahaja mereka juga mengadakan ruangan forum untuk pesakit berkongsi secara terbuka akan usaha yang mereka telah lakukan untuk mengatasi psoriasis. Boleh klik sini untuk membaca perkembangan forum.
Cara Menangani Psoriasis
Pesakit hendaklah mengawal dan memantau psoriasis secara berterusan untuk mengelak menjadi parah hingga boleh menyebabkan arthritis.
Pesakit boleh memilih untuk menjalani pemeriksaan dan pengambilan ubat-ubatan oleh hospital seperti topical treatment, biologic drugs, systemic medications, light therapy dan oral medications. Pesakit perlu tahu bahawa setiap pilihan rawatan mempunyai kesan sampingan yang berbeza. Atau boleh mencuba merawat secara alternatif seperti pengawalan diet, pengambilan herba atau supplemen, aromatherapy, yoga, akupuntur dan lain-lain.
Buat masa ini tiada ubat atau penyelesaian bagi merawat psoriasis.
Kurangkan Risiko Psoriasis Arthritis dengan Tonik Ajaib Berperisa Sirap Ungu
Ok, psoriasis ni juga dikatakan seperti penyakit autoimun. Psoriasis berlaku bila sistem imun badan kita sepatutnya bertindak balas dengan infectious germs akan tetapi juga menyerang healthy germs.
Jadi untuk mengurangkan tindak balas ini, Mien cadangkan #tonikajaib atau #vivix daripada Shaklee. Ia adalah campuran botani unik yang kaya dengan resveratrol dan polifenol.
Apa yang istimewanya dengan Vivix ini ia mampu bertindak membaik pulih sel dan DNA yang telah rosak. Oleh itu bagi mereka yang psoriasis sangat disarankan untuk mengambil Vivix sepanjang masa.
Testimoni Psoriasis dengan Vivix
Kajian makmal serta klinikal oleh Shaklee terhadap Vivix terbukti benar apabila kami menerima maklum balas daripada klien.
Setelah mengambil Vivix hingga botol ketiga mereka mendapati kulit sekitar psoriasis bertukar daripada tebal berkuping kepada kemerah-merahan. Walaupun mengambil masa klien tetap sabar untuk mendapat hasil yang sebegini.
Untuk dapatkan khidmat konsultansi percuma anda boleh hubungi…
Mien
Shaklee ID: 1094977
PM/WA : 0123813525
FB Page : Healthy Inside.co
COD: Kajang | Bangi | Putrajaya
geli juga saya tengok penyakit psoriasis ni.e..
mudahan kita dapat menggelakkannya..
mrhanafi recently posted…Kisah Sebatang Pen Yang Mengharukan
ye. bila berkuping agak geli sedikit.
nak buat macam mana kan. penyakit seperti ini tiada ubat buat masa sekarang.huhu
Geli kita kata.kalau kita yg kena apa persaan agaknya..
Saya berumur 21 tahun dan sudah 2 tahun saya menghidap penyakit psoriasis ni. Pelbagai kaedah saya cuba namun tiada yang berkesan sehingga sekarang. Berubat cara moden, tradisional, rawatan islam, ubat ubatan cina semuanya dah cuba. Sehinggakan kadangkala terasa putus asa untuk baik semula kerana semua ini memerlukan kos rawatan yang tinggi dan memakan masa. Alangkah bersyukur sekiranya dapat menjalani kehidupan seperti 2 tahun yang lalu. Saya memohon doa daripada anda semua.
harap tuan bertabah. setiap penyakit pasti ada penawarnya. perlu sabar dan berusaha sehingga kita menjumpai rawatan yang sesuai dengan kita.in sha Allah.
saya dah 17tahun kena sakit ni..dari umur 5 tahun sampai la sekarang saya umur 22..masih tak sembuh..rasa macam mati lagi baik bila melihat sakit ni makin menjadi jadi ????
mohon bersabar cik. saya amat memahami penderitaan cik sebab anak saya juga eczema. walaupun bukan psoriasis cuma eczema, tapi impaknya pada kulit juga. sedih bila dia tanya kenapa dia yang ada eczema dan adik2 yang lain sihat.huhu… anak kecil lagi tak mengerti dan bila terangkan akan hilang suatu hari nanti tapi kena usaha dan jaga makan baru dia tenang. sekarang sy usahakan merawat anak dengan supplemen shaklee malah sabun basuh dan pencuci semua saya dah tukar kepada shaklee. sebab saya teruja dengan kisah ceo mr roger barnett yang jatuh cinta dengan shaklee sbb anak dia pun eczema yang survive.sama2 lah kita berusaha.
Assalam semua sy hendak bertanya saya akan berkahwin dan pasangan saya ada masalah psoriasis ni ..sy bertamya la jika saya berkahwin adakah anak sy selepas ni akan mewarisi penyakit ini..da apakah pendapat semua tentang sy perlu teruskan atau tidak hubungan ini…mohon membantu
wassalam,
psoriasis adalah penyakit autoimmune. sehingga hari ini, para saintis masih mencari gene yang menjadikan punca kepada psoriasis. sebenarnya, faktor utama penyakit psoriasis ini bukanlah disebabkan genetik semata, malah persekitaran juga perlu dilihat bersama. untuk mendapatkan info lanjut mengenai kehidupan pasangan psoriasis, saya sarankan encik untuk melawat laman FB page persatuan psoriasis. encik boleh dapatkan gambaran mengenai pesakit lain dan bagaimana mereka menjalani kehidupan berkeluarga. saya doakan yang terbaik untuk encik dan pasangan.Aminn.
saya baru 15 tahun dan saya sedang hidap sakit ni.Memang membebankan juga,ia boleh buat saya kurang bersosial bersama-sama rakan kerana bau daripada nanah dan sakit yg tumbuh di kepala.Tak boleh stress dan berpeluh ia menyebabkan makin sakit.Sekarang selepas pt3 yg bakal datang ini barulah saya mulakan dengan sesi perawatan.:’)
nampaknya cik sarah betul2 mengenali punca psoriasis yang cik sarah hadapi. kalau stress dan berpeluh adalah punca utama penyakit menjadi teruk, saya cadangkan cik sarah untuk mengawal kedua2 punca seperti hobi atau minat yang cik sarah enjoy untuk buat. at least dapat le lupakan sekejap beban penyakit. dan sentiasa amalkan bcomplex sebab vitamin B dapat mengurangkan stress. in sha Allah kalau kita konsisten penyakit ini dapat dikawal dengan sebaiknya.terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan semoga berjaya dalam PT3 dan kehidupan cik sarah.
Assalam..saya baru kena psoriasis pada bulan 4/2017 ini..ujian datang bertalu..dia baik untuk 3 hari..kemudian sampai sekarang keadaan semakin teruk..dah beribu habis beli ubat..tp semua x serasi lagi..doakan saya sembuh seperti dulu?
amin ya rabbal alamin.
saya sentiasa doakan mereka yang membaca blog ini diberi kesabaran dalam menempuh ujian dan dugaan.
dalam Al-Quran ada sebut setiap penyakit ada penawar. bertabahlah shahrul dalam mencari penawar penyakit ini.
yang penting jangan putus asa. gandakan solat sunat di waktu malam selain usaha mengambil ubat/supplemen/makanan tambahan.
usah fikir terlalu berat, hidup ini singkat, bersyukur dengan yang ada dan terus berusaha ye. semoga membantu.
Bagus produk Shaklee ni banyak membantu
Zumal recently posted…#7YEARSANNIVERSARYGIVEAWAY DUNIA ZUMAL
alhamdulillah, in sha Allah percaya yang produk bagus dan konsisten amalkan pasti berhasil.