Cik Mien Jejak Jepun:Kyoto, Kobe dan Osaka Part 4

Fuh, makin mencabar rasanya nak update blog ni. Bab travel saje dah banyak berhutang. hihi…ni baru cerita pergi Jepun, part hat yai belum masuk lagi.hehehe…Jadi kalau ada yang miss baca, ini link untuk part sebelum ini ye.

Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto, Kobe dan Osaka Part 1

Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto,Kobe dan Osaka Part 2

Cik Mien Jejak Jepun: Kyoto,Kobe dan Osaka Part 3

Kalau baca dari group Road To Japan di FB, sekarang ini musim hujan di Jepun. Dan masa kami ke sana hari ketiga di negara matahari terbit ni hujan turun dengan lebat selebatnya pada waktu pagi menyebabkan rancangan kami nak ke Kobe menjadi singkat.

Kami redha dan pasrah, Buat pertama kalinya Cik Mien pakai heattech dari atas sampai le ke bawah sebab suhu semakin rendah. Mujur le tergerak hati nak beli seluar heattech ni di Uniqlo. hihi…

Sementara menantikan hujan reda kami buat aktiviti dalam rumah i.e buat video ucapan raya. Ada juga yang buat live update di FB. Melancong dengan geng Shaklee masa kami sentiasa terisi dengan macam2 agenda hihi…

Jadi nantikan video ucapan raya daripada kami ok? hehe

Jam 10 ke 11am baru kami bergerak keluar dari homestay. Hujan masih belum reda. Kali ini memasing terpaksa mengheret beg sebab malamnya kami akan check in homestay di Osaka.

Sampai je di stesen, waktu itu stesen penuh sesak dengan banyak orang. Bersimpang siur jemaah orang Jepun ni. Jam 11 pagi kami sampai pun orang sibuk di stesen.

Masa inilah kami struggle mencari locker untuk simpan beg. Tips Cik Mien ialah cuba sampai awal di stesen sekiranya mahu simpan beg di locker. Kali ini beg kami berpecah dan tidak duduk setempat gara2 kebanyakan locker penuh.

Jejak Kobe Hari Pertama: Nunobiki Herbs Garden

Kami menaiki JR Train dari Stesen Kyoto dan berhenti di Sannomiyo Stesen.

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan, taman ini ditutup. huhu… kecewa nyaaa!

Sedih yang amat sebab dalam garden ni ada cable car tau. Boleh ride untuk 10 minit. Pastu ada air terjun plak tu. Dah berangan nak celup2 kaki kalau dapat. kecewa yang amat.

Dan kami plak tak de plan B. Sadis betul masa ni.

Dapat la gambar depan pintu gate garden pun jadi lah. saje je tuh tutup sebab nak suruh kami datang semula (ayat penyedap hati)

Makanya bergambar je la kami di hadapan pintu masuk Kobe Nunobiki Herb Gardens.

Kobe Nunobiki Herb Garden

Nah belanja aksi frust tak dapat masuk garden ni.

Herbs Garden in Kobe Japan

Kami menghabiskan masa agak lama juga di sini sebab kagum dengan bunga-bungaan di depan pintu masuk.

Kalau agak2 tak tahan sejuk, sila ikut kakak ni, nyorok dalam kubikel.hihi…

Jejak Kobe Hari Pertama: Bus Tour

Lama gak kami memikirkan apa nak buat semasa di Kobe. Kami bincang dan muafakat untuk menaiki bus tour bagi mengisi masa yang ada.

Bas ni bawa kita ke tempat menarik di Kobe dan kita dibenarkan untuk turun ke tempat yang kita nak lawat. Bila nak balik tunggu je bas di tempat yang diturunkan.

Kami semua kemalasan dah nak turun jadi duduk je la dalam bas menikmati pemandangan yang ada.

Jejak Kobe Hari Pertama: Lunch di McDonald

Cik Mien dah studi semua port makan di Kobe, tapi akhirnya kami tak pergi pun. Sebab ada yang nak kena call dulu untuk tempahan makanan halal, ada tu macam jauh jadi last2 memasing dah kelaparan, McD jawapannya.

Cik Mien makan filet o fish je, air pun tak minum. Menu McD di sini menarik dan mengikut tema musim. Siap ada aiskrim sakura lagi. Comel kan? Lupa nak amek gambar menu.huhu…

Jejak Kobe Hari Pertama: Lepak di Stesen

Balik je daripada makan, sekali lagi kami tak tahu nak buat apa sehinggalah kami jumpa pemandangan bunga-bungaan yang cantik di depan stesen.

Sebab dah frust tak dapat masuk herb garden, jadi kami pun pulun la bergambar dengan bunga-bungaan yang ada di stesen tu.

Derang cakap bunga2 ni pun boleh jumpa dalam taman herba tu, cuma kat sini sikit je la.

Tips Shooting Produk

Kami buat video, shoot gambar produk, bergambar ramai2 dan macam2 lagi la. Ada sejam lebih kami duk di situ menghabiskan masa sambil cuci mata.

Shin-kobe Station

Tips Menaiki Tren Ke Kobe

Kat sini barulah perasan kereta banyak keluar masuk stesen untuk drop orang. Oh ye, Cik Mien perasan orang Jepun ni banyak guna kereta berjenama Toyota dan Nissan. Honda agak terhad untuk Cik Mien jumpa. Kereta derang plak semuanya comey2. Banyak gak model yang tak masuk Malaysia.

Cara Membeli Tiket Tren di Jepun

Jejak Kobe Hari Pertama: Pengalaman Menaiki Shinkansen dari Kobe ke Osaka

Setelah berpuas hati dengan hasil gambar dan video memasing, kami bercadang untuk sambung perjalanan ke Osaka dengan menaiki Shinkansen.

Datang Jepun tak sah kalau tak naik tren ni. Walaupun bajet awal kami tak plan nak naik, bila difikirkan semula ada baiknya kami gamble. Grab je peluang kali ni. Kebetulan kami dah jimat duit sebab ada tempat tertentu kami tak jadi pergi jadi kita leburkan lah duit untuk naik tren yang bapak mahal di Jepun ini. hihihi…

RichandVerveGroupFounder travel to Japan

Bergambar di sekitar dalam kawasan stesen pun menarik tau. Asal ada masa kita klik klik klik je phone camera tu.

Tips Menaiki Tren di Jepun

Ni sambil tunggu tren kena tolong jaga budak kecik Lutfi. Dia memang suka explore ke sana ke mari sebab tu elok pakaikan anak2 kita dengan tali ni.selamat dan comel.

Video tutorial cara membeli ticket shinkansen, mudah sebab kita boleh pilih English mode. hahaha… kalau guna bahasa jepun memang daku pun fail. entah mana2 Cik Mien tekan tau2 sampai ke tempat pelik kang.

Harga ticket kami dari Shin-kobe ke Shin-Osaka ialah 1500 yen.

cara beli ticket shinkansen

Tips Cik Mien ialah sila pejam mata ketika membayarnya. Ingat! Peluang mungkin sekali je. Jadi layan je la apa2 keinginan korang sepanjang travel. hahaha…

Sampai saje di Shin-Osaka, kami menaiki lagi tren menghala ke Station Matsuyamachi untuk check in homestay di Chuoka-ward.

Owner sediakan arahan step by step nak ke rumah dia. Alhamdulillah dengan segala penunjuk yang diberikan kami berjaya sampai.

Cara Booking Homestay di Airbnb

Rumah ni 2 tingkat dan rekabentuknya bagi Cik Mien tak berapa sesuai plak dengan jemaah kami ni. Tingkat atas lengkap dengan bilik tidur yang luas, bilik air dan dapur, manakala tingkat bawah hanya ada bilik tidur dan bilik air. Manakala bilik mandi berada di tingkat bawah tetapi berasingan dengan bilik tidur. Penghuni bilik bawah kena keluar dari rumah dan pergi ke sebelah yakni akses nak ke tingkat atas untuk mandi.

Kitorang terpaksa redha memandangkan bab2 penginapan ni kami ambil yang murah2. Nak plak dengan group seperti kami ni yang agak besar.

Selesai solat, kami bergerak semula ke arah stesen tadi dengan misi mencari makan malam. Di Osaka ni meriah gak la dengan restoran halal. Search je nama restoran dan guna Google Maps untuk bergerak ke tempat yang dituju. Sebab tu la pentingnya wifi. Kami memang sewa untuk kegunaan 5 hari supaya memudahkan perancangan perjalanan.

Tips Menaiki Tren di Jepun

Jejak Osaka Hari Pertama: Dinner di Ramen Honolulu, Osaka

Masa kami berjalan ke arah restoran, terperasan ada beberapa rakyat Malaysia yang sama2 berjalan kaki sepertinya macam arah tujuan yang sama.

Sekali memang betul. Dan rasa nak pengsan tengok dah ada group beratur kat luar untuk makan di tempat yang sama. Cik Mien bagi idea kalu tak larat nak tunggu ada lagi restoran sushi halal untuk dicuba. Disebabkan memasing dah penat berjalan, jadi semua pakat redha menunggu turn.

Restoran Jepun memang agak sempit. Ngam2 je untuk sorang berselisih lalu. Dalam tu boleh memuatkan dalam 15-20 orang sahaja pada satu2 masa. Udah le kehujanan, dengan kelaparan lagi, memang menduga iman betul la.

Kami dahulukan ibu yang menyusu, mak Fal dan Kak Nil serta anaknya untuk masuk ke dalam. Disebabkan takut menu best habis ada kawan Cik Mien siap2 order dah. Maklum le kuantitinya terhad. Tak leh terima hakikat kalau dah datang sini beribu batu nak sampai tapi tak leh nak merasa sebab dah habis. Nama pun rezeki kan.

Kali ni mangkuk ramen penuh dengan isi ayam berbanding ramen yang kami makan di Ayam-ya. Dari segi kuah Cik Mien vote Ayam-ya.

Senarai Restoran Halal di Osaka

 

Bila dah makan berturut2 ramen ni, Cik Mien jadi muak dan tak dapat nak habiskan semangkuk berbanding kakmel licin semangkuk besar dia sorang.

Restoran Halal di Osaka

Jejak Osaka Hari Pertama: Shopping di Don Quijote

Kami teruja nak enjoy di Osaka sebab nak shopping!

amek ko, hari pertama dah bocorkan poket masing2. selesai dinner kami terus cergas ke Don Quijote yang berdekatan.

masa kami sampai jam dah menunjukkan pukul 10mlm. rasa macam masuk syurga je tengok macam2 ada. dari keperluan rumah sehinggalah barang elektronik. Cik Mien dan Kakmel duk sibuk menelek handbag dan souvenir.

Ada gak yang terus jumpa barang yang mereka nak beli. Sini pun boleh tahan gak barangannya cuma untuk mainan kanak2 agak mahal.

suasana malam di osaka

 

Masa sejam yang ada untuk shopping agak terbatas. Dan rezeki kami plak hari Rabu tu adalah cuti umum jadi tempoh sistem tren dipanjangkan. Tapi suasana malam selepas pukul 12 pagi adalah mencuakkan.

Sempat kami melihat sana sini orang mabuk, kemudian pengutip harta karun sampah dan tetiba geng awang hitam kelihatan di mana2. Baik jangan ambil risiko untuk berada di sekitar Don Quijote walaupun dibuka 24jam!

Hari itu yang Cik Mien ingat sampai sekarang adalah hari yang memenatkan semua orang. Penat berjalan kaki laju2 untuk mengejar tren sebab kalau lambat boleh stranded di mana2 plak nanti. Di Jepun jam 1 pagi, semua tren akan ditutup sepenuhnya.

Kawan Cik Mien cakap sehari kami berjalan kaki hampir 20,000 langkah sebenarnya.Patut la rasa nak tercabut kaki. hihihi…

Next entry, Cik Mien akan cerita plak hari kedua kami di Osaka. Banyak juga part nak kena cover ni. Apapun tq kerana sudi membaca ye.

Jumpa lagi.

 

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge