IKEA Shopping List for Site Visit

Salam Ceria Semua,

Pergh tengok tajuk ke main lagi kan. hoho… mohon maaf la ye entry ni bukan bertujuan untuk RIAK.

hanya semata-mata mudahkan kerja Mien bila site visit ke IKEA tu nanti. Bila tu tak tau la kann.

Sebenarnya nak cite la sket tentang rumah Mien. Memang masa mula2 duduk kami tak de masa nak mendeko2. Maklum le dua2 bz like a bee ;0.

Jadi bila dah cuti pantang anak ketiga ni sepanjang memerap dan memeram di rumah, baru lah nampak sungguh marhaen rumah Mien ni.

Sementelah unifi dah masuk dan lajunya tahap lipas kudung, memang syiok duk browse web IKEA. ngeh ngeh…

Meh kita skodeng apa barang yang patut dibeli dan semestinya list ikut keutamaan.

1.Trone

Spesifikasi : Kaler Putih dan Hitam

saiz: 51 x 39 cm

Harga: RM 119/set

Beli: 2 set

Cadangan: Nak letak di wall area garaj kereta.

ikea trones-shoe-cabinet-storage-black__rm119

2.Raskog Trolley

Spesifikasi : Kaler Turquoise

saiz: 35 x 45 x 78 cm

Harga: RM 149 (was at RM229)

Beli: 1 unit dulu ūüėČ

Cadangan: untuk kegunaan dapur

ikea raskog-trolley-turquoise rm149

3.Stuva Storage Bench

Spesifikasi : Kaler White/Green

saiz: 90 x 50 x 50 cm

Harga: RM 209

Beli: 1 unit

Cadangan: untuk simpan beg sekolah anak depan stor tepi tangga

ikea stuva storage bench rm209

ideanya lebih kurang begini

ikea stuva

4.Bench Pad

Spesifikasi : seperti dalam gambar

saiz: 90 x 49 x 3 cm

Harga: RM 49

Beli: 1 unit

Cadangan: pelengkap kepada item no. 3(kalau tak de bajet kendian pun boleh)

ikea vissla-bench-pad_rm49

5.Trofast Frame

Spesifikasi : kaler putih

saiz: 46 x 30 x 94 cm

Harga: RM 120

Beli: 1 unit

Cadangan: pelengkap kepada item no. 3 dan idea no.4

ikea trofas frame rm120

6.Trofast Box

Spesifikasi : kaler putih

saiz: 42 x 30 x 23 cm or 42 x 30 x 36 cm

Harga: RM 15/20

Beli: 2 unit

Cadangan: pelengkap kepada item no. 5

ikea trofas box rm20

7.VITTSJ√Ė coffee table*

Spesifikasi : kaler hitam

saiz: 75 cm

Harga: RM 179 (was at RM199)

Beli: 1 unit

Cadangan: ruang tamu

*cuma yang ni mungkin reserve dulu kot sebab tengok pada struktur meja nya macam tak berapa nak selamat untuk anak2.

ikea vittsjo-coffee-table__rm179

Mien rasa ada bagusnya bila kita ada idea atau perancangan elok buat cenggini.

Tulis dalam blog jadi senang nak browse bila tiba masanya site visit tu.

Ok mien rasa ini senarai keutamaan komitmen kami…

1.Item 2 + 3 + 5 + 6 jumlah keseluruhan RM 513.00

2. Item 2 hingga 6 jumlah keseluruhan RM 562.00

3. Item 1 hingga 6 jumlah keseluruhan RM 800.00

4. 1 hingga 7 jumlah keseluruhan RM 979.00

Fuhh…senang cite kita bulatkan aje no tu, siap sedia dengan bajet RM1000.00 hehe…

Doa-doakan lah Mien murah rezeki ye tahun ni.In sha Allah dipermudahkan. Lagi sekali beli barang ni bukan lah nak bertanding rumah cantik tapi nak tambah kekemasan ruang yang sedia semak ngan mainan anak2. Keutamaan pun untuk ruang anak2 juga tu. hehe…

Ok jumpa lagi entri akan datang.

xoxo

Mien

2 Comments

  1. qaseh vee January 16, 2016
    • Mien January 20, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge