Cara Solat Dalam Penerbangan Mudah dan Praktikal

Bagi orang Muslim yang ingin bermusafir, keperluan menunaikan solat adalah antara yang perlu dirancang dari awal.

Dari bermulanya menaiki kapal terbang, sampai di negara tersebut, di tengah perjalanan sehinggalah kembali ke Malaysia.

Antara sebab pentingnya kita buat itinerari ialah untuk memastikan kita kurang membazir masa tercari-cari tempat untuk menunaikan solat. Yang lebih penting agar solat kita sentiasa terpelihara sepanjang bermusafir.

Namun, dengan adanya aplikasi di dalam telefon pintar, ia sangat memudahkan dan yang penting kita tahu menggunakannya.

Cara menentukan waktu solat dan kiblat

cara solat dalam penerbangan

Cik Mien perkenalkan aplikasi HalalTrip, yang mempunyai banyak features untuk Muslim seperti;

  • Waktu Solat
  • Arah Kiblat
  • Pencarian Masjid Yang Terdekat
  • Waktu Solat Dalam Penerbangan
  • Doa Perjalanan
  • Pakej Percutian
  • Pas Bandar
  • Pas Restoran Halal
  • Perancangan Perjalanan Yang Ideal
  • Tempat Menarik Yang Berhampiran

dan aplikasi ini dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Melayu, English, Bahasa Arab, Turkish dan Bahasa Indonesia.

Dah tahu waktu solat dan arah kiblat, seterusnya pula…

Sediakan kelengkapan untuk ambil wudhu

Ada yang cadangkan bawa sebotol air mineral untuk memudahkan proses mengambil wudhu, kalau tanya Cik Mien bawa botol spray lebih sesuai.

Ini kerana dengan botol spray kita boleh kawal output air. Dan kurang sedikit air menjejes dan kita boleh buat di tempat duduk je.

Memakai pakaian yang bersesuaian untuk solat

Kita digalakkan bersedia dengan pakaian yang ready untuk solat i.e bersarung tangan, berstokin, dan tudung menutupi dada (bagi wanita).

Solat Sambil Duduk dalam Penerbangan

Solat dalam keadaan duduk dalam penerbangan adalah sah dan tidak perlu diulang semula atau qada’.

Adalah sukar untuk solat dalam keadaan berdiri dengan ruang penumpang yang agak sempit dan pesawat dalam keadaan bergerak.

Jadi, usah risau. Solat dalam keadaan duduk dibenarkan dalam situasi ini. Boleh google pendapat mufti untuk pengesahan.

Biasanya mereka yang menaiki penerbangan berbelas jam tanpa transit perlu menimbangkan untuk solat dalam penerbangan.

Kesimpulannya, Islam itu sangat memudahkan, banyak2 kan berdoa agar perjalanan musafir kita juga dipermudahkan olehNya.

xoxo

Cik Mien

| Eat | Travel | Freedom

8 Comments

  1. mrhanafi January 9, 2019
    • Mien January 13, 2019
    • Mien January 13, 2019
  2. SitiYangMenaip January 9, 2019
  3. SitiYangMenaip January 9, 2019
    • Mien January 13, 2019
  4. Zurainny Ismail January 15, 2019
    • Mien February 9, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.