Jalan Jalan Cari Makan Kuala Lumpur: CRUST KL

Mahukan rasa piza yang dimasak secara wood oven?

Crust KL pasti menepati citarasa anda yang sukakan piza nipis gaya Amerika.

Lokasi di 163 Retail Park Mont Kiara, walaupun satu jam dari rumah kami. Ianya tidak mematahkan semangat kami sekeluarga untuk merasa keenakan piza ala Amerika.

Kami amat bernasib baik kebetulan restoran kurang penuh. Digalakkan untuk buat tempahan sebelum datang kerana restoran ini tak berhenti-henti orang datang.

Kebetulan masa kami datang tu, ada satu famili adakan majlis sambutan harijadi. Boleh tahan gak meriahnya. hihi… kalau tak nak melepas, elok la buat tempahan ye.

5 Sebab Anda Patut Datang ke CRUST KL

  1. Menu ala Amerika- dijamin anda puas hati dengan menu yang ada. Menu yang disediakan lebih fokus kepada Western, no tekak Melayu ye. hihi
  2. Dessert Kek Yang super Sedap- Cik Mien dah cuba kek tiramisu. Sedap dan tak muak langsung. Nampak je kek tu kecik tapi sebenarnya cukup untuk kami 5 beranak.
  3. Suasana cozy dan Santai- Susunan meja dan kerusi tidak terlalu penuh dan sangat best untuk kita bersantai dengan kawan dan keluarga.
  4. Kemudahan play area untuk Anak-anak-bayangkan momen yang best bila dapat berborak dengan partner kita dengan tenang dan nyaman. hehehe…kalau nak momen tu sinilah tempatnya. Lepas beri Anak-anak makan, mereka bebas untuk bermain.
  5. Piza wood fired- Salah satu tarikan utama di sini ialah pizanya. Memang tak cukup order satu pan. hihihi…

Apapun jemput tonton video review CRUST KL edisi jalan jalan cari makan Kuala Lumpur.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.