Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto, Kobe dan Osaka Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Wah, rasa dah banyak bulan Cik Mien hutang dengan belog ni untuk trip Kyoto-Kobe-Osaka kami. Nak buat entry pasal ni memang perlu ada mood sket. Pastu nak korek balik memori daripada hard disc sendiri ni pun boleh jadi berzaman gak.

Kami menginap di Kyoto 2 hari, Osaka selama 3 hari, memandangkan cuaca hujan dari pagi sampai ke petang, makanya segala itinerari yang dirancang ke laut. Ada yang kami terpaksa skip, lagipun kami bergerak dalam satu kumpulan yang ada 8 orang dewasa, seorang kanak-kanak dan 2 bayi, jadi perlu pertimbangkan kemampuan untuk meredah hujan.

Hujan di Jepun bersifat dari pagi hingga ke petang, kadang2 lebat, renyai2 dan gerimis. Ini pattern hujan di sana. Biasanya pagi adalah lebat dan mula beransur kurang lebat hinggalah ke petang. Ini info yang kawan Cik Mien pernah duk study kat Jepun dulu.

Kami semua sampai ke Kyoto dalam hari dan masa yang berasingan disebabkan ada yang ambil flight transit. Cik Mien dan Kak Mel kami berdua yang awal beli ticket tapi sampai sana paling last. hahaha… sebab yang lain beli last minute dan offer tix murah pada date awal dari kami.

Harga Tiket Return ke Osaka, Jepun

Cik Mien naik MAS pergi dan balik. Masa Cik Mien book harga ticket RM1700++, untuk jimat, Cik Mien claim enrich point, jadi dapatlah harga tiket RM1200++. Beza banyak kan?

ok kalau tanya pasal harga promo, yang Cik Mien duk study juga la semua airlines dan berapa harga paling last. Korang pun tau kan mainan airlines ni, promo2 tapi sebenarnya lebih kurang je.

kalau Cik Mien silap betulkan ye. yang Cik Mien nampak trend promosi tiket return ke Osaka dalam RM1200++. Kalau korang dapat harga lagi murah daripada tu kongsi2 lah di ruang komen.

melainkan AA promosi yang RM0 seat tu memang syurga sangat. hahaha… bayar tax je.memang best. apapun untuk travel oversea Cik Mien masih vote MAS. still MAS is the best buat masa ini.

2-3 hari sebelum berlepas, elok singgah di web imigresen untuk confirmkan status kita samada boleh ke luar negara ke x.

Apa nak buat bila sampai di airport antarabangsa KLIA dan KIX

Untuk anggaran masa sampai di airport biarlah 2-3 jam awal daripada masa kita nak fly. Itu yang sebaiknya. Sebab di airport kita nak buang masa check in luggage, jumpa abang imigresen dan naik aerotrain. Kalau korang pregnant lagi la kena datang awal daripada selang masa tu sebab ada sesetengah airlines tetapkan untuk buat pemeriksaan dengan klinik di airport.

Tips Semak Status Imigresen

Muka ceria sebelum naik kapal

Cik Mien naik grab dari rumah sampai airport awal 3 jam dari masa fly sebab kebetulan ada anak kepada sepupu Cik Mien, Fatini pun nak ke Jepun gak sebab sambung study di sana. Syioknya jadi dia.

Tips Persediaan di Airport

dengan kazen Cik Mien geng menghantar Fatini

Dulu Cik Mien memang ada impian nak sambung study di Jepun, kononnya masa tu aim result SPM gempak sekali dapat hancur. Tak pe la Master PhD ada lagi kan. Memang teringin nak merasa duk sana bertahun2.

Tips Sambung Belajar di Jepun

Kak Siti, Fatini dan Cik Mien.

Nak tengok momen Cik Mien di airport dan dalam kapal, meh layan video yang Cik Mien rakam nih.

Dan bila sampai di airport sana, lepas setel urusan luggage, kami cergas ke tandas untuk cuci muka dengan Youth Shaklee, gosok gigi dan kemaskan diri. Maklum le rupa memasing dah sememeh selepas 8 jam dalam kapal.

Tips Ambil Gambar di airport

Muka banyak hepi woo sebab berjaya jejak kaki ke Jepun

Sarapan Udon di Kyoto Airport

Cik Mien dah pesan siap2 pada Kak Mel yang Cik Mien nak makan udon sesampai je kami di airport. Meleleh dah air liur ni sejak dapat tau ada udon halal. Lepas kami collect Osaka Pass terus cergas menuju ke restoran U-don. Korang cari je level yang ada food court tu.

Jalan jalan cari makan di Airport KIX

Puas hati bila hasrat tercapai

Di sini ada menu udon, tempura, nasi ayam teriyaki dan etc. Siap ada menu translate lagi untuk pelancong seperti we ols nih. hehe… Meriah dengan banyak pilihan tempura.

Jalan jalan cari makan udon

Yeah, jom order

Memang sedap woo. Lain benar dengan udon di Malaysia. Korang wajib cuba menu ni bila sampai di sana tau. Cik Mien belanja dalam yen 1080 untuk udon saiz kecil dan 2 jenis tempura.

Resepi Udon

Sedap sampai menjilat mangkuk woo

Untuk keseluruhan penceritaan, baik korang layan video Cik Mien makan udon. Dalam video ni ada Cik Mien tunjuk senarai menu dan harga tempura.

Ok setel dah cerita part airport. haha banyak dan panjang lagi kisahnya. Seronok bercerita memori kita travel. Next entry Cik Mien akan sambung plak permulaan pengembaraan kami semua.

xoxo

Cik Mien

Wanita yang suka travel untuk makan

8 Comments

  1. nila anggraini May 20, 2018
    • Mien May 23, 2018
  2. Zaleha Awaluddin May 24, 2018
    • Mien May 27, 2018
  3. anies May 24, 2018
    • Mien May 27, 2018
  4. encikhafiz.com May 26, 2018
    • Mien May 27, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge