Hari Sukan Tadika Bestari IT, Bandar Teknologi Kajang~Meriah dan Ceria

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Ahad lepas adalah hari yang amat memenatkan tapi ceria.yeah!hehe…. Penat bersukan diganti dengan seronok sebab dapat le Cik Mien hilang tekanan melihat keletah anak-anak comel bersukan di padang.

Sambil2 teringat Cik Mien dulu tak de pun semeriah cenggitu.hihihi… zaman dulu dan sekarang sangat berbeza.

Seperti biasa acara bermula pukul 8.30 pagi tetapi mula lambat sikit sebab ada pelajar yang belum sampai lagi. Jadi cikgu pun suruh tunggu mereka.

Sampai je perlu daftar dan no cabutan bertuah diberi siap2 dalam surat kami. Nombor bertuah kami ialah 187.

Lepas daftar Cik Mien hantar Syamil Ziyad ke rumah sukan dia, Hijau katanya.

Tetiba si kecik ni bukan main suka lagi dia. Ye la dapat bebas ke sana ke sini. Mau dia nak duduk diam.

Satu padang Cik Mien perlu berlari mengawal dia.

Acara bermula dengan perbarisan. Rumah Hijau bertemakan Ninja, Kuning bertemakan Spongebob Squarepants, Merah pula Ladybird dan Biru erm Cik Mien tak pasti plak apa karakternya. Yang pasti bukan Doraemon.hihihi…
Syamil Ziyad buat gaya malas

cari mana satu Syamil Ziyad

 

Selesai perbarisan diikuti bacaan doa, ikrar dan nyanyian lagu Negaraku serta tadika barulah acara bermula.

Awal-awal Cik Mien dah pecah gelak sebab tengok gelagat anak berumur 4 tahun. Mereka ni masih belum faham lagi jadi ada tu bila sampai hari kejadian tak nak main sukan, ada tu separuh hati je,hihi…lagaknya bila disuruh juga sampaikan cikgu pula yang terpaksa menolak anak murid.hahahha…

Tak yah tengok anak umur 4 tahun, Syamil Ziyad yang dah besar ni pun buat gaya malas nak menggelek tayar.hihihi… ok lah nampak dia bersemangat dan gembira dengan kawan-kawan. Dapat le no. 2 dalam acara gelek tayar.

Si Kakak pula dipaksa mengusung buku untuk ulangkaji di padang. Kesian. Nak buat macam mana. 2 minggu ponteng sekolah sebab demam tempoh hari jadi kena la usaha lebih untuk peperiksaan kali ini.

 

Paling gembira si kenit ni. Habis satu padang Syamim Ziyad round dan selamba je dia melepak dalam khemah. Buat macam rumah sendiri.hahahaha….

Abang dengan aksi ala-ala abang mithali giteww.hihi

Ada 3 acara untuk setiap peringkat umur. Sebab Cik Mien dah penat mengekor si kecik jadi Cik Mien tak de la follow sangat acara selepas tu. huhu….

Apapun no. kami bertuah untuk hari itu.Yeay!

Dapat le tupperware yang berisi dengan makanan untuk anak-anak.

Seronok2 je kan. Yang penting nombor dipanggil.hehehe…

Tahniah kepada Cikgu Tadika Tunas Bestari IT kerana menjayakan hari sukan ini dengan cemerlang.

Cik Mien suka dengan pengurusan tadikan ini dan cikgu nya sangat komited dalam menguruskan anak-anak di situ.

Jadi untuk ibubapa yang mencari tadika di Bandar Teknologi Kajang ni, Cik Mien memang beri highly and strongly recommended.

Ok jumpa lagi di entri akan datang ye.

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

 

2 Comments

  1. kina May 19, 2017
    • Mien May 19, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge