Saya adalah ibu kepada sepasang anak. Bakal melahirkan anak di penghujung tahun 2015 ini. Jadi tahun ini ahli keluarga kami akan bertambah.

Oh ye kenapa keluarga Ziyad? Sebab anak kami nama kedua mereka ada Ziyad. Yang sulung namanya Dania Ziyad, 7 tahun dan adiknya Syamil Ziyad, 4 tahun. Jadi yang no.3 juga nanti pun Ziyad. hihi…

Haa…saya dan suami, Zaid mengimpikan untuk memiliki sebuah bangunan pejabat yang akan kami namakan sempena nama anak-anak kami iaitu Menara Ziyad. chewah…berangan nya.hehe…

Alhamdulillah kehidupan kami agak serba sederhana dan salah satu hobi keluarga kami adalah jalan-jalan cari makan. Antara port wiken kegemaran kami adalah Roti Canai Bukit di Bandar Baru Bangi. Cuba lah rasa keenakan roti canai yang diuli oleh orang Melayu dan sini yang powernya adalah kuah kari kambing.

Ok sekiranya anda nak berkenalan dengan keluarga kami, jangan le segan-segan nak roger bila wiken nanti ye.

xoxo

Mien