Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto, Kobe dan Osaka Part 6

Sementara mood rajin nak throwback, moh kita sambung dari Part 5 ye.

Nasib le pergi 5 hari 4 malam, buatnya pergi 8 ke 10 hari, jenuh nak ingat balik apa yang berlaku.

Tak pe demi korang yang silent reader izinkan Cik Mien sambung ye pengembaraan kami di hari terakhir.

JEJAK OSAKA HARI KEDUA:

Tengok jam dah hampir pukul 5ptg. Ikutkan plan asal kami patut pergi ke Osaka Museum of House and Living untuk sesi memakai kimono. Kami dah terbayang2 nak bergaya sakan memakainya lagipun memang ada dalam itinerari.

Tapi Kak Mel cakap dengan masa yang terhad sebab tempat tu tutup pukul 6ptg, harapan amat tipis untuk cita2 kitorang tu.

Aduh kecewa lagi. Memandangkan semua tak de idea Kak Nil beri cadangan pergi ke Osaka Castle. Ok la lagipun kami memang menggunakan Osaka Amazing Pass jadi kalau tak pergi tempat cenggitu rugi plak.

Makanya naik tren terus ke Osaka Castle.

Tips Naik Tren di Jepun

Sampai2 sana, hadoi sayup2 je istana tu kat atas bukit. Cik Mien dah tak larat sebab kakiku kesakitan.

Bergambar di Osaka Castle

Jadi lepak kat bawah pun syiok sambil layan sunset. Sempat Cik Mien live dan buat vlog. Aduh nyaman je kawasannya. Angin pun sepoi2 bahasa.

Cara Melancong ke Osaka

Nah layan gambar Cik Mien di sekitar istana. Derang yang naik atas cakap lawa masa sunset. Tak pe la kaki penat lagipun nak simpan tenaga untuk malam nanti. Bajet lompat cenggini boleh buang sakit kaki tu rupanya mimpi di siang hari. kihkihkih…

Itinerari Osaka

Cara Menikmati Sunset

JEJAK OSAKA HARI KEDUA: HARD OFF  SAKAI SHINKANAOKACHO

Cik Mien tanya hasben kedai second hand yang best kat mana. Dia jawab nama kedai ni. Maka kami dengan gigihnya turun stesen menapak untuk mencari pengalaman masuk kedai preloved Jepun.

Tips Menggunakan Wifi di Jepun

Review kawan2 Cik Mien cakap best. Ada yang borong beg untuk dijadikan hadiah dan tanda kenangan bagi keluarga rapat. Tak lama pun kami di sini kebab ada ahli rombongan nak mencari jam tangan G-shock.

Cik Mien kurang berminat dengan jam tangan. Orang bagi cap pasar malam pun Cik Mien guna je. Ada aku kisah hehe…

Owh ye di kedai hard off tu Cik Mien beli handbag untuk Dania Ziyad.

ini review daripada ahli group RTJ. saje copy paste kat sini supaya akan datang senang nak refer. Apa yang dia tulis tu sama la apa yang Cik Mien jumpa malas nak ulang balik je. hehehe…

“Untuk ke kedai ini, adalah sangat senang. Kedai ini antara kedai hard off yang terdapat di dalam bandar Osaka. Dari Namba Station (assuming anda dari situ, sebabnya Namba Station adalah salah satu lokasi strategic untuk mulakan perjalanan, dan banyak orang Malaysia juga suka duduk sini), boleh ambil Midosuji Line ke arah Nakamozu. Dalam 20 minit, akan sampai Shinkanaoka Station.

Berjalan dalam 5 minit boleh sampai ke kedai ni. Kedai ini antara salah satu kedai yang besar dalam list yang saya bagi ni. Dalam kedai ni ada banyak barangan, tidak terhad kepada G-shock, branded item sahaja. Antaranya terdapat juga toys, barangan computer, barang2 rumah dan macam-macam lagi di sini. As a start, kedai yang baik untuk mulakan shopping bundle, sebab lokasinya yang paling bawah dan size nye yang agak besar. Tapi yup, kalau nak survey-survey dahulu jangan sangkut lama di Kedai ni.”

JEJAK OSAKA HARI KEDUA: BIC CAMERA

Hari terakhir di Osaka adalah hari melempiaskan nafsu makan dan shopping semata2. hehe…

Selesai di kedai Hard Off, kami berjalan semula ke tren untuk shopping G-shock di Bic Camera.

Suasana malam di Osaka

Waktu ni jam dah menunjukkan pukul 9 lebih. Kedai Bic Camera ni plak spesies tutup pukul 10pm.

Kitorang jalan dah macam lipas kudung sebab nak kejar masa. Sambil Zal shopping jam tangan dia anak beranak, Cik Mien rembat la beg Anello ini untuk adik. Harga kat sini jauh lebih murah tetapi banyak kaler dan design dah habis. Balik Malaysia Cik Mien menyesal tak beli beg untuk diri sendiri. Padan muka.

Beg Anello

JEJAK OSAKA HARI KEDUA: DON QUIJOTE, OSAKA

Memasing dah mula kepenatan. Campur lapar pun ada. Tapi disebabkan nafsu nak membeli belah tu tinggi, gigih pergi repeat balik ke Don Quijote ni. Ingat beli coklat kat sini lebih murah.

Tips Beli Coklat Kapal Murah

Sebab ada yang nak perabihkan duit beli souvenir. Cik Mien pun tambah sikit koleksi magnet. Nak tahu mana lagi nak shopping area sini, haa ini yang Cik Mien copy & paste dari group RTJ.

Tips Beli Beg Anello Murah

2nd Street Kitahanada

Selepas itu, dari Shinkanaoka station, boleh ambil train subway midosuji line, satu station sahaja ke arah kitahanada station. Di sini, dekat sahaja dari station ada satu kedai 2nd street. Kedai 2nd street ini tidak besar sangat dan fokus pada product barangan branded, apparel, G-shock second hand, wallet purse dan pakaian sahaja. rasanya anda akan dapat rasa perbezaan antara brand kedai second hand dan juga hard off.

2nd Street Suminokoen

Dari kedai 2nd street Kitahanada tadi, boleh ambil train midosuji line, naik ke atas semula ke daikokucho station untuk tukar train ke Yotsubashi line, line warna biru ke arah Suminokoen. Bagi yang tinggal di penginapan dan airbnb berdekatan daikokucho juga agak senang untuk bertukar ke midosuji line ataupun yodoyabashi line, untuk ke kedai-kedai bundle, sebab berada di tengah-tengah selain namba.

Kedai 2nd street di Sumino Koen ni, berlainan dengan Kitahanada, adalah kedai 2nd street yang besar. Kebiasaan kedai 2nd street yang besar, selain banyak barangan seperti barang rumah, toys, bukan hanya fokus pada apparel, branded dan fashion sahaja.

Di kawasan suminokoen juga, ada Don-Quijote dan Spa Sumino, bagi sesiapa nak merasa masuk Onsen di Jepun.

2nd street Taisho

Kedai 2nd street Taisho ni antara kedai kegemaran saya. Selain dekat, kedai ni sentiasa (setiap minggu) atau cepat barangan nye bertukar. Kedai-kedai yang berdekatan dengan city dan ramai didatangi orang tak semestinya tak best dan tiada barangan rare. Kadangkala kerap kali jual beli berlaku, boleh nampak banyak barangan yang dibeli, dijual ataupun yang baru masuk atau dah ada orang angkat.

Kedai 2nd street Taisho juga fokus kepada apparel. Disebabkan kedai ni dekat dengan area center, Namba, ramai orang mengunjungi kedai ni, dan nak ke kedai sini pun boleh pergi dengan basikal jika dari Namba.

Salah satu tips jika ke kedai 2nd street, jangan lupa memeriksa barangan di shelves belakang. nak ke kedai ni, dari suminokoen station tadi ke yotsubashi station semula. kemudian dari yotsubashi station tukar train ke nagahoritsurumiryokuchi line (line kuning hijau) ke arah taisho, dan turun di station taisho. 2nd street ini juga berdekatan station jr taisho

2nd Street Shinsaibashi

Dari kedai 2nd Street Taisho tadi, boleh ambil subway Yotsubashi line ke Sinsaibashi station. Dari subway boleh jalan ke bawah, ke arah Namba, akan namba 2nd street Shinsaibashi di belah kiri tingkat dua. 2nd street ni fokusnya pada barangan apparel dan branded.

Selain daripada itu, jika berjalan ke arah belakang, dua tiga block dari shinsaibashisuji, akan sampai ke kawasan ada banyak kedai-kedai preloved premium. Barangan di sini lebih mewah, mahal dan brand yang lebih premium. Barangannya juga lebih premium dan kualiti nya lebih baik.

Selain daripada itu, untuk mencari jam G-Shock baru, boleh juga berjalan ke arah Namba ke Bic Camera Namba. Kedai Bic Camera Namba ni buka dari Jam 10 pagi ke Jam 9 malam.

2nd Street Fukushima(yodogawa)

Untuk ke kedai 2nd Street Fukushima ni, ada dua cara, jika rajin berjalan, boleh ambil train subway dari subway Namba Station, line Sen-Nichimae Line (warna pink) ke arah Noda Station. Tetapi dengan ikut cara ini, akan perlu untuk berjalan lebih kurang 10-15 minit ke kedai 2nd street Fukushima.

Selain daripada itu, boleh juga ambil Midosuji line, tidak kira dari station Namba atau Shinsaibashi ke umeda, kemudian ambil Hanshin Line (kuning oren) ke arah Noda. Lebih dekat, hanya 5 minit berjalan. Tetapi disebabkan Hanshin Line tidak di cover oleh Osaka Subway pass, perlu bayar tambahan untuk hanshin line dari Umeda ke Noda Station.

Kedai 2nd street di sini juga antara kedai 2nd street besar, ada barangan perabot, barangan electric, barangan rumah toys dan barangan 2nd hand lain, selain barangan branded, G-shock, jersey, apparel. Selain daripada itu, di tingkat 2 juga, ada kedai untuk video game. Di kedai ini juga boleh dapatkan game console, cd, dvd games second hand juga.

2nd Street Umeda

Untuk ke kedai ini, hanya ambil mana2 train untuk ke Umeda station. selain Namba station, Umeda juga antara pusat station train yang terbesar dan terpenting di Osaka. Di sini antara kawasan tersibuk juga di Osaka.

Di Umeda, selain ada kedai 2nd street, anda juga boleh ke yodobashi kamera untuk mencari G-shock baru di sini. Yodobashi camera juga adalah sama seperti Bic Camera, menjual banyak barangan electronic jam tangan Gshock barangan kamera dan lain-lain. Jika ada yang bertanya, mana lagi murah atau mana lagi bagus, mungkin better untuk survey kedua-dua dan tanyak benifit atau discount jika bayar menggunakan kad. Last time ada discount untuk pembayaran menggunakan mastercard.

Bagi 2nd street di umeda, juga menjual barangan apparel dan branded sahaja. Banyak orang mengatakan di kedai yang berdekatan city, seperti di Umeda dan Shinsaibashi, harganya tidak berapa best dan tidak semurah. bagi saya ini subjective kerana bergantung kepada barangan apa yang anda ingin cari di kedai-kedai ini.

2nd Street Teninbashisuji-6 chome

Kedai ini antara landmark nye dan tempat palling mudah untuk dicari. betul-betul berdekatan dengan museum of housing and living.

Anda boleh ambil train ke sini sama ada menggunakan sakaisuji line, line coklat dari station nipponbashi jika dari kawasan namba, ataupun tanimachi line, line purple..

Kedai 2nd hand di sini juga antara fokus kepada apparel, tetapi antara kedai yang saya minat kerana banyak pilihan terutama untuk jam tangan dan g-shock 2nd hand. selain daripada itu, di sebelahnya juga, ada kedai game dan vcd 2nd hand. Best nye kedai ini juga, antara kedai 2nd hand yang tutup lambat, kedainya tutup jam 11pm malam

2nd Street Tsurumi

Kedai last sekali, adalah kedai 2nd street tsurumi. juga antara kedai 2nd street yang besar, dan menjual barangan branded, apparel dan juga barangan second hand barangan rumah.

Untuk ke sini, boleh ambil subway nagahoritsurumiryokuchi line ke arah kadoma-minami. turun di station terakhir dan jalan kira2 10-15 minit ke bawah. kalau rasa jauh boleh juga ambil bas ke kedai second street itu.

Selain daripada kedai 2nd hand, di sini juga ada tsurumi mitsui outlet, antara outlet pertama mitsui di Osaka (orang kata).

Tips untuk korang yang suka layan barang branded daripada Jepun

-kalau ke kedai bundle ni, elok pergi dan survey dulu ke kedai2, kemudian baru membeli. x semestinya barang yang kita cari (yang cari barang tertentu terutamanya) boleh jumpa. jika jumpa, jangan tanya wajar angkat terus ke x. tu nasib. memang dari pengalaman saya, ada banyak juga la barang, bila pulang kembali ke kedai tu, dah xde.

-barang di kedai ni, nama pun barang secondhand, x semua kualiti tip top. tapi disebabkan nama pun barangan secondhand jepun, disebabkan orang jepun ini pandai jaga.

-Kedai 2nd hand ni bukan orang nak cari barangan prelove bundle je. ada kedai ada barangan memancing, toys untuk budak-budak dan souvenir. Cuma untuk barangan-barangan ini, kena cari di kedai yang besar, yang ada jual barangan secondhand barangan rumah sekali.

Saje Cik Mien tepek siap2 kot next trip nak layan keluar masuk kedai plak. Maklum le beg LV tak dapat rembat lagi nih.hihihi…

Tengok jam masa agak suntuk, pukul 10.45 kami bergerak dari Don Quijote, kali ni kena bergerak laju sikit sebab nak kejar tren untuk balik semula ke stesen yang kami simpan beg di locker. Sesampai je di stesen yang kami simpan beg,

  • Semua pakat keluar masuk tandas
  • Memasing mengemas beg dan hasil shopping.

Dah setel barulah kami bergerak. Kami perlu ambil tren untuk ke Stesen Namba dan tukar ke Koya Line untuk ke Kansai Airport. Plan kami untuk tidur di airport memandangkan kami semua akan menaiki flight yang pertama hari esok.

Waktu kami tiba di Stesen Namba jam menunjukkan pukul 11.20pm dan tanpa membuang masa kami cepat2 beli tix.

Masuk sahaja ke kawasan tren, kami agak terpinga sebab inilah pertama kali jumpa stesen besar. banyak pula landasannya. tak tahu nak pilih yang mana satu ke destinasi kami.

Baca kat semua papan tiada yang menunjukkan ke destinasi yang hendak dituju oleh kami.

Kak Mel, selaku ketua rombongan cuba bertanya pada polis stesen yang duk menjaga dan menunjuk jalan. Bila dikhabarkan yang laluan Koya telah ditutup, kami semua diarahkan untuk keluar semula dari kawasan landasan dan pihak stesen memulangkan semula duit kami.

Duh, tergamam semuanya. Masa tu jam dah hampir pukul 12.00 mlm dan suasana stesen Namba sangatlah menyejukkan. Stesen ini sejenis terbuka dan angin malam berderu masuk. Kak Mel cuba juga bertanya kalau lah ada option laluan lain untuk kami pulang ke airport.

Mengikut kata polis tu, dia tak dapat nak beri maklumat kerana ia melibatkan stesen lain dan dia percaya stesen lain juga akan mula tutup dalam masa yang lebih kurang dengan Stesen Namba.

Polis stesen cuba bantu kami dengan memberi pilihan untuk tidur di mana-mana yang berdekatan, ada gak dia suruh kitorang duk pub. hadoi….

Kak U plak suruh kita duk di tandas dalam stesen. hihi… Cik Mien cakap orang Jepun akan marah bila kita berbuat macam tu.

Kak U lupa yang dia bawak baby, kalau anaknya menangis mau semua kena halau. huhuhu…

Kak Gorjes plak cuba contact ketua RTJ untuk dapatkan bantuan. Kononnya kalau ada rakyat malaysia yang mempunyai kereta kami ingat nak sewa. Bila tanya kos yang dikenakan sebanyak 50k yen. Owh tidak.

Masa ni kami semua agak panik. Cik Mien try gak booking hostel tapi tak de jawapan. Wifi kami pun dah kehabisan bateri. Nak kena berjimat sebab lepas ni nak mencari tempat untuk kami berteduh.

Nak book hotel plak, agak mahal dan tak berbaloi. Nak masuk kapsul akan ada 2 orang tak lepas sebab bawa baby.

Tepat pukul 12mlm polis stesen minta kami beredar dan Zal cuba menahan teksi. Cik Mien dan Kak Mel tidak bercadang untuk menaiki teksi sebab teksi jepun adalah paling mahal di dunia. Bila ditanya kos yang dikenakan juga hampir 20k yen untuk sebuah kereta sedangkan kami semuanya telah kehabisan yen. Yang ada cukup2 untuk makan.

Masa ni macam tak percaya yang kami ni dah tersadai di stesen keretapi, ala2 macam merempat pun ada sebab tak de tempat nak tinggal/dituju. Selama ni duk baca kisah orang lain je sekali amek ko. sendiri yang tersadai.huhuhu..rasa nak nanges.

Keluar dari stesen, bandar tu memang sépi. Yang bekerja geng construction sebelah stesen je. Terus rasa terngiang2 pepatah Melayu yang sebut Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri. Sayu wei bila rasa macam kena je pepatah tu. Ye la kalu pukul 12malam kat negara sendiri, kedai mamak bersepah2 untuk kita melepak. ini langsung nan hado!huhuhu….

Cik Mien berhubung dengan hasben bertanyakan di mana tempat yang boleh kami tuju. Dia cadangkan kami duduk di McD. Maka berjalanlah kami semua ke McD untuk berteduh.

Naik je tingkat atas rupanya dah penuh dengan gelandangan Jepun. Siap ada yang tidur baring.

Nak senyum pun kami takut, kami bercakap pun berbisik sebab takut mengganggu derang. Masa ni Cik Mien cepat2 telan Bcomplex, Ostematrix dan CoQ Trol Plus nak bagi badan bertahan.

Wifi yang kami bawa semua dah mati sebab kehabisan bateri. Walaupun mempunyai powerbank, Cik Mien pilih untuk simpan recaj handphone daripada Wifi.

Wifi McD Jepun ni plak bagi 20minit je cukup masa dah tak boleh login. Sempat la 20 minit berwasap dengan hasben.

Dah elok duduk dan ada yang dah dapat port baring pukul 3 am kami dikejutkan oleh staf McD minta kami beredar, katanya nak tutup bahagian atas untuk pencucian. Aduhai kesian pada 2 orang baby yang dalam group kami. Cik Mien cukup risau kalau2 derang demam sebab cuaca malamnya sangat sejuk.

Kami pun beredar dan duduk di bahagian berteduh depan McD. Kak Mel bagi cadangan untuk pindah ke tempat tersorok berdekatan stesen dan hotel. Kak Mel dan Kak Gorjes pergi ke sana untuk survey kesesuaian.

Masa ni Cik Mien susun beg2 untuk cover angin daripada terkena dua2 baby. Derang balik je terus ajak kami berpindah ke sana.

Cik Mien plak risau takut kena halau dua kali jadi Cik Mien beri cadangan kami bergerak ke sana pukul 3.45 pagi.

Tempat yang kami lepak ini pun sebenarnya ruang pejalan kami dari stesen Namba bersebelahan dengan hotel. Dan ada CCTV di situ. Inilah rupa tempat kami berteduh. kesian kan.

Sambil menunggu roller shutter stesen dibuka kami borak2 dan layan je la angin pagi yang sejuk menderu.

Pukul 4.20 pagi, kedengaran roller shutter telah dibuka dan kami semua tanpa buang masa laju2 masuk ke stesen untuk membeli tiket.

Masing2 masuk tandas untuk melepaskan hajat sebab tren yang kami naiki akan mengambil masa sejam untuk sampai ke Kansai Airport.

Sesampai saje tren di landasan, Cik Mien masuk dan terus tidur dah tak mampu lagi nak tahan mata.

Syukurlah kami semua selamat sampai ke airport dan berpecah mengikut airlines masing2.

Cik Mien, kak Mel dan Zal kami bertiga menaiki MAS dan yang lain menggunakan Philipines Airlines.

Cik Mien dan Kak Mel kami berdua terus menunggu di kaunter check in kerana kami nak cepat2 masuk untuk berehat di ruang boarding. Zal plak dia masih ada beberapa barang untuk dibeli di airport.

Selesai check in kami terus menghala ke imigresen dan ruang boarding. Sempat gak beli souvenir untuk baki yen yang ada. sebenarnya harga kat airport lebih kurang je dengan luar dan lagi baloi beli di sini sebab tak de tax.

Tips Beli Souvenir Murah di Jepun

Kak Mel plak bagi idea untuk kami urut badan di kerusi urut sementara menunggu kapal.

Sudahnya kami ketiduran, dan mujur le kak mel sedar, itupun jam dah tunjuk pukul 9.00 lebih. hadoi kalu tak sia2 kena tinggal flight.

Masuk je flight kami sambung tidur lagi. hahahaha…

penat wei. tak pernah rasa penat cenggitu. dan bila dah touch down bumi Malaysia terus badan kepanasan dan kegelian sebab pakai heatech.hihii…

syukur Alhamdulillah selamat sampai. rindu sebenarnya nak repeat lagi. sesampai je di Malaysia, Cik Mien cerita kisah kami kena tinggal keretapi. Memang silap kami sebab lupa nak tanya bila last train. Member Cik Mien pesan lenkali lepak kat pusat karaoke je. Situ lebih selamat. Dan kita boleh book satu bilik untuk bergelimpangan. hahaha…baru ku tahu. Serik? tak pun.

tak pe. Jepun ni besar. till next time we meet again ye.

next entry nak throwback pasal Hat Yai Trip plak. haish berjalan saje Cik Mien tahun ni.

ok daaa…

2 Comments

  1. Zaleha Awaluddin August 29, 2018
    • Mien August 29, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge