Kenapa Orang Kaya dan Berjaya Suka Membaca Buku?

Nak menjadi seorang yang benar2 berjaya kita perlu tiru atau bahasa lain copycat apa yang orang berjaya sebelum ni dah buat.

Orang yang berjaya mereka ni ada habit tau. Dengan habit tertentulah mereka menjadi orang berjaya.

Salah satu habit Cik Mien dari dulu lagi ialah suka membaca. Kalau sesetengah orang dia membaca setiap hari 1-3jam. Tapi Cik Mien pula suka baca tanpa berhenti. Kalau korang nampak Cik Mien dah attach dengan buku tu, faham2 je la ye. Rasionalnya, kalau Cik Mien baca sikit2, mesti rasa tak puas. Nanti terpaksa ulang balik sebab dalam buku ni ada part excitement yang kita suka nak ulang baca ulang lagi dan lagi. Hahaha…

Apa kaitan baca buku dengan nak jadi orang berjaya?

Membaca adalah jambatan ilmu. Nak jadi orang berjaya kita perlu berilmu, jadi antara sumber ilham atau inspirasi kita boleh dapat daripada tabiat membaca.

Melalui membaca kita boleh belajar banyak perkara dan paling penting ialah kita boleh mengelak atau meminimumkan risiko membuat kesilapan yang sama. Setiap buku yang kita baca pasti memberikan mesej positif yang kita boleh belajar dan ingat.

Nak berjaya dalam bisnes salah satu tabiat yang perlu dipupuk ialah dengan membaca. Bisnes ni banyak pancarobanya. Dengan membaca ia akan bantu kita menjadi lebih bersedia.

Ada orang dapat banyak idea untuk berkongsi dengan banyak orang hanya melalui membaca. Bila orang tanya mereka apa rahsia dia dapat post sesuatu yang bermanfaat? Dia jawab hanya dengan membaca.

Untuk menjadi orang hebat kita perlu membaca. Lebih banyak buku kita baca tanpa kita sedar kita akan menjadi seorang yang lebih bagus daripada sebelum ini.

Orang hebat seperti Warren Buffet, Oprah Winfrey, Bill Gates, mereka ini terdiri daripada orang yang suka membaca.

Sekarang Cik Mien sedang pulun menghabiskan buku T Harv Eker – Secrets of The Millionaire Mind.

Kalau korang ada buku yang best untuk dibaca meh komen kat sini. Nanti Cik Mien boleh follow baca.

xoxo
Cik Mien

2 Comments

  1. anies February 28, 2018
    • Mien March 5, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge