Kisah Anak Saya Eczema Siri 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Cik Mien tak tahu nak mula kat mana, tapi sebab blog ini dah macam catatan hidup jadi rasa nak tulis kat sini supaya lain hari Cik Mien tak kan lupa apa yang kami sekeluarga dah lalui.

Kisahnya salah seorang anak syurga kami yang sulung, Dania Ziyad mempunyai eczema sejak dari kecil lagi. Kalau dulu masa dia kecil, masalah eczema agak terkawal. Tapi sejak akhir-akhir ini makin teruk.

Paling teruk dalam sejarah ialah tahun ini. Tak tahu la silap di mana. Mula sebelum bulan puasa tempoh hari, Dania mengadu kulit di bahagian pelipat leher, tangan dan lutut rasa gatal yang amat dan dia memang tak boleh tahan lagi dah. Akibatnya dia garu sehingga kulit bertukar menjadi kaler hitam dan mula berdarah.

Bila dah berdarah, memang pedih masa nak mandi. Menjerit2 kesakitan bila Cik Mien nak mandikan.

Nampak keadaan Dania makin teruk jadi Cik Mien buat keputusan rujuk pada doktor di klinik. Jadi pergi lah berjumpa dengan doktor di Klinik Az zahran, Bangi.

Jadi berceritalah Cik Mien kepada doc semua kronologi yang berlaku pada Dania. Juga hasrat Cik Mien untuk membuat ujian darah bagi mengetahui tahap alergik Dania.

Secara ringkasnya, inilah apa yang doc tu nasihatkan…

Tak perlu buat ujian darah untuk tahu alergik. Sebab katanya membazir duit dan Cik Mien sendiri pun dia cakap dah ambil langkah mencegah i.e tak beri Dania melantak seafood sangat. Doc cakap kalau Dania alergik dengan hama, adakah Cik Mien bersedia untuk menukar tilam sediada kepada tilam yang bersalut PVC macam kat hospital tu. Jadi pada dia, membazir buat ujian darah sebab kita sendiri dah tahu dan ambil langkah pencegahan.

Krim yang diberi pada Dania mengandungi steroid. Katanya ini je pilihan sementara untuk menyelesaikan masalah Dania. Doc tu tambah dia cakap steroid ni menipiskan kulit sahaja dan tiada kesan sampingan lain. Adeh, yang ni memang Cik Mien malas nak berdebat dengan doc tu. Sebab setahu Cik Mien steroid ni bila sapu di kulit, ia akan memasuki kapilari darah pada kulit kita. Bila dah masuk dalam darah, ada potensi untuk memberi kesan kepada organ dalaman badan.

Kemudian Cik Mien tanya perlu ke datang semula untuk follow up atau jumpa pakar. Doc tu jawab tengok situasi. Kalau masih berkeadaan sama doc akan rekomen untuk jumpa pakar.

End up bawak balik sebeban ubat. Salah satu ubat yang ada ialah krim h cort, dan antibioic.

ini baru sikit je kisahnya sebab tu Cik Mien tulis Siri 1.huhu…bila anak/kita kurang sihat, macam2 usaha kita terpaksa lakukan. Jadi Cik Mien nak catat setiap kejadian supaya kita sama2 berkongsi. jumpa di Siri 2 pula ye.

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

 

2 Comments

  1. Amirul July 11, 2017
    • Mien July 11, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge