Cerita Minggu Lepas

Tetiba rasa teruja nak update dan tulis cerita aktiviti kami anak beranak. Sebabnya bila cik mien baca blog lama, uuihhh seronoknya. tak sangka cik mien begitu gigih untuk mengupdate blog.hihi…

Ok Sabtu lepas kami ke Muar sebab ada kenduri kahwin anak Tok Uda. Dah lama tak g kenduri orang Johor. Dapat le merasa nasi beriyani yang lazat, bubur pulut hitam, buah jambu potong dam aneka jenis air(5 jenis ok).

Lepas kenduri kami bertandang ke rumah kawan hasben di Kesang, Melaka. Cantik dan besar rumahnya. Kata hasben nak dekat 10 tahun tak berjumpa selepas habis study di UM. Pasangan Faiz dan Awin ada 4 orang anak perempuan. Comel2 belaka. Ada la nak dekat 3 jam kami berborak dan anak2 semua plak basah lencun dek kerana duk main kat luar rumah.

Ok setel di rumah Faiz kami bertandang ke rumah kazen cik mien, tauke DMS kak elina. Jenuh telefon tak berangkat jadi kami redah je la. rezeki kami tuan rumah tak ke mana pun. malam tu kak elina bawa kami jalan2 cari makan mee bandung. cubaan order mee bandung kat restoran mee bandung izan tak berjaya. huhu….mee bandung sold out. mujur le sate ayam sangat sedap.

bila dah berjalan ke sana sini, syamim le paling kesian. balik je demam. tapi mak nya gigih bawa ke pejabat hari Ahad sebab nak buat persediaan untuk mesyuarat di Kedah.

ntah le. sejak akhir2 ini syamim cepat je demam. mungkin sebab nak membesar kot.atau cuaca pun ye jugak.

ok nanti sambung lagi di entry lain ye. daaa….

Us during kenduri

Us during kenduri

with mimi and amsyar

with mimi and amsyar

Ahad plak enjoy di ioi, putrajaya

Ahad plak enjoy di ioi, putrajaya

One Response

  1. Amelza Kamel September 5, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge