Kenapa Shaklee Berbeza Dengan Vitamin XXX

Alhamdulillah, tahun ini adalah yang ke tujuh Cik Mien amalkan Shaklee sebagai supplemen wajib untuk diri dan keluarga. Tiada istilah jemu sebab hanya mereka yang tahu dan telah mengalami efeknya faham kenapa Shaklee berbeza dengan vitamin lain.

Untuk produk Shaklee, formula sangat mudah iaitu menghasilkan produk untuk menambahbaik kesihatan, tanpa kompromi dan mesra dengan alam sekitar.

Perbezaan Shaklee dan Misi

Perbezaan Shaklee dengan jenama lain ialah misi Shaklee yang ingin menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa yang inginkannya.

Shaklee tidak dijual di farmasi seperti jenama lain, akan tetapi Shaklee memilih untuk menjualnya secara MLM. Ini kerana dengan MLM, Shaklee dapat memberikan servis kepada pengguna melalui pengedar seperti Cik Mien. Servis yang diberikan termasuklah info produk, testimoni dan konsultasi serta peluang membina bisnes bersama kami.

Kalau nak dibandingkan dengan pengalaman membeli vitamin di farmasi, salesgirl yang bekerja di situ tidak mampu untuk menghadam semua jenama dan bila kita tanya apa beza jenama A dan B, dijawabnya kurang tahu. Belum lagi soalan pengalaman pembeli sebelum ini yang pernah mencuba sebab mereka sendiri tiada rekod ke atas testimoni pembeli.

Untuk Shaklee, 3 perbezaan Shaklee inilah yang dijadikan sebagai asas dalam menghasilkan produk iaitu,

#1 Selamat

Produk Shaklee dihasilkan daripada ramuan atau sumber yang berkualiti. Shaklee mempunyai piawaian pemilihan bahan yang telah ditetapkan jadi sebab itulah kandungan di dalam setiap supplemen mestilah berprestasi tinggi.

Shaklee mahu kita bila fikir Shaklee, fikir ‘ASLI’.

7 Ciri Perbezaan Shaklee Untuk Pastikan Produk Selamat dan ini membezakan dengan jenama lain

  1. Screening lebih 350 contaminants, pestisid, kekotoran dalam setiap kandungan botanik termasuk heavy metals, bahan beradiasi, sisa pelarut.
  2. Saringan terhadap lebih 250 ujian pestisid melebihi keperluan yang ditetapkan oleh United States Pharmacopeia (USP).
  3. Menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun.
  4. Shaklee memberi jaminan tiada bahan pewarna, pemanis dan pengawet dalam bahan yang digunakan.
  5. Bebas Gluten supaya mereka yang sensitif dengan gluten dapat menikmati supplemen Shaklee.
  6. Non-Genetically Modified Organism (Non-GMO) atau dalam perkataan lain bebas GMO.  Shaklee memastikan bahan yang digunakan mendapat pengesahan melalui Identity Preserved Program (IPP). Contoh Energizing Soy Protein, di mana Shaklee memastikan soya yang dipilih adalah bebas daripada aktiviti GMO dari peringkat pemilihan benih sehingga penuaian.
  7. Biodegradasi iaitu tidak mengandungi fosfat, nitrit dan borat. Ini untuk memastikan Bumi kita terpelihara. Contoh set Get Clean Homecare yang sangat sesuai kerana bebas daripada bahan kimia.
  8. Tidak diuji ke atas haiwan. Shaklee tidak pernah menghasilkan supplemen dengan berasakan ujian ke atas haiwan.

#2 Terbukti

Shaklee telah melabur jutaan ringgit untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.

4 Ciri Perbezaan Shaklee Untuk Pastikan Supplemen Terbukti dari segi Sains

  1. Lebih 100 kajian saintifik dikeluarkan yang menunjukkan manfaat produk kepada kesihatan. Contoh ialah Landmark Study yang membuktikan golongan yang mengamalkan Shaklee menunjukkan kesihatan yang memberansangkan berbanding mereka yang tidak mengamalkan supplemen dan mereka yang mengamalkan supplemen selain Shaklee.
  2. Telomere Study, kajian yang menunjukkan pengguna Shaklee yang mengamalkan Shaklee melebihi 5 tahun mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding kumpulan yang tidak mengamalkan supplemen dan yang mengamalkan supplemen jenama lain.
  3. Patent, Shaklee telah mempunyai 70 patents pending.
  4. Patented Delivery System iaitu untuk menambahbaik penyerapan nutrisi penting ke dalam badan kita dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan kepada organ yang memerlukan pada masa yang tepat.

Keputusan Landmark Study

#3 Berkesan

Shaklee telah membuktikannya melalui hasil kajian Landmark Study. Shaklee menjadikan inovasi dan sains adalah perkara penting kepada Syarikat. Oleh itu, Shaklee dalam proses untuk menghasilkan Landmark Study II.

Signifikan terhadap Landmark Study yang dijalankan ialah ia mengesahkan apa yang selama ini Shaklee kongsikan dengan pengguna, memberikan cara kehidupan Shaklee untuk jangka masa panjang termasuk dengan pendekatan memilih makanan dan supplemen, beraktiviti fizikal dan sentiasa memastikan berat badan yang terkawal.

Komitmen Shaklee yang sentiasa mahukan pengguna mempunyai gaya hidup yang baik dengan mempromosikan penjagaan diet, mengamalkan supplemen dan aktiviti fizikal.

One Response

  1. mrhanafi February 9, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge