Do It Yourself Using IKEA Hack Ideas

Sekali sekala cik mien nak bercerita juga mengenai deko rumah. hehe… bila cik mien google rupanya banyak betul idea yang mereka gelarkan sebagai ‘ikea hackers idea’.

Haa…asasnya menggunakan perabot ikea untuk mencipta ruang atau menjadi fungsi perabot lain. Kalau nak tahu ada satu laman web ni kerana pemiliknya sangat gemar dengan idea tersebut menjadikan beliau sangat popular dan sebarang aktiviti pihak tertentu akan menjemput beliau untuk membuat review di blog. begitulah bila blog kita menjadi famous. Ada juga dibuat pertandingan Hack of The Year yang terbuka untuk sesiapa menghantar idea hack mereka kepada pemilik blog.
Idea bawah ni cik mien ingat nak buat untuk bilik tidur anak dara kami. Buat masa ini belum terlaksana lagi, sebab bilik dia pun duk huru hara lagi.hihihihi….

img_7074

 

Dalam banyak-banyak idea, adalah sikit sikit cik mien guna untuk di rumah kami. Cuma jadi frust bila cik mien tak dapat kaler yang cik mien nak. contoh seperti gambar di bawah ini, cik mien ambil idea ni untuk jadikan almari kasut di luar. Masa cik mien beli warna yang ok dan kena dengan rumah kami hanya kaler biru je. huhuhu… asalnya cik mien nak beli kaler hijau tapi dah habis jadi rembat dulu la kaler biru.

 

img_7073

untuk idea billy bookcase ni plak, memang nampak lagi bermakna daripada kita beli side table kan. cuma cik mien terfikir tang habuk nanti.huhu…jenuh la nak menyapu habuk.huk huk huk…jadi kena fikir banyak kali sebelum buat.

img_7075

 

Troli ni memang fevret cik mien. siapa setuju sila angkat tangan juga! hehe…Rumah kami dah ada dua, satu kaler krim dan satu kaler hijau biru macam dalam gambar ni. Letak kat dapur untuk simpan barang kering dan satu lagi di ruang tamu atas. Lepas cik mien sedekahkan kabinet TV lama yang dah tak digunakan, cik mien gantikan dengan troli ni untuk letak koleksi CD, Al-Quran dan kitab Yasin serta barang-barang lain. Jimat ruang dan terus tukar jadi ruang solat.

img_7072

ermm…idea ni asalnya nak buat di bilik tidur anak dara kami juga tapi sebab ruang pun terhad, maka terus tak jadi. kalau nak buat di ruang atas yang dah tukar jadi ruang solat pun macam tak kena. entah le. sesuai juga untuk mereka yang nak buat kabinet TV cuma rasa macam tak berapa sesuai juga sebab nampak serabut. ye la mata kita nak tengok TV bukannya barang2 lain kan.

 

img_7071

ini paling menarik bagi cik mien. yang ni cik mien ambil daripada FB Rafidah Hadi dalam FB Group Deko-deko. Usaha beliau dan suaminya dalam mengubahsuai ruang TV dengan menggunakan barangan IKEA. Part paling kreatif  bila Rafidah berjaya menyorokkan kabel daripada pandangan mata. Kemas kan?

Post beliau mendapat jumlah likes yang tinggi atas idea kreatif mereka. Mulanya cik mien nak follow idea ni tapi incik suami tak berapa berkenan nak hack dinding untuk gantung TV.hohoho…makanya terpaksa cik mien cari alternatif lain. Yang ni simpan aje la dalam kenangan.huhu…

img_7151

img_7150

 

 

img_7149

 

img_7148

 

Ok bila cik mien jumpa idea lagi nanti cik mien update ye.

Daaa….

 

Leave a Reply

CommentLuv badge