Cuti Raya di Lembah Temir Resort, Pahang

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Cuti raya kami sambung pula ke Lembah Temir Resort, Pahang. Kali ni misi kami adalah mandi air terjun dan makan durian musang king!

Kami adik beradik bersama abah dan mama konvoi dengan empat buah kereta. Tahun lepas mereka dah pergi cuma tahun ini WAJIB pergi semula sebab tahun lepas tak dapat makan durian. hihi…

Dan ni pun fes time Mien join ke sini sebab tahun lepas kena hadir team building.

Sungguh berhantu durian musang king ni. Perjalanan dari Kelana Jaya ke Lembah Temir hampir memakan masa 2 jam setengah juga.

Kali ni adik Mien bagitau jalan masuk dah ok sket sebab pemilik resort ni dah tambah baik jalan.

Durian Musang King dan D24 di Lembah Temir Resort

Alkisahnya pemilik resort ini memiliki seluas 80 ekar tanah di situ. Woowwee memang sekeliling kami penuh ngan pokok durian. Rasa geram je tengok bergantungan di pokok. Tu belum lagi korang nampak jatuh kat tanah.hehe…

Syukur memang rezeki kami tahun ini dapat merasa fresh dari kebun.

IMG_6759

sampai2 je kami diberi dessert durian. sangat lemak dan sedap. sebakul kami habiskan.

Anak Mien, Dania Ziyad paling suka sekali dengan kenduri durian ni. Memang raja buah ni fevret dia. Mau tak nye bulan puasa aritu tiap2 hari request durian. Mujur la pasar tani Putrajaya ada jual durian musang king datang dari Johor.

Kalau korang nampak buah tu kecik2 memang la ye. yang besor2 tu pemiliknya dah jual. jadi pemilik jamu kami makan free untuk yang saiz kecik2. tak kisah la kan janji FREE. hehehe…

Kecik2 pun boleh tahan panas nye. Mujur la Mien mampu bertahan. seronok le baby dalam perut dapat rasa durian musang king.

IMG_6761

menu nasi tengah hari makan berlapikkan daun pisang

Bila korang menginap di sini pakej yang ditawarkan adalah lengkap dengan makan minum. Semuanya isteri pemilik yang masak untuk korang. Menunya macam2. Senang cite memang cukup kenyang lah.

IMG_6798

IMG_6799

mandi dan makan itulah aktiviti kami

IMG_6785

meja yang diperbuat daripada kayu cengal baru disiapkan oleh pekerja ini pun boleh didapati dalam kebun pemilik

Sesi Terapi di Air Terjun, Lembah Temir

Memang rezeki pada pemilik sebab dalam tanah kebun nya ada laluan air terjun. Jadi satu kelebihan pada beliau untuk mempromosikan resort ni.

Waktu petang kami isi masa dengan mandi manda air terjun. Jalan nak ke air terjun juga pemilik dah sediakan elok2 malah selamat untuk mak buyung ni naik ke atas.

Kalau korang tak kisah dengan bunyi bising air terjun, korang boleh request untuk menginap chalet di sebelah air terjun ni.

Memang seronok sebab semuanya bunyi yang diterbitkan daripada alam semulajadi.

IMG_6801

mama dengan anak perempuan bujang nya

IMG_6771

nenek pun nak main air dengan cucu-cucunya

IMG_6772

udah macam orang bertapa mak buyung nih

IMG_6777

Syamil not in the pic sebab penakut ngan air terjun kihkihkih

IMG_6802

aksi terlampau daripada khairil

Aktiviti Malam di Lembah Temir Resort, Pahang

Walaupun kedudukan resort ni agak jauh tapi waktu malam ada je aktiviti yang korang boleh rancang.

Memandangkan suasana raya tu masih ada lagi pemilik dengan baik hatinya sediakan bunga api untuk kanak-kanak bermain. Selain daripada itu, ada kemudahan karaoke dan kalau nak BBQ kena tempah awal2.

Kalau tak minat berkaraoke pun boleh bawa indoor games seperti chess ke atau monopoly.

IMG_6800

si kecik penakut dengan air sejuk

 

 

Jom Rasai Suasana Semulajadi di Lembah Temir Resort, Pahang

Kalau nak percutian singkat dan bajet memang disyorkan korang memilih resort ni. Kalau musim durian dah habes pun jangan risau di sini ada pokok rambutan, pulasan, markisa dan macam2 buah tempatan yang ada di resort.

Dah alang2 ke sini tak sah kalu tak bawak balik sebakul durian D24 dan musang king.

Nah kasi hadiah senyuman sket dari mama Mien untukĀ ajak korang sama2 datang bercuti ke sini pula ye.

mama pun sibuk nak posing untuk kenangan dan promosi pada kawan2 dia

mama pun sibuk nak posing untuk kenangan dan promosi pada kawan2 dia

Untuk tempahan korang boleh hubungi anak pemilik, Hafidz 0192310400

2 Comments

  1. aiin rosli October 8, 2015
    • admin October 12, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.