Deko Dapur Cik Mien

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

 

Korang masih ingat lagi ke post Cik Mien pasal nak shopping ikea tempoh hari?

Baca kat sini kalau lupa. hehe…

Lepas post je terus Cik Mien cergas pergi beli. Ni namanya orang perempuan. Asal shopping je panjang langkahnya. Kalah rekod dunia. hahaha…

Jadi kali ni nak kongsi apa yang sebenarnya Cik Mien dah beli. nampak tu, dah buat list pun tersasar gak.

Ye la blame gak pada online shopping ni. Tengok2 browse2 bila hari kejadian terpandang yang lain dan lagi berbaloi mesti la kita beli kan.

Cuma mudahnya bila Cik Mien tunjuk post tu kan terus staf IKEA tolong bagi idea dan cadangan.

Bagusnya tang tu la kan.

Ok ni Cik Mien kongsi gambar sebelum.

Tips Deko Dapur

Sebenarnya dah lama rimas tengok keadaan susunan begini. Sebab nak dapat idea apa yang sesuai dan duk memikir apakah yang terbaik dengan bajet terhad jadi baru tahun inilah berjaya setelkan ruang yang semak di mata.

Bila dah kemas, troli tu Cik Mien letak semua buku sekolah dan buku bacaan anak2. Meja tu plak Cik Mien lipat balik dan masuk dalam setor. Meja ni berguna bila ada buat jamuan makan ke atau Cik Mien nak buka booth ke. Beli kat groupon dulu. Atau pun kalau Cik Mien nak buat kelas group Shaklee di rumah pun boleh guna meja ni. Banyak fungsinya.

Drumroll sket.

.

.

.

Tadaaa…

Tips Membeli Belah di IKEA

Yes. Menepati ciri-ciri yang Cik Mien nak. Iaitu rak slim dan kurang menggunakan ruang. Boleh sumbat semua barang tadi. hahaha,.. siap boleh gantung lagi.

korang perasan rak ni tak de pun dalam senarai carian Cik Mien yang asal.

rak ni namanya Mulig. gambar yang masih suci dari laman web ikea tengok kat bawah ni.

Tips Shopping di IKEA

Alhamdulillah bersyukur bila jumpa yang menepati ciri2 dan juga dalam bajet Cik Mien. Rasa puas hati le dapat setelkan ruang ni.

Untuk bilik SOHO Cik Mien, work in progress lagi.huhu… entah bila la hasben Cik Mien nak tolong drillkan. Dan Cik Mien tak beli pun kabinet buku tu. terasa macam mahal plak.

nanti nak pergi reiki dengan kedai yang buat kabinet dapur dulu. kot le harga dia murah lagi.

lagipun tak terdesak sangat pun kabinet buku tu, agak2 dah tak de space baru difikirkan. hahaha…

ni yang magnetic board ni. rasa tak sabar dah nak drill. silap haribulan hilang segala kelembutan Cik Mien dengan diganti kesadoan sebab drill sendiri. kahkahkah…

ok itu je la nak update. korang tolong doa2kan lah hasben Cik Mien tu dapat tolong bini dia ni gantungkan board tu.hehehe… tq in advance ye.

 

xoxo

Cik Mien

Wanita yang suka mengemas rumah bila waktu kepalanya sedang serabut memikir bila nak travel lagi

Leave a Reply

CommentLuv badge