Ibu berpantang murung kerana menguruskan bayi seorang diri. Adakah simptom meroyan?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua,

Menyambut bayi yang baru lahir adalah momen paling indah buat kita semua. Ia adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Yang Maha Pencipta kepada kita.

Dari saat ibu hamil sepanjang 9 bulan sehinggalah waktu melahirkan, mental dan fizikal ibu sentiasa diasak yakni tatkala mengalami perubahan hormon, pengecutan rahim, pembengkakan payudara, letih bertarung menahan sakit kontraksi selama berhari-hari, menghadapi bukaan gunting untuk melancarkan kelahiran serta ada yang terpaksa melalui proses bersalin mengikut tingkap atau dengan kata lain pembedahan c-sec. Semua proses ini telah memberikan tekanan emosi kepada si ibu. Dan sebaik sahaja bayi lahir, peranan ibu makin bertambah kerana perlu berjaga siang malam untuk memastikan tidur si kecil sentiasa lena dan perutnya kenyang.

Dapat sesuatu? Begitulah besar pengorbanan si ibu dan tidak dinafikan peranan ibu makin bertambah bila bersalin anak ketiga. Kenapa ye?

Rata-rata mereka yang menjadi ibu beranak tiga tidak mampu untuk menguruskan diri semasa berpantang. Ini kerana pada masa yang sama mereka juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesemua anak-anak mereka sedangkan perhatian kepada si kecil adalah paling utama kerana dia tidak mengerti apa-apa dan hanya mampu menangis.

Naluri seorang ibu sentiasa mahukan yang terbaik buat setiap anak mereka. Walaupun diri sendiri masih belum sihat sepenuhnya tetapi siapa mampu tahan diri bila kesemua urusan anak tidak seperti sebelum ini.

Bila berlaku keadaan begini, ada sebahagian ibu berpantang mengalami sindrom menangis, suka menyalahkan diri sendiri, panik, susu badan mula merudum, stress, dan mula berbalah dengan suami.

Sekiranya anda mula merasa simptom sebegini, Cik Mien sarankan beberapa langkah untuk mengatasinya:

  1. walaupun anda berkeadaan hadas besar (baca masih bernifas), namun kita masih boleh untuk beristighfar, berdoa, dan berselawat. hidupkan kerohanian dalam diri kita in sha Allah ketenangan akan hadir.
  2. bila hati dah tenang, barulah kita boleh berbincang dengan pasangan atau mereka yang menjaga kita semasa berpantang. terangkan apa kemahuan anda dan bincang secara baik peranan masing-masing.
  3. untuk permulaan, rancang dan susun jadual agar semua dapat memainkan peranan masing-masing. anda ada tempoh berpantang selama 44 hari jadi rancanglah aktiviti anda sepanjang tempoh tersebut.i.e waktu berurut, mandi limau, spa, dan etc.
  4. selain langkah di atas, amalkan supplemen supaya badan anda sentiasa bertenaga dan mood anda juga sentiasa ceria. Mengambil supplemen dari awal berpantang amat digalakkan bagi membantu melengkapkan nutrisi anda. Harus diingat badan kita juga boleh menjadi stress akibat kurang nutrisi kerana menu berpantang kita. Lebih penting lagi ia membantu untuk ibu kembali fokus demi menjaga ahli keluarga. Untuk ibu yang mengalami simptom menghampiri meroyan, Cik Mien suka cadangkan…

Vitalea, multivitamin yang dilengkapi juga dengan zinc untuk membantu penyembuhan luka bersalin, mengurangkan risiko sakit jantung, anemia serta merangsang peredaran darah.

Sustained Release Vitamin C bertindak sebagai anti oksida dan membantu untuk membaiki luka akibat bersalin.

B-complex, mengandungi 8 component penting yang membantu untuk melawan tekanan dan dengan ini akan meredakan simptom kemurungan, sakit kepala dan insomnia.

Ostematrix, bukan sekadar kalsium tetapi juga mengandungi magnesium, kuprum dan boron yang membantu penyerapan kalsium secara optimum. Kalsium penting bagi menguatkan tulang kita sepanjang penyusuan dan juga berpantang.

Energizing Soy Protein, supplemen yang berasaskan soya non GMO. Berperanan membekalkan protein kepada tubuh badan kita agar dapat membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun. Maka ia sangat baik untuk ibu berpantang yang perlu jadi supermom supaya sentiasa cergas dan bertenaga.

Alfalfa Complex dikenali sebagai penggalak susu kerana ia adalah herba yang membantu untuk melancarkan aliran susu ibu.

Lecithin pula membantu tubuh badan ibu untuk membakar lemak dan pada masa yang sama membantu untuk mengatasi masalah bengkak susu. Ini kerana lecithin berperanan untuk melancarkan darah di sekitar payudara ibu.

Vivix ialah minuman botanik yang dapat membantu luka dan bengkak dalaman badan untuk kembali pulih seperti biasa. Berperisa anggur masam-masam manis mudah untuk diminum sangat sesuai untuk ibu yang perlu menguruskan rumah tangga semasa berpantang. walaupun Vivix tidak diuji ke atas ibu menyusu namun telah ramai yang mengamalkan dan memberikan maklum balas yang positif.

Ikuti video ibu ini yang sudi berkongsi mengenai pengalaman berpantang dengan supplemen Shaklee.

 

Untuk info lanjut dan konsultansi percuma, boleh hubungi…

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

COD: Kajang | Bangi | Putrajaya

4 Comments

  1. wan norasiah February 11, 2017
  2. Fara February 11, 2017
  3. Muni Matzuki February 11, 2017
  4. Muni Marzuki February 11, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge