Cik Mien Jejak Jepun:Kyoto,Kobe dan Osaka Part 3

 

 

Hadoi, terasa seperti semut merangkak dalam semak yang penuh samun ni. hihi… baru nak sambung Part 3. Gigih ni nak menaip, nak collage gambar, nak edit video. Semuanya untuk korang baca. Errr….ada ke yang baca? hahahaha…. tak pe yang penting niat Cik Mien nak rakamkan dalam belog ni supaya senang nak recall untuk next trip. teruja dah ni nak merepeat lagi. untuk korang yang kalau miss Part 1 dan Part 2, klik link tu ye.

Kononnya kami semua nak bangun awal dan mahu bergerak ke destinasi sepantas yang mungkin tapi semua itu tidak berlaku, nehi nehi! hahaha… memasing dah kepenatan seharian berjalan jadi kami pun bersiap ala2 cool dan rileks je. Lagipun ada yang bawa anak2 jadi perlu pertimbangkan masa mereka untuk bersiap.

20/3/2018 adalah hari kedua kami di Kyoto. Hujan masih mencemburui kami dan seperti biasa di Jepun kalau dah pagi tu hujan, sampai ke petang le jawabnya. Kami redha sambil masing2 digalakkan berdoa agar hujan yang turun ala2 nak bermanja je.

Salah satu sebab kenapa kita digalakkan travel ialah kita akan dapat rasakan betapa pada masa tu kita hanya ada Yang Maha Pencipta, kita memang bergantung sepenuhnya pada Dia. Setiap kali Cik Mien dan kawan2 berdoa, apa yang kami hajatkan tu Alhamdulillah ditunaikan. Walaupun tak semua, yang sedikit itupun dah cukup buat kami rasa dilindungi olehNya.

Seperti biasa sarapan kami semestinya ESP, Collagen Powder Shaklee, cinch tea. 3 jenis air shaklee ni wajib diminum untuk membantu badan kami bertenaga sehingga malam hari.

Dari rumah kami menaiki bas untuk ke stesen yang berdekatan dan menaiki JR Train dengan bayaran 240Yen.

tips travel ke kyoto

Team Jaket Merah

Kami menggunakan sepenuhnya applikasi Google untuk pergerakan sepanjang 5 hari di Jepun. Boleh pilih nak cara murah i.e bertukar train dan bas atau secara direct dengan train. Terpulang pada kemampuan kita.

Tips Naik Bas di Jepun

Hentian bas di Jepun

Cik Mien kagum dengan teknologi sistem bas di Jepun. Mula2 kami blur tak tau nak tengok kat mana untuk tahu bila bas yang sepatutnya kami naik akan berhenti di bus stop. Rupa-rupanya papan ni ada semua info tu. Sistem bas mereka semua dah di GPS kan, papan ni akan update bas no berapa yang akan sampai. Kaler kuning tu akan bergerak dan kami mula perasan bila duk tengok orang jepun ni yang sokmo tinjau papan tu. Kagum!

JEJAK KYOTO HARI KEDUA: ARASHIYAMA BAMBOO FOREST

Apa kami buat di Arashiyama Bamboo Forest aka hutan buluh ni? Simple je aktivitinya, berjalan sambil menikmati pemandangan hijau yang dipenuhi buluh.  Ada juga pengunjung tempatan yang membuat wedding photoshoot di sini.

Kami berphotoshoot puas2, sambil layan udara pagi.

Iklan>>Suka plak Cik Mien tengok bunga-bungaan di Jepun. Kalernya cantik2. Next time nak merasa waktu spring plak.

Cara Atasi Penat Semasa Travel

Tak boleh petik tau, tengok je boleh

Aktiviti menarik di Kyoto

Suka dengan efek buluh dengan kaler baju jaket Cik Mien

Tips Berposing Bergambar di Jepun

Gambar masa sampai dan di tengah2 hutan buluh

Walaupun hutan buluh, pengunjungnya pun ramai tau. Boleh tahan mencabar gak bila nak bergambar di sini. Lagipun jalan nya tak de la lebar sangat. Cuma kalau sampai sini awal2 Cik Mien pesan tiada tandas disediakan sepanjang jalan.

Kalau nak bergambar ramai2 macam kami elok la bawa tripod. Cik Mien beli di Lazada je.

Dari awal kami plan untuk buat satu photoshoot yang mempunyai kelainan. Mula2 duk ingat nak pakai baju kurung tapi memandangkan ada yang bawa baby, jadi kami buat plan simple. Shooting sambil pakai kain sarong!

hehehe…. memasing dah pesan dari awal untuk bawa kain sarung. Cantek kan?

Tips Bertenaga Sepanjang Hari

Bergaya dengan kain sarong di hutan buluh

Nampak ayu ke kami semua? hihihi…

Sejam juga la kami di sini. Masa berlalu dengan pantas dan kami teruskan perjalanan yang lebih mengujakan.

Kalau korang google dan bedah tempat ni sebenarnya banyak lagi yang menarik dan boleh explore. Ada beberapa temple kalau korang jenis berminat nak tengok bangunan bersejarah. dalam trip kami ni awal2 lagi kami tak plan untuk masuk ke temple2.

JEJAK KYOTO HARI KEDUA: SAGANO SCENIC RAILWAY

Selesai trek hutan buluh, kami membeli tiket untuk naik keretapi ni. Harga tiket adalah 620Yen untuk orang dewasa. Trek keretapi Sagano ada 4 stesen iaitu bermula dari Saga Torokko Station-Arashiyama Torokko Station-Hozukyo Torokko Station-Kameoka Torokko Station.

Kami mula naik keretapi di Arashiyama Torokko Station dan KakMel belikan kami ticket di coach yang tiada tingkap. Beratur ikut coach yang kita beli tu.

Meh tengok video ni yang Cik Mien rakam dari mula kami beratur sehinggalah menaiki tren.

Ikutkan tempat ni lebih cantik semasa pokok2 ceri berbunga, bagi Cik Mien dapat tengok air sungai yang mengalir hijau bersih pun dah cukup bahagia tau.

kami semua tak duk diam. kejap bangun tukar port amek video dan gambar, orang lain plak kemain duduk dengan berhemah. hihi…mujur le kami beli window less. jadi tak de la rasa segan nak bangun duduk.

dah tengok video tadi? kalau dah, sambung plak dengan video ni, boleh dapat rasa bestnya dapat pengalaman ini.

Kalau baca website, antara aktiviti yang kita boleh buat selain naik tren ni ialah dengan menaiki cruise menelusuri sungai Huzogawa. Boleh baca kat web ini untuk info lanjut. Harga tix ialah 4100Yen.Bagi mereka yang ada bajet besar, bolehlah merasa naik cruise ni. Cik Mien tengok dari atas nampak best dan mencabar.

aktiviti menarik di Kyoto

gambar sepanjang dalam keretapi, duk dalam coach window less ni satu pilihan yang tepat

Turun dari keretapi di Stesen Kameoka Torokko, kami mula berjalan kaki dalam kesejukan! masa ni angin sangat kuat. Memang tak tahan, memasing tak pakai glove. huhu…

Tips Naik Sagano di Kyoto

Muka kepuasan selepas pengalaman naik keretapi

Bila dah terdesak cenggini, ada yang keluarkan kain sarung tadi untuk selimutkan diri. Kreatif kan? hihihi…

Sempat gak kami beli ubi panggang panas2. Tangan kami yang kesejukan tu boleh selamba pegang ubi yang panas tanpa rasa melecur. Nak bagitau kat korang betapa sejuknya cuaca pada masa tu.

Video inilah jadi saksi momen kami berjalan kaki dalam kesejukan yang syahdu dan perasaan lega dapat makan ubi manis panas2.

JEJAK KYOTO HARI KEDUA: LUNCH DI RESTORAN AYAM-YA

Cuaca sejuk mengundang kelaparan pada organ perut kami. Masa tu jam pun dah pukul 12 tghari lebih. Dah sampai masanya kami mengisi perut.

Nak pergi tempat makan ni pun ala2 amazing race. Sebab restoran tutup pukul 3. jadi kami agak kesuntukan masa dan kami berlarian untuk pastikan sampai sebelum restoran tutup. seriau kalau kempunan wei.

Sambil jalan sempat cuci mata dan snap gambar mamat hensem ni. Rupa dah hensem, tinggi plak tu. Memang seswai Cik Mien nak kenenkan ngan Kakmel hahahha… merah muka dia bila kami bahankan dia sepanjang jalan.

Tips Guna Apps Google Cari Jalan di Jepun

Hensem kan? Kak u disengajakan untuk photobomb

Alhamdulillah dalam kehujanan renyai2 kami sampai di Restoran Ayam-ya. Masuk je tengok seat agak penuh dan kami setia menunggu dalam 10 minit untuk dapat tempat. Sambil menunggu kami order menu di vending machine. Sungguh bijak update order melalui mesin ni. Sekejap je dah setel dan selepas dapat tempat duduk kami pass kertas order memasing pada staff mereka.

Tips Cari Restoran Halal di Kyoto

Muka menahan lapar

Akhirnya menu yang Cik Mien order dah berada di depan mata. Macam biasa sebelum menjamah baca doa dan ambil gambar.

Review Ramen di Restoran Ayam-ya

Fuh mengancam!

aduhai terliurnya bila teringatkan kesedapan ramen ni, (awatla cik mien p ngada2 update pasal makan di waktu bulan pose nih,ngeeee)

Yang kiri tu last set ayam goreng. Lepas Cik Mien order dah habis jadi berkongsi sikit sorang merasa. Sedap ayam gorengnya. Ke sebab kami lapar sangat? hihi…

Waktu operasi restoran ayam-ya

Notis untuk pengunjung

 

Ada nota adab2 semasa makan di restoran ini. Ruangnya sangat kecil dan Cik Mien tengok orang Jepun ni jenis fokus pada satu menu je. Kalau jual ramen tu, memang ramen je la yang ada. Jenis air pun dihadkan. Kami minum air kosong je yang dah ada jag air di setiap meja.

Jalan jalan cari makan di kyoto

Comel kan? Siap tunjuk cara nak makan.

Datang kali pertama tak sah kalau tak amek video. Ini review Cik Mien sebelum dan selepas makan. Agak2 Cik Mien habis ke semangkuk tu? Meh tengok video.

Alhamdulillah rasa lega yang amat selepas dapat menikmati lunch. Selesai makan kami menunaikan solat jamak di ruang yang disediakan.

JEJAK KYOTO HARI KEDUA: KEDAI 100YEN

Kami keluar dari restoran dalam jam 3 petang lebih dengan tiada arah tujuan. Kami berbincang dan sepakat untuk memasuki kedai 100yen. Orang cakap tak sah datang Jepun kalau tak masuk kedai ni. Macam kedai Jepun Daiso RM5 kat Malaysia juga. Cuma sini lebih murah sebab bila convert 100 yen baru RM3.70.

Cik Mien beli banyak gak barang kat sini sebab tak tahan banyak yang comey2. Untuk anak Cik Mien belikan origami dan mainan. Ada gak barangan kecil daripada Hello Kitty. Yang ni pun Cik Mien rembat.

JEJAK KYOTO HARI KEDUA: SHOPPING DI KYOTO YODABAISHI

Sejujurnya kami tak plan pun nak ke tempat ni. Memandangkan ada rakan yang ingin mencari game untuk suaminya jadi kami pun terjebak masuk ke mall.

Tips Travel dengan Baby ke Jepun

Mujur ada troli untuk si kecik ni

Member Cik Mien cakap di sini agak mahal berbanding di Bic Camera Osaka. Banyak barangan elektronik di sini dan entah macam mana pergi sesatkan diri di kawasan handbag.

Lepas tu terbeli dengan menggunakan debit card RHB. hihihi… terpengaruh dengan Kakmel tu yang beli. Lagipun memang dah kepingin nak beli handbag coach dari Jepun. Beg yang nak plak memang sama yang dalam kabinet tu.hahah drama nya.

Makanya beli je la. Jadi balik dengan senang hati sebab dah dapat barang yang dihajati.

Handbag Coach Original Murah di Jepun

Handbag raya kami

Selesai shopping, keluar bangunan mujur le masih petang. Kami berjalan kaki ke Stesen Kyoto untuk mengambil bas pulang. Masa ni hujan tetiba lebat dan tidak mungkin kami dapat pergi ke mana-mana. Jadi kami beli apa2 yang nak dimakan untuk malam, dan kami mula menapak balik.

Entah macam mana kakmel ketua rombongan salah baca peta dan kami sesat sekejap nak cari bus stop yang ada bas balik ke homestay kami.

Tips Bila Sesat di Jepun

Sesat tu biasa lah,yang penting cool dan layan je

Tips nak bertanya bila sesat jalan ialah dengan bertanya pemuda pemudi Jepun. Jangan approach orang tua sebab mau berabuk dia speaking Jepun. Kalau yang muda ni derang banyak yang pandai english dan menggunakan smartphone.

Kami berjaya balik ke homestay kami dan di saat semuanya nak lentok tidur, dua budak kecik ni kemain segar bugar.

Tips Tempah Homestay di Airbnb

Geng kemas rumah

Agaknya dah tidur seharian dan bila dapat kaki mulalah deme ni buat explore race dalam rumah. hahaha…

Sebelum tidur, cuci muka dengan cleanser Youth , tepek muka dengan Night Cream Youth dan telan 6 biji ostematrix dan 2 biji CoqTrol Plus.

Habis sudah cerita hari kedua kami di Kyoto. Esok kami nak check out dan bergerak ke Kobe.

 

Cik mien sambung ceritanya di Part 4 pula ye.

Jumpa lagi!

xoxo

Cik Mien

4 Comments

  1. Zaleha May 29, 2018
    • Mien May 31, 2018
  2. Zumal June 7, 2018
    • Mien June 10, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge