3 Sebab Kenapa Perlu Makan Supplemen

Bila bercakap tentang supplemen, ada banyak feedback yang kita akan terima. Masih ramai lagi yang belum tahu atau sedar kenapa perlu makan supplemen. Entri ini juga amat terkesan bagi diri Cik Mien kerana ia berdasarkan pengalaman sendiri. Semoga dengan pendedahan ini ia membuka hati dan minda kita semua betapa pentingnya supplemen untuk kita survive di zaman sekarang.

Biasanya ada tiga golongan yang Cik Mien jumpa.

Golongan 1: Mereka yang tidak makan apa2 supplemen

Golongan 2: Mereka yang mengamalkan supplemen selain jenama Shaklee

Golongan 3: Mereka yang mengamalkan supplemen jenama Shaklee

Di hujung entri ini nanti Cik Mien akan cerita sedikit mengenai 3 golongan ini.

Kenapa Perlu Makan Supplemen?

#Perlu makan supplemen kerana Ada zat/nutrisi yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan

Tubuh badan kita ini adalah ciptaan paling unik oleh Yang Pencipta. Semakin dalam kita memahami tubuh badan, semakin kita kagum akan ciptaan olehNya.

Sistem dalam badan kita sentiasa bergantung antara satu sama lain. Kalau salah satu organ rosak/gagal berfungsi, seluruh sistem badan kita akan mula terganggu. Sistem badan kita pula bermula dari sel, tisu dan organ. Untuk membolehkan kesemua ini berfungsi di tahap optimum, mereka memerlukan nutrisi yang lengkap.

Nah, begitulah juga dengan keperluan nutrisi kita. Bayangkan kalau setiap hari kita gagal mencukupkan nutrisi badan kita, adakah badan kita mampu memberikan prestasi yang bagus?

Sebagai contoh asid amino, korang tahu ada 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Kalau kita nak dapatkan kesemua asid amino ini setiap hari, kita dicadangkan untuk makan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu-tanpa gagal. Soalnya adakah kita mampu?

Atau contoh asid lemak. Untuk info, asid lemak terbahagi kepada dua, iaitu asid lemak perlu dan asid lemak tak perlu.

Asid lemak perlu ialah asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan(hanya diperolehi daripada makanan) manakala asid lemak tak perlu ialah asid yang dihasilkan oleh badan (tak perlu ambil daripada makanan).

Jadi untuk mendapatkan asid lemak perlu yang mana kita boleh dapati daripada sumber makanan seperti walnut, cold-water salmon, kidney beans, pecans, navy beans, leafy green dan winter squash.

Soalan Cik Mien, sumber makanan manakah yang kita ambil untuk melengkapkan keperluan asid lemak perlu badan kita?

#Perlu makan supplemen kerana sumber makanan yang tercemar

kenapa perlu makan supplemen shaklee

Samaada kita sedar atau tidak, Bumi ini semakin tenat.

Laut kita telah dicemari dengan sisa perindustrian dek kerana mengejar kepada kemajuan. Bila laut tercemar, sumber makanan kita dari hasil laut juga terjejas. Ikan, sotong, udang bergelumang dengan merkuri dan contaminants yang lain.

Bagi industri daging pula, kita telah digemparkan dengan isu cucuk hormon pada ayam. Cucuk supaya cepat besar dan cepatlah untung masuk poket. Walaupun kita masih ada pilihan iaitu ayam organik, berapa ramai kalangan kita yang tahu dan mampu membayarnya?

Kalau sebut sumber sayur pula, kita disogokkan dengan kaedah menanam secara hidroponik, tanam tanpa tanah. Nutrisi pada pokok/sayur yang kita makan bergantung kepada akar yang menyerap khasiat daripada tanah. Dengan kaedah sebegini, sayur yang kita makan kemungkinan menyumbang kadar nutrisi rendah daripada yang kita perlukan.

Paling mengesankan ialah kualiti udara yang kita sedut setiap hari. Udara yang dipenuhi dengan asap beracun daripada kenderaan dan asap rokok yang mendedahkan kita kepada radikal bebas. Bila terlalu banyak radikal bebas yang masuk ke dalam badan kita, lama-kelamaan badan kita juga sakit. Awal permulaan hanya simptom demam, selsema dan batuk tapi sebenarnya tanpa kita sedari ia menjadi barah/kanser akibat keradangan dalam badan.

#Perlu makan supplemen kerana kualiti penyediaan makanan

enapa perlu makan supplemen

Katakan kita beli sumber makanan yang berteraskan organik dan kita masak sendiri di rumah.

Soalannya, sejauh manakah kita jamin nutrisi tersebut kekal? Kalau kita tengok rajah di atas, kita dapat baca yang setiap jenis masakan akan mengurangkan khasiat pada makanan kita tadi.

Kalau tambah semua peratus, Cik Mien kira-kira hampir lebih 200% kita kehilangan nutrisi dalam sumber makanan.

#Kajian Keperluan Makanan Tambahan

keperluan makanan tambahan

 

Shaklee adalah satu-satunya jenama yang sangat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan. Demi memastikan pelanggan mereka benar2 menerima manfaat ke atas supplemen yang dihasilkan, Shaklee telah menjalankan “Landmark Study“.

Ia satu kajian yang kompleks melibatkan 3 golongan yang Cik Mien sebut di atas tadi dan untuk pengguna Shaklee, sampel diambil ke atas pengguna yang telah mengamalkan Shaklee untuk tempoh 20 tahun ke atas.

Hasilnya,

Pengguna Shaklee yang mempunyai gaya hidup dengan menjaga pemakanan, bersukan, menjaga berat badan dan mengamalkan supplemen jenama Shaklee menunjukkan keputusan di bawah,

Keputusan Landmark Study

Angka tidak pernah menipu, matematik juga tidak pernah silap.

Soalnya tepuk dada tanyalah badan, pasti jawapannya ye, kita memang memerlukan supplemen untuk top up nutrisi kita yang banyak lompong.

Cik Mien akan sambung entri ini di lain masa. Cik Mien akan kongsi bagaimana Cik Mien terjebak dengan supplemen Shaklee. Ia suatu pengalaman sendiri yang sangat sentimental. Dan Cik Mien kongsi juga nanti tips pilih supplemen.

xoxo
Cik Mien

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

Leave a Reply

CommentLuv badge