Jom Mengundi Di Pilihanraya Umum ke-14

Alhamdulillah, kali ini Cik Mien teruja.

Dah banyak hari dah duk belek2 resume calon.

Prinsip Cik Mien dalam bab mengundi ni lebih suka memilih calon daripada Parti.

Sebab calon inilah wakil suara kita. Jadi kenalah pilih calon yang betul.

Manifesto plak Cik Mien tak amek port sangat. Sebab manifesto ni lebih kepada janji manis untuk mengabui mata kita. Jadi baiklah kita tengok calon daripada melayan manifesto.

Sekarang nak menang bukan senang dah. Dulu boleh la harap generasi X yang mengundi. Sekarang dah ada generasi Y dan Z yang perlu ditawan hati mereka.

Nak mengundi ni pun ada cabarannya. Ni cerita Cik Mien.

Memandangkan anak kami yang kecik ni, Syamim Ziyad dalam proses kuarantin sebab chicken pox sejak Khamis lepas lagi makanya kami kena bergilir jaga dia.

Nak dijadikan cerita malam tadi kami kurang tidur dek kerana melayan Syamim yang meragam. Dia tak demam tapi bila malam je mesti merengek.

Sudahnya hasben Cik Mien balik mengundi di Taman Paroi Jaya pukul 12.3o tgh hari tadi.

Kebetulan Syamim pun tidur jadi kami biarkan lah dia puas tidur. Pukul 1.30 pm baru dia bangun dan terus Cik Mien cergas ke Hospital Az Zahra untuk prosedur dressing pada luka eczema Syamim.

Alhamdulillah klinik lengang jadi proses sangat cepat. Tak sampai setengah jam setel dah urusan kami. Terus cergas balik ke rumah untuk lunch dan solat sambil tunggu hasben balik.

Tepat pukul 3.30 petang baru hasben muncul, fuh lega. Check waze trafik normal 30 minit boleh sampai ke tempat kejadian.

tips mengundi pilihanraya

Pukul 4.05 pm Cik Mien terpacak di pusat mengundi. Daftar amek slip dan masuk ke tempat mengundi. Kali ini sehingga saluran 7. Cik Mien kena saluran 6 tadi. Dan saluran inilah yang orang tak kurang2 beratur. Jam 4.20 ptg baru Cik Mien dapat masuk ke peti mengundi.

Tak sangka bukan Cik Mien je lambat wei. Ada gak kengkawan sekolah rendah yang sama terhegeh2 macam Cik Mien nak mengundi. Mak2 sangat nih semua pakat mengundi lambat.

Kalau nak elak beratur berjam2 korang tak yah le nak keluar awal sangat sampai kena beratur panjang kecuali kes yang nak kena teman pasangan mengundi di luar kawasan.

Pertama kali rasa berdebar dan syahdu masa nak pangkah. Dulu tak de rasa cenggini pun. Tetiba rasa undi Cik Mien kali ini amat bermakna untuk masa dean anak cucu cicit. Semoga pilihan kami tepat dan dilindungi olehNya.

Kalau lah berlaku peralihan kuasa, ia bukanlah bersifat kekal. Beri peluang kepada rakyat untuk mencorakkan negara Malaysia yang dicintai. Dan kembalikan kebebasan hak bersuara yang disekat. Ini Cik Mien cakap berdasarkan analysis yang duk berlegar2 di FB.

Apapun tahniah diucapkan kepada mereka yang sanggup balik meredah kesesakan trafik dan juga yang keluar membuang undi.

Walaupun mengundi jatuh pada hari Rabu, semua rakyat malaysia memberikan kerjasama penuh. Syabas semua!

xoxo

Cik Mien

 

One Response

  1. Zumal May 12, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge