Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,
Teruja betul Cik Mien nak berkongsi dengan pembaca blog HealthyInside.co mengenai kaitan Vivix dan Telomere. Kali ni kita kupas satu per satu kaitan Vivix, Telomere, Penuaan dan juga penyakit kronik. Ok jom mula.
Sebelum tu jom kita fahamkan dulu apa peranan telomere pada kromosom kita.
Peranan Telomere
DNA kita ni terkandung dalam kromosom di setiap sel badan kita. Sel-sel badan kita ni pula sentiasa terbahagi untuk menghasilkan sel-sel yang baru.
Setiap kali sel-sel kita terbahagi, terdapat sebahagian maklumat DNA yang boleh kehilangan sekiranya tiada TELOMERE yang melindungi kromosom kita.
Semasa kita baru lahir, telomere ni panjang dan melindungi kromosom. Kromosom kita ni menyimpan segala rahsia genetik kita.
Setiap kali berlaku pembahagian sel, telomere akan menjadi semakin pendek. Bila mana telomere menjadi semakin pendek, sel tidak boleh dibahagikan, menjadi tidak aktif dan akhirnya mati.
Telomere yang panjang berupaya melindungi kromosom kita dari rosak dan mati. Dalam kata lain, kita tidak mudah mendapat penyakit kronik (terutamanya kanser) dan melambatkan proses penuaan. Dengan adanya telomere ini juga ia membantu kejadian pembahagian sel dan sangat bagus untuk kelahiran semula kulit kita, tulang, darah dan sel lain.
Walaubagaimanapun, semakin kita meningkat dewasa, telomere kita semakin pendek. Ada orang yang mengalami pemendekan telomere dengan cepat berbanding orang lain (disebabkan banyak faktor).
Jadi apakah kaitan Telomere dan Penuaan?
Ok apabila telomere kita semakin pendek, pembahagian sel juga berhenti, maka sel pula menjadi tidak aktif dan akhirnya mati. Bila ini berlaku maka DNA kita akan berubah.
Badan kita akan mula mengalami proses penuaan di mana tulang menjadi semakin rapuh, rambut hitam bertukar menjadi putih, kulit tegang mula kendur dan kedut, daya ingatan makin hilang, mata kita makin kurang penglihatan dan kolagen pada kulit kita makin berkurangan. Inilah dinamakan penuaan atau dalam bahasa inggeris panggil aging.
Kaitan Telomere dan Vivix
Dalam kajian telomere yang dilakukan oleh Shaklee dengan kerjasama bersama Dr. Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Prize in Physiology and Medicine 2009, sebanyak 107 orang yang mengamalkan supplemen Shaklee (Vivix, Vitalizer dan Cinch) untuk tempoh 5 tahun telah dipilih. Hasil kajian menunjukkan pengguna Vivix yang mengamalkan resveratrol ini selama 5 tahun dapat melambatkan pemendekan telomeres mereka sebanyak 40% berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.
Dengan kata lain, orang yang amalkan Vivix mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding mereka yang lain yang seusia dengannya. Jadi, mereka akan kelihatan lebih muda, lebih sihat berbanding orang lain.. insyaAllah.
Haa…itulah perkongsian yang Cik Mien nak cerita pada anda semua. Jadi dengan kajian Vivix dan telomere ini seseorang yang menghidap kanser masih lagi mempunyai harapan untuk membaikpulih telomere mereka yang pendek. Dan pesan Cik Mien buat yang lain, janganlah anda fikir telomere ini hanya pesakit kanser je yang perlu prihatin. Kita yang sihat dan muda juga perlu berjaga-jaga kerana kita juga sering terdedah dengan ancaman radiasi. Jadi eloklah mulakan pengambilan Vivix hari ini sebelum telomere anda semakin memendek.
Sekiranya anda ingin membuat tempahan secara online, boleh klik icon ni ye. Vivix akan dihantar secara percuma ke lokasi anda.
Atau untuk sebarang keterangan lanjut boleh hubungi Cik Mien ye.
Cik Mien
Shaklee ID: 1094977
PM/WA : 0123813525
FB Page : Healthy Inside.co
COD: Kajang | Bangi | Putrajaya
Semoga telemore ku sentiasa sihat dgn vivix..heee
nampaknya sekarang telomere adalah penanda terbaik untuk menentukan umur dan jangka hayat manusia, satu penemuan yang menarik bila vivix memberikan impak positif kepada telomere manusia
Dila recently posted…Sakit Kepala Kerana Diet Tak Sihat ?