Kenali Jeragat dan Punca Supaya Mudah Kita Memilih Skincare

Sejak Cik Mien serius dengan target untuk berkongsi Youth Shaklee, banyak perkara mengenai kesihatan muka yang Cik Mien dah belajar.

Dalam kelas Youth Party kami diperkenalkan dengan rajah muka yang mana kami perlu isi tanda-tanda yang ada pada wajah.

Kenali Jeragat

πŸ‘‰ Sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya.
πŸ‘‰ bonggol kuning atau kehitaman atau tersumbat pada kulit.
πŸ‘‰ warna lebih gelap daripada kulit disekeliling disebabkan oleh deposit melanin yang gelap, pigmen gelap.
πŸ‘‰ Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel sel kulit yang mati dan bakteria di bahagian liang-liang muka terutama di bahagian hidung, dahi , dagu & pipi.
πŸ‘‰ sering berlaki dikalangan wanita berbanding lelaki.
πŸ‘‰ mudah terbentuk apabila usia semakin meningkat.

Jenis-jenis Jeragat

Tips Kawal Jeragat

EPIDERMAL
– melanin yang dikeluarkan secara banyak akan terjadi di atas kulit.
– berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat di bawah lampu.

DERMAL
– melanin akan berada di bawah lapisan epidermis.
– kelihatan lebih gelap jika di bawah lampu.

CAMPURAN
– melanin akan terjadi di kawasan epidermis dan dermis.
– berwarna coklat gelap, jika diteliti di bawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang2 tiada perubahan.

Punca-punca Jeragat

βœ… Sinaran UV secara berterusan

– sejenis sel yang dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita yang akan menghasilkan melanin & ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran uv dari cahaya matahari.

– semakin banyak kulit kita terdedah kepada sinaran uv, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin.

– melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran uv agar sel kulit tak rosak.

– apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin, menjadikan sel kulit mudah berjeragat.

βœ… Kekurangan kolagen

– semakin meningkat usia jumlah kolagen dalam juga semakin berkurang.

– kolagen bantu merawat tisu & sel kulit yang rosak atau mati.

– apabila jumlah kolagen berkurang, keupayaan badan untuk merawat sel juga semakin berkurang.

– oleh itu, jeragat mudah terbentuk.

βœ… Alat solek

  • sesetengah bahan2 yg terkandung dalam kosmetik boleh menyebabkan jeragat.
  • menghakis sel lapisan kulit serta melunturkan kulit.
  • Alat solek kalo tidak dicuci dengan bersih pun boleh menyebabkan jeragat. Kemungkinan mekap tersebut membuat ia tersumbat pada kulit

βœ… Perubahan hormon

– perubahan hormon terutama bagi wanita yang hamil dan menyusukan anak akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai ‘melasma’.

– Tahap tidak normal dalam estrogen dan progesteron adalah penyebab utama pigmentasi.

Pigmentasi ialah perubahan warna kulit samada disebabkan penyakit atau luka.

Dalam maksud lain, pigmentation ini adalah masalah melanin yang berkumpul pada kulit. Pigmentation ada banyak jenis

1. Freckles-Freckles boleh disebabkan oleh keturunan, dan ada yg dari kecik dah ada
2. Sunspots-besar sikit dari freckles, terjadi disebabkan kulit yang terdedah lama di bawah sinaran matahari
3. Age spots-disebabkan kolagen yang berkurang seiring dengan peningkatan umur kita
4. Melasma

βœ… Hypothyroidism

– aktiviti tidak terkawal kalenjar thyroid menyebabkan ketidakstabilan kitaran hormon thyroid dan mengaktifkan pigmentasi.

βœ… Persekitaran tercemar

– udara yang tercemar akan meningkatkan kadar radikal bebas dalam badan.

– radikal bebas akan membuatkan kulit wajah berinteraksi sehingga terjadinya tompokan yang hitam dan gelap.

βœ… Tersalah guna krim antijeragat

– salah guna produk juga boleh menyebabkan jeragat.

– kulit lapisan luar akan menjadi sangat nipis dan sangat sensitif pada sinaran uv.

Bila kulit kita terdedah kepada punca-punca jeragat di atas, sel yang menghasilkan melanin menjadi terlalu aktif sehinggakan membentuk jeragat yang kelihatan sepertiΒ tompok-tompok coklat yang tidak sekata.

Next entry Cik Mien akan cerita cara mengatasi jeragat

Leave a Reply

CommentLuv badge