Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto, Kobe dan Osaka Part 5

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Gorjes Segak semua,

Teruja plak nak menghabiskan kisah pengembaraan Cik Mien bersama kawan2. Ada silent reader minta Cik Mien buat sambungannya.

Untuk yang tak moh pusing2 baca entry yang ni, boleh mula balik dari Part 1 sehingga Part 4. Ini linknya…

Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto, Kobe dan Osaka Part 1

Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto, Kobe dan Osaka Part 2

Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto, Kobe dan Osaka Part 3

Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto, Kobe dan Osaka Part 4

Banyak betul episodnya. Korang ingat datuk rosyam nor tu je ke yang pandai buat cite banyak episod? kihkihkih…tetiba plak (tak leh move on lagi dengan ending drama Jangan Benci Cintaku)

jom kita sambung cerita osaka ni. rasanya tinggal entry yang ni dengan satu last. hari ini 22hb Mac adalah hari terakhir kami di Osaka.

berat hati hendak meninggalkan negara Jepun ni. dan yang paling trauma back to normal life. hahaha… trauma la sangatnya.

best kot dapat cuti wei. pastu jalan2 lagi. pagi ni kami agak slow mo plak bersiap. memasing duk habiskan masa buat video pastu bergambar. sarapan pun ala kadar je sebab lepas ni memang terus nak serbu tempat makan dulu. bab makan memang Cik Mien semangat lain macam sket.

Tips Shopping Di Osaka

pagi2 makcik bawang dua orang ni dah kepoci menunjuk beg baru derang. kemain suka aiihh. ye la sekali sekala reward diri apa salahnya. lain tau kepuasannya.

Cara Menabung Untuk Travel

ireach-G7 ni sebenarnya group tsunami derang. Cik Mien tumpang jemaah derang je. tapi kami ni kira sebumbung dalam susur galur group shaklee. cuma berlainan mentor je la. sambil travel kita belajar juga bagaimana derang buat bisnes dengan jayanya.

last pic ramai2…wajib ada.

Tips Cari Duit Travel

semua ni mak2 orang semuanya. kemain buat muka anak dara belaka ye. hahaha…besar kan rumah ni. next time kena belajar banyak bila nak menempah rumah di airbnb. nak info cepat join je group RTJ di FB.

agaknya sebab memasing rasa sedih nak tinggalkan bumi Jepun ni sampaikan pukul 11 am baru kami keluar rumah.

review sikit rumah ni, mungkin orang Jepun ok dengan tangga cerun ni, tapi kami semua mak aiii, tersepit2 peha nak naik tangga. nah ni rupa tangganya. siap bergambar lagi sebagai tanda kenangan.

Tips Booking Rumah di Airbnb

nampak tak ada pintu belah kiri? itulah pintu nak ke bilik mandi. yang bestnya dengan bilik mandi rumah kami semua kebanyakan ada bath tub, jakun gak la kan. kita kat mesia mandi bersepah sampai banjir satu rumah. hati2 juga tau dengan peraturan negara luar sebab ada yang strict bab basah kering. silap2 boleh kena denda tau.

Sebelum kami meninggalkan rumah terakhir ini, meh layan video khas.

Di Jepun ni sangat mudah nak check out, memang berbeza cara pengurusan homestay mereka. Tak perlu nak berjanji bagai pasal kunci. Tinggalkan je kunci dalam black box yang derang tag kat kepala paip, ada tu simpan dalam peti surat. Owner akan bagi kod nombor untuk kita buka black box tu. Lupa nak snap gambar. Pengalaman kami menginap di dua buah homestay ni memang tak ketemu pun owner. Boleh la owner homestay praktikkan cara ni.

Jejak Jepun

Ni salah satu trademark group kami, asal jumpa je mainhole yang cantik macam ni kitorang mesti amek gambar pijak kasut.

Tips Bawa Beg Jadi Backpacker

Begitulah rupa kami yang kesesakan dengan beg. Alhamdulillah beg belum beranak. Nafsu berjaya dikawal. hehehe…Masa ni dah bergerak ke stesen untuk tinggalkan beg di locker dan sesi makan. Perut dah mula lapar balik.

Nak tengok suasana di sana, klik video ni. Sibuk ke idok jalan kat sana. Aman ke tak suasananya. hehe… memang best.

Nasihat Cik Mien korang clearkan memory tepon canggih awal2. tak guna bawa tepon canggih tapi memory penuh bila travel. selain ambil gambar Cik Mien suka ambil video. barulah syiok nak tengok balik. hehehe…

JEJAK OSAKA HARI KEDUA: SHINBASHI STREET

Tips Travel Group Ramai

Kat Osaka ni banyak street sebenarnya untuk kita khatam. Macam kami memang tak sempat nak pergi semua.

Yang ni namanya Shinbashi Street, tak de apa pun dalam ni saje masuk jalan2. Kami masuk pun beli buah strawberry yang manis dan coklat untuk jadi snek kami bila2 lapar. Cik Mien rasa kami salah masuk pun ada. Duk ingat street yang glemer tu rupanya salah kahkahkah… tapi layankan aje la.

Kalau korang jenis betul2 nak khatam memang kena cari homestay area street yang banyak shopping arcade.

Tips Travel ke Osaka

Dah setel jalan cuci mata kami pun terus berjalan ke Restoran Matsuri untuk sesi isi perut.

JEJAK OSAKA HARI KEDUA: BRUNCH DI MATSURI, OSAKA

Matsuri Osaka

Syioknya bila tengok menu kat Matsuri ni. Rasa syukur sangat bila Allah S.W.T perkenankan hajat Cik Mien. Ye la dah 5 hari duk Jepun tak merasa lagi sushi korang rasa? ada gak yang tak moh balik nanti.hehe… buat2 guling sin chan kat airport kang jenuh.

Tempat Makan Halal di Osaka

Memasing muka dah seronok nak explore makanan Jepun. Korang jangan kecam Cik Mien plak ye. Tak berniat nak bagi korang terliur tapi serius rasanya sangat heaven. Super ohsem sedap.

Masa kami sampai, hanya group kitorang je yang serbu tempat ni. Lagipun kitorang ni kira orang yang hujung2 kebab kedai nak tutup pukul 3ptg.

Taadaaa…. ini yang kami order.

Yeah my yummylicious of sushi. Kongsi dengan Kak Mel.

Cara Makan Sushi

Cara Order Makanan Jepun

Tempura yang rangup bangat krapkrupkrap oooii! Ni Cik Mien order.

Tempura Versi Asal

Nasi Daging Yang Juicy Meleleh! Cik Mien kongsi dengan Zal.

Cara Order Makanan Halal di Jepun

Takoyaki Yang Tak Muak Langsung! Ni Kak U dan Kak Gorjes yang order.

Takoyaki Sedap

Pancake Telur yang Ohsem Sedap! Ni Kak Mel yang order.

Menu Makanan Halal di Jepun

Korang mesti suka bab diskaun kan?

Kebetulan restoran ni ada promosi. Senang je. Post kan satu gambar, letak #, tag restoran dan set kan location akan dapat diskaun 5%.

Promosi Makanan Halal Jepun

Inilah gambar yang Cik Mien post.

Cara Nak Dapat Diskaun Semasa Makan di Jepun

Dan inilah bil semua makanan kami. Memasing bayar ikut menu yang order. Ingat restoran tak suka buat bil asing jadi sebaiknya kira siap2 apa yang kita dah order.

Tips Bayar Makanan di Jepun

Jangan terkejut sangat dengan bilnya. Makan di negara orang beginilah kekdahnya. Pejam mata order bayar. Rugi nak ikat perut bagai sebab setiap makanan tu memberikan rasa yang berbeza berbanding di negara kita. Dah tempat asalnya memang dijamin sedap.

Inipun kami berkongsi satu dish dua orang bayar.

Nak tengok video aksi Cik Mien makan dengan penuh gumbira? Haa klik video ni ye.

Agak lama juga kami di restoran ni. Selesai makan kami solat jamak dulu sebelum ke destinasi seterusnya sambil berbincang halatuju.

Sebelum balik sempat beli kek untuk kudapan dan diberinya beg kertas yang ada info mengenai Halal Media Japan.

Halal Hub Japan

Japan Halal Hub

Ok Cik Mien rasa post ni macam panjang plak. Penuh dengan gambar dan aksi.Jadi tanpa rela hati, Cik Mien sambung ke entry baru ye. Jumpa lagi.

 

 

xoxo

Cik Mien

Suka travel, bila perut kenyang, hati pun senang

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge