Kelebihan Virtual Run berbanding Fun Run

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Sekarang ni sana sini orang duk sibuk dengan Virtual Run. Cik Mien sendiri dah terjebak tu yang rasa tak sabar nak join Virtual Run 5km minggu depan. Kiranya inilah Virtual Run pertama yang Cik Mien join.

Cara Daftar Virtual Run

Ini adalah salah satu cara motivasi Cik Mien untuk bakar lemak dan kalori.
Kalu nak bakar lemak korang boleh berjalan, tapi nak bakar kalori kenalah berlari. Jadi tak salah pun kalau kita nak berjalan sepanjang 5km kalau kita memang aim untuk bakar lemak.

Bagi golongan ibu yang ada kekangan untuk join fun run di luar sana, ye la kan kalau nak keluar rumah kena siapkan anak-anak tapi silap-silap kena angkut semua kemudian siapa pulak nak tengokkan  derang masa berlari, makanya Virtual Run sangat sesuai.

Cara Daftar Virtual Run

Sebetulnya banyak laman web yang menganjurkan aktiviti Virtual Run dan tidak terkecuali juga dengan aplikasi di telefon bimbit.

Cik Mien pilih aplikasi 42Race untuk daftar virtual run/challenge. Cara nak install aplikasi 42Race, korang boleh boleh klik link di bawah ini.👇👇

Selesai install aplikasi barulah korang boleh daftar Virtual Run. Ada yang percuma dan berbayar. Setakat ni yang Cik Mien join semuanya RM30. Kita bayar untuk medal finisher dan sijil.

Best tau medal2 tu. yang special kita Boleh engrave nama untuk yang daftar Awal. Dan semua medal cantik2😍Biasa geng2 Cik Mien sume pakat kejar medal yang lawa.

Ini adalah Virtual Run pertama yang Cik Mien join.

Great Barrier Reef Marathon Virtual Run

 

Cara Join Virtual Run

Mudah sahaja, selesai daftar dan membayar run yang kita pilih. Tibalah hari kejadian kita berlari atau berjalan di mana sahaja.

Sebelum mula berlari atau berjalan, kita on kan run tracker pada telefon bimbit untuk mengesan perjalanan dan masa kita selesaikan larian.

Kalau ditakdirkan hari tersebut hujan, setiap run diberikan tempoh masa tertentu untuk kita selesaikan. Wajib kita baca dan hadam terma serta syaratnya. Ada yang minta kita hantar satu complete larian sahaja, ada yang kita boleh hantar secara multiple run di mana lari 2km hari ni dan 3km pada keesokannya.

Dan yang menariknya ada rakan Cik Mien selesaikan Virtual Run mereka dengan hanya berjalan di dalam rumah! menarik kan?

Dan inilah rupa medal finisher yang akan dipos bila kita selesai berlari.

Medal Finisher Virtual Run

Cantek kan?

Kelebihan Virtual Run berbanding Fun Run

Ini pendapat Cik Mien dan rakan2 yang dah ketagih dengan Virtual Run;

  1. Fleksibel untuk golongan ibu yang mempunyai anak melebihi 2 orang dari segi masa dan tempat untuk selesaikan larian (ada yang sambil window shopping, on kan run tracker pun dah boleh selesaikan larian)
  2. Tools yang sesuai untuk mereka yang inginkan komitmen untuk bersenam atau kekal aktif
  3. Boleh lakukan di mana sahaja kita berada
  4. Bayaran yang berpatutan
  5. Medal finisher yang lebih cantik dan berkualiti, bonus untuk mereka yang daftar awal boleh engrave nama pada medal.

Nantikan updates daripada Cik Mien selepas selesai kesemua Virtual Run.

xoxo

Cik Mien

Wanita yang amalkan supplemen dan sekarang berusaha untuk misi 52kg

2 Comments

  1. Suriya Majid November 4, 2018
    • Mien November 4, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge