Keputusan UPKK 2019

Alhamdulillah, yang dinantikan akhirnya terjawab juga.

Banyak betul debaran bila masuk hujung tahun.

Minggu ni saja dah 2 debaran. Satu bonus ASB dan satu lagi keputusan UPKK 2019 anakanda sulung kami, Dania Ziyad.

Owh ye Cik Mien kongsi dulu cara untuk Semak keputusan UPKK.

Cara Semak Keputusan UPKK 2019

Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Sangat mudah, sekali zass dah tau.

Kita boleh semak

  1. Secara Online

Klik laman web http://semakan.islam.gov.my

Anda akan dibawa ke paparan ini…

2. Melalui SMS

Keputusan SMS hanya boleh disemak pada tarikh keputusan diumumkan.

SMS ‘UPKK noMyKID’ ke 15888

contoh UPKK 080101100101

nak detail boleh rujuk di bawah

Keputusan UPKK 2019 Dania Ziyad

Dania ni dari awal lagi berdebar menunggu keputusan. Dalam group Whatsapp seawal minggu lepas lagi guru kelas nya dah inform cara menyemak keputusan UPKK.

Syukur Alhamdulillah, Dania Ziyad peroleh 8A seperti yang diusahakan.

cara Semak UPKK 2019

Kami sebagai ibubapa cuba juga menyediakan yang terbaik dari segi masa dan kewangan. Pujian diberikan kepada Sekolah Agama Kafa Ar Raihan yang sentiasa mempunyai tenaga pengajar yang komited.

Tanpa guru siapalah kita. Semoga kejayaan anak kami mampu membalas jasa dan keringat mereka yang bertungkus lumus mengajar.

Cik Mien sendiri mengaku surrender bab mengajar subjek yang mereka amik. Antaranya Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Al Quran, Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.

Apapun, ini hanyalah permulaan. Semoga anakanda kami Dania Ziyad terus cemerlang dan Berjaya Dunia akhirat.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.