Diva Color Run 2019

Suspect: Cik Mien, Kak Mel dan Kak Liz

Distance: 6km

Where to find them: D’Pulze, Cyberjaya

Partner in crime: Their kids

Chewah, saje je buat intro cenggini, asek2 karangan je kan.

Seawal jam 5.15 pagi bangkit dari tidur. Syukur Alhamdulillah hasil menelan Ostematrix 5 biji, GLA COmplex sebiji, CoQTrol Plus sebiji-dapat bangkit awal dan alhamdulillah sempat tunai solat hajat.

Sambil tunggu azan Subuh, Cik Mien siapkan sebotol ESP dan 2 botol Performance Drink. ESP untuk bekal #breakfastonthego dan performance drink untuk minum selepas berlari.

Muka sebelum berlari

mujur le dah RAS malam tadi nak parking dalam DPulze, dan ngam2 dapat port parking yang sama masa datang ambil race kit. fuh lega.

sampai je berjanji jumpa di Family Mart, event memang betul2 depan DPulze.

kami tinggalkan anak2 di Family Mart, bagi rm10/seorang untuk beli apa2 makanan.

berliku2 nak berlari ni

boleh tahan juga crowd yang join larian ni. semua diva2 belaka. memasing semangat betul.

sebelum dilepaskan, semua pakat berkumpul di garis mula. DJ ni pun pandai kasi line panas, disuruhnya kami campak2 serbuk color tu dulu sebelum berlari.

memang nampak happening la bila ada aktiviti campak2 serbuk color tu, jadi la kanak2 riang sekejap.hahahaha…

hasilnya, korang tengok la gambar Cik Mien and the gang.

D.I.V.A saaanggatt hahaha…

Seriously syiok sangat bila ada tema cenggini. tak de la kita berlari je. lagipun kalau berlari saje, baik Cik Mien pusing area rumah.hahahha…

cara pilih tudung untuk berlari
from head
tips pilih smart watch untuk berlari
to your hands
tips pilih kasut untuk berlari
to the toe

Setiap kali lepas berlari, Cik Mien minum Performance Drink. Bancuh siap2 dari rumah. Tak de gula, itu yang penting. Dan yang bestnya air ni bagus untuk recharge energy kita yang dah hilang semasa berlari.

yeah, lepas berlari minum performance drink

inilah medalnya, hanya yang finisher sahaja dapat.

lawa sebab penuh kaler, apapun kali ini badan Cik Mien rasa ringan masa berlari. agaknya hasil 2 minggu pulun no sugar challenge.

medal diva color run 2019

tak sabar plak nak join event yang sama next year.

harus repeat!

xoxo

Cik Mien

#myfitjourney #nosugarchallenge #cikmienfit

2 Comments

  1. anies February 20, 2019
    • Mien February 21, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.