Bagi yang dah miss baca Part 1, boleh baca sini dulu…
Sebaik sahaja tren berhenti ke Kyoto, maka bermulalah jejak kasih kami ber8! hahaha… Cik Mien dan Kak Mel dah sampai awal jadi kami tunggu yang lain tiba daripada Namba.

Pemandangan sibuk yang biasa di stesen tren Jepun
Ooh ye, memandangkan kami berdua kongsi wifi dengan rakan kami Zaleha yang dah sampai dulu,makanya Cik Mien aktifkan roaming line tepon sekejap. Tak pe la kita bayar lebih asalkan urusan kita mudah. Yang ni Cik Mien dah setelkan masa di Malaysia lagi, call Digi untuk aktifkan dan hadam caranya.
Apa nak buat bila sampai di stesen?
Sambil menunggu kami berdua buat survey locker untuk simpan beg kami di stesen. Boleh tahan harganya. Mujur le kami berdua backpackers kental jadi kami dapat kongsi locker. Ambil locker 500 yen muat2 beg kami berdua.

Korang pilihlah yang seswai dengan kemuatan beg
Locker di sini pun terhad, kena jemaah awal tau untuk sewa locker ni. huhu… nanti next part Cik Mien cerita kenapa.

semuanya dalam bahasa jepun, tak susah mana pun nak faham asalkan kita faham gambarajah
ok taaddaaa…. our first piccas reunion hahaha…

Kami dengan muka kepuasan

Senyum puas sebab VB masing-masing dah tercapai untuk jejak jepun
Maka bermulalah pengembaraan jejak jepun kami yang pertama iaitu Kyoto.

Baca signboard kalau tak nak kesesatan
Perkara pertama dah selesai iaitu simpan beg di locker, seterusnya ialah membeli ticket bas. Memandangkan kami akan mengembara selama 2 hari, bas adalah pilihan terbaik untuk explore Kyoto.

Tiket Bas Untuk Satu Hari

Belakang bus pass
Bila kita naik untuk kali pertama, mesin dalam bas tu akan mengetik tarikh. Jadi 600Yen untuk satu hari.
Sambil menunggu bas inilah aktiviti kami.

masa ni teruja tengok orang pakai kimono di tengah2 bandar
Jejak Kyoto Hari Pertama: Kiyomizu-dera
Lokasi pertama yang kami tuju ialah Kiyomizu-dera. Sebuah temple yang boleh tahan ramai dengan pengunjung seperti kami.
Nak baca detail sejarahnya boleh refer Kiyomizu-dera.jp.
Melawat temple ni yang menariknya persekitaran. Bunga-bungaan yang cantik, nak baca lebih pasal temple ni semuanya dalam bahasa Jepun jadi kami enjoy je la tengok orang berpakaian kimono dan sesi ambil gambar.

Bergambar dengan Kakmel (nama pena FB dia) ketua rombongan kami
Dapat le merasa tengok pokok cherry ni berbunga. Walaupun semua pokok di situ belum berbunga sepenuhnya tapi dapat tengok sikit pun jadi la.

Cik Mien jaket merah dengan temple merah

Kami dah sampai, awak bila lagi?

Aksi wajib lompat di setiap check point

Family Portrait wajib ambil ada muka semua orang
Jejak Kyoto Hari Pertama: Higashiyama District
Kawasan ni adalah bersebelahan dan banyak jalan kecil yang penuh liku eh tipu je hehehe…tapi nak bagitau masa ni sedang gerimis tau. member yang bawak baby terpaksa la membeli payung. Cik Mien ?pakai je la serkup jaket tu. hahaha…
nah gambar pakai serekup.

Ceria dalam kehujanan

Gambar kenangan sambil bergerimis
Penuh liku sebab pemandangan yang sangat mengujakan. Masuk keluar masuk kedai tengok barang2an yang comel. Memang berliku la hati ni kan. Ikutkan hati nak beli tapi sebab hari pertama kena tahan diri. takut bajet terbabas gitew.hihi…acah2 je tu sebenarnya. nanti korang tengok lah.

antara liku yang dihadapi geram nengok orang semua pakat sewa kimono
sorry tau korang. entry ni banyak benor gambar yang nak ditepek. sebab semuanya tu ada kenangan. rasa mahal sangat bila dapat rakam momen2 ni.

Comey kan? Sape yang tak teruja kalau tengok botol comel2 nih
Jejak Kyoto Hari Pertama: Kodaji Temple
Kami sepakat untuk tidak memasuki temple ni sebab cuaca yang kurang mengizinkan dan memasing dah mula kelaparan.

Bergambar di luar kawasan temple
Untuk memasuki temple ni perlukan sedikit bayaran, Cik Mien tak ingat berapa yen jadi kami melepak di luar sambil makan kudapan yang ada. Mujur le Cik Mien bawa bekal kurma untuk alaskan perut.

Bergambar dengan produk Shaklee, ala2 sendiri jual sendiri jadi model
Sambil berehat kami penuhi aktiviti dengan membuat produk photoshoot. Ini adalah sebahagian tugas kami semasa mengembara. Memasing upload ke group telegram untuk berkongsi gambar dengan semua orang. Itulah yang bestnya dengan bisnes Shaklee. Sentiasa support each other dan banyakkan memberi kepada rakan2.
bila semua dah berpuas hati kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Nishiki Market kerana memasing sudah kelaparan. Kami tinggalkan Maruyama Park, Gion dan Yasaka Shrine untuk trip yang akan datang (hehe… in sha Allah)
Jejak Kyoto Hari Pertama: Nishiki Market
Tempat ini adalah syurga buat Cik Mien yang kaki makan. Segalanya best untuk dicuba cuma perlu berhati2 sebab tak semua boleh kita makan.
Untuk panduan, yang bakar tu kena pastikan pilih yang marinate dengan garam je bukannya soy sauce.
Antara makanan yang patut dicuba ialah tonyu soymilk doughnut, buah strawberry dan aiskrim green tea.
Cuma kalau korang nak plan ke sini harus sampai awal sebab market ni tutup pukul 6pm. Kami pergi ni pun dah kira agak lewat gak.
Ada gak orang cakap Nishiki Market ni tak sehebat di Kuromon dan Omicho. Mungkin yang ni harus Cik Mien datang untuk next trip.
Cari gak mochi tapi yang ada Cik Mien tengok banyak flavour jadi tak yakin untuk beli.
Orang kata kat sini boleh dapat fridge magnet dengan harga 150yen. Cik Mien tak jumpa plak.
Selesai membeli dan menapau makanan kami cergas ke mall berdekatan untuk solat. Dapatlah rehatkan kaki sekejap selepas seharian berjalan.
Sempat juga bergambar ramai2 dan semuanya sebut Youth!

Say Youth!
Jejak Kyoto Hari Pertama: Kyoto Tower
Kami bergerak dari pagi sehingga ke malam, memang menggunakan masa semaksimum yang mungkin. Seronoknya kami dapat menikmati suasana malam yang sibuk di tengah2 Kyoto dengan melihat lampu di bangunan Kyoto Tower dan pancutan air yang diiringi dengan muzik.
Subhanallah. walaupun dalam hujan semuanya sporting melayan momen yang kami sendiri tak pasti boleh repeat ke tidak.
jadi cik mien videokan momen2 yang best dan meriah ni.
Bila hujan tak menunjukkan tanda berhenti, maka kami putuskan untuk ambil beg di locker dan mula mencari jalan untuk pulang ke rumah yang ditempah melalui airbnb.

Beratur menunggu bas balik ke hostel dalam hujan renyai2
Alhamdulillah pencarian rumah berjalan lançar. Lega. Masing2 dah kepenatan dan makan malam kami apa yang dibeli di Nishiki Market tadi. Selesai makan, bersihkan diri dan mula merancang untuk esok pula. Mengharapkan cuaca menyebelahi kami huhu…
Sambung cerita jejak jepun di Part 3 pula ye.
xoxo
Cik Mien
Wanita yang impiannya mahu sambung belajar di Jepun
Wah, cantiknya teringin sangat nak pergi
Zumal recently posted…JOM VOTE ZUMAL