Kenali Perbezaan Fitness dan Wellness

Sejak berita kematian Ashraf Sinclair, banyak pula yang terlintas lalu di wall Cik Mien ucapan dan gambar arwah semasa hidup.

Gambar yang paling tak sanggup nak lihat ialah momen Noah Sinclair menangis.😭

Sungguh hiba sebab diri sendiri pun rasa tak mampu kalau berada di tempatnya.🤧

Tak terucap. 😬

Cik Mien sendiri Alhamdulillah dikira beruntung punya mak ayah lagi. Baru terasa kehilangan selepas atok nenek meninggal. Itu pun kalau nak dibandingkan dengan Noah, kami diberi rezeki untuk bersama mereka panjang sedikit berbanding daddy Noah.

Serius tak terjangka apa perasaan anak syurga itu.😭😭😭

Dan bila bercakap asbab kematian iaitu sakit jantung.
Terasa organ yang satu ni sangat la fragile.😥

Perbezaan Fitness dan Wellness

Walaupun kita rasa diri ni dah aktif buat macam-macam atau tak duk diam, tapi Kalau bab makan kita kurang jaga dan bab lifestyle kita kurang cara.

Maknanya potensi tu ada.😩

Melihat kepada artikel di bawah, sangat jelas perbezaan antara fitness dan wellness.

Bayangkan mereka yang fit belum tentu kesihatannya di tahap wellness.

Walaupun kita sentiasa bersenam namun kalau kita kurang menjaga atau kurang ilmu dalam pemakanan serta nutrisi, risiko untuk sakit jantung juga ada.

Pengalaman Pemergian Atuk dan Nenek

Sejak berpeluang melihat kematian arwah atok dan nenek, Cik Mien dapat rasa perbezaan pemergian mereka. Sekurang-kurangnya kami masih berpeluang untuk berjumpa dan bercakap sebelum roh mereka dipanggil
Ilahi.

Tapi kalau asbab nya jantung pasti kami juga seperti Noah bisa merasa ralat dan macam-macam perasaan yang menyerbu benak fikiran kerana pemergian yang secara tiba-tiba. Huhu…

Begitu lah ketetapan Ilahi.
Cara kita meninggal dunia adalah rahsia milikNya.

Sama-sama lah kita menjaga kesihatan. Mana yang silap masih Boleh diperbetulkan.

Mana yang kurang tahu cepat-cepat kita gali ilmu dan amalkan.

In sha Allah dengan usaha kita menjadi lebih baik daripada semalam dapat kita berbuat sesuatu untuk mereka yang kita sayang.

Al-fatihah untuk arwah Ashraf Sinclair.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.