Cik Mien Takes Halloween Horror Nights 9 Universal Studio Singapore

Yeah! Tak sangka apa yang Cik Mien VB (baca vision board) kan tercapai jua.

Asalnya rancang nak pergi tahun lepas lagi, tapi apakan daya masa tak mengizinkan.

Alhamdulillah tahun ni Cik Mien dapat juga merasa Halloween Horror Nights 9 USS.

Korang mesti pelik kan apa ke best sangat ke halloween ni.

Mereka yang datang ke HHN9 ini biasanya,

AKAN REPEAT.

Sebabnya, setiap tahun HHN akan bawa cerita halloween yang berbeza.

Setup rumah hantu pun tak kan sama dengan yang sebelum ini.

Persembahan dan Sesi Pembukaan pun berlainan.

Jadi tak heran lah ada yang memang follow HHN.

Halloween Horror Night
Me and Mel in MRT on the way to USS

Perjalanan kami bermula seawal pukul 8.30 pagi keluar dari rumah masing-masing untuk ke Terminal Bersepadu Selatan, TBS.

Kami pilih menaiki bas setelah survey ticket kapal terbang yang agak mahal dan lagipun jemaah 2 orang je. Jadi naik bas adalah pilihan yang murah dan mudah. Untuk tempahan boleh ke laman web bus ticket online.

Bas StarMart mula bergerak pukul 10.15 pagi. Awalnya kami agak teruja sebab jemaah tak ramai, sekali rupanya kurang bernasib baik. Dalam tak ramai ni ada satu kumpulan orang Cambodia rupanya.

Cik Mien dan Kak Mel memang dah plan nak tidur je sepanjang perjalanan. Sekali group ni bising yang amat sehingga agak mengganggu tidur kami.huhu… redha je la.

Sebaik je berhenti di R&R, kami cergas ke hentian untuk makan bekalan. Sejak detoks ni gigih kami bawa bento masing-masing.

Ini rupa makanan Cik Mien.

Sarapan-Telur wrap dengan ikan bilis
Tengahari-Ikan salmon dan asparagus

Dan kak mel plak bawa 2 set wanpaku, layan je la. dan sudah tentu kenyang wei.

Bas ni berhenti 20 minit je, sudahnya kami solat dalam bas.

Alhamdulillah urusan imigresen sangat mudah, jam 5 petang kami dah sampai last stop.

Perjalanan diteruskan dengan menaiki MRT untuk ke USS.

Nak tengok dan rasa suasana HHN9 ni, tonton video pengalaman Cik Mien ketika di sana.

Aktiviti kami semasa HHN9,

-masuk je terus dinner sebab 1) hujan 2) kelaparan

-masuk semua 5 rumah hantu

peta halloween mu tunggu aku datang hahaha…

-naik semua ride yang ada

Syukur kitorang cepat gak setel semua, pukul 1.00 pagi dah gerak keluar dari USS menaiki grab untuk ke Lapangan Terbang Changi.

Tipsnya, sila berbelanja lebih dengan Express Plus.

Crowd peak night sukar dijangka, kami tak nak ambil risiko tu yang beli terus Express Plus untuk semua rumah hantu dan ride.

Puas hati sangat sebab yang tak amek express pass, sudahnya berejam beratur. Walhal naik ride tu tak sampai pun 10 minit, rumah hantu tak sampai setengah jam je.

Nak tahu detail setiap rumah hantu yang kami masuk, boleh pergi ke laman web ni, Dejiki.

Dia ni setiap tahun ke sana dan buat review.

Later Cik Mien sambung entry pasal Changi Airport. Siyes best giler bak hang airportnya. Rugi plak kami duk 5 jam je. hehehe….

xoxo

Cik Mien

HHN9

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.