Kisah Anak Saya Eczema Siri 2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Entry sambungan untuk pengalaman yang kami hadapi bilamana eczema Dania Ziyad makin teruk.

Cik Mien beri tempoh seminggu untuk Dania makan ubat doc dan krim h cort yang mengandungi steroid. Hasilnya Dania tetap mengadu kulit dia rasa gatal yang amat dan mula2 tu kita memang rasa nak marah pada dia. Ye la umur dah 9 tahun bagi kita dia boleh faham kenapa kita tak benarkan dia menggaru.

Keadaan makin teruk. Kawasan yang Dania garu di pelipat kaki tu dah luka teruk. Mana pula agaknya tempat untuk kami mengadu.

setiap kali waktu mandi terpaksa berperang dengan Dania. Dia tak nak mandi sebab sakit pada luka. Cik Mien plak nak dia mandi untuk bersihkan badan.huhu…

Masa tu memang blank dan blur tak tahu nak buat macam mana. Jadi Cik Mien tanya salah seorang rakan dalam Shaklee yang mana anak dia juga eczema.  Banyak tips dan ilmu yang dia perturunkan dan bila Cik Mien cerita keadaan Dania masih sama dan makin teruk, Kak Sue beri cadangan Cik Mien bawa Dania mencuba kaedah homeopati.

Pada masa ini, Cik Mien masih teruskan ubat doc dan supplemen Shaklee. Ubat tu kita fahamlah untuk mengubati cuma Cik Mien top up juga dengan supplemen untuk kawal dan menjaga sistem pertahanan badan Dania. Sebab risau bila dah luka berdarah, bakteria masuk ke badan nanti demam berkemungkinan terjadi.

Cik Mien tak nak buang masa dan rasanya tak salah kita cuba kaedah homeopati sebab dulu pun pernah cuba dengan doc lain tapi kurang sesuai. Kali ni kita cuba dengan doc lain pula. Dah lama juga Cik Mien dengar nama doc ni. Memang antara yang femes di kalangan mereka yang menderita eczema. Tanpa membuang masa terus Cik Mien whatsapp untuk temujanji.

Cepat juga la staf doc reply. Dan dah dimaklumkan temujanji dengan doc dikenakan caj RM80, gagal hadir kali pertama akan dikenakan caj untuk next temujanji.

Jadi Cik Mien ambil cuti terus khusus untuk jumpa Dr. Suriyakhatun. Klinik  Taqwa ada 2 cawangan, satu di Ostia Bangi Business Avenue, Bangi dan satu lagi di Masjid Tanah.

Sepanjang konsultasi bersama beliau, soalan yang ditanya banyak yang berkisar kepada sejarah dan kronologi penyakit eczema. Jadi kita perlu tahu bila umur anak kita disahkan menghidap eczema, sejarah/latar belakang penyakit dalam keluarga kita, pemakanan penghidap eczema serta sikap/perangai.

Dari situ doc akan membuat rumusan dan akhir sekali doc akan cadangkan ubat yang sesuai dengan situasi kulit kita. Untuk Dania Ziyad, doc nasihatkan untuk sediakan makanan yang berkhasiat, sebab Dania tak suka makan sayur, doc minta ibu bapa cuba juga untuk menggalakkan anak2 makan sayur.

Kemudian doc nasihatkan minum air masak sebab kulit Dania sangat kering. Bab air masak ni pun agak berperang juga. Biasalah anak2 agak liat bila suruh minum air kosong. Cik Mien tengok student sekolah cina tak de masalah pun bawa botol besar dan minum sehingga habis. mungkin kita kena belajar sesuatu daripada mereka.

Doc pesan elak makanan berproses seperti french fries, nugget dan lain2. Juga elak fast food serta minuman berkultur kerana kandungan gula yang tinggi.

Kesimpulannya Dania ni kena eat clean. huhuhu…

Ok sepanjang konsultasi tu Cik Mien inform juga yang Dania ada amalkan supplemen Shaklee. Doc ni tak berapa nak rekomen Shaklee kepada Cik Mien sebab katanya Shaklee kurang bagus. Penjelasan nya setakat itu sahaja. Dan doc ni cadangkan jenama2/makanan tambahan lain seperti kurma, arabic gum, dan produk untuk sapu ialah Dr Buds.

Masa konsultasi tu Cik Mien malas nak berdebat bila doc ni cakap Shaklee kurang bagus. Satu sebab kita sendiri yang inginkan servis dia jadi agak kurang manis kita nak bertelagah bab supplemen. Kedua dari cara jawapan dia, doc ni dia kurang yakin nak rekomen sebab mungkin dia tak mampu nak mengkaji  manfaat supplemen Shaklee. Sebab dia tak de sebut plak apa rujukan bahan ilmiah yang dia baca untuk menyatakan sesuatu supplemen tu kurang bagus.

Ketiga, nampak niat tersirat nak suruh kita pesakit membeli ubatan homeopati. Haa bab ni Cik Mien nak komen panjang lebar sikit. Apa yang Cik Mien dimaklumkan oleh staf beliau, doc ni yang membuat formula sendiri i.e campur dan bancuh bahan untuk jadi ubat cecair/krim sapu dan diuji kepada siapa tak de plak doc ni buat apa2 kenyataan. Ye la sepatutnya apa2 hasil kajian sekurang2nya inform ubat ni siapa yang pernah mengujiya. adakah kepada haiwan atau manusia. Papan kenyataan di ruang menunggu pun banyak display ubat yang dijual dan tiada maklumat mengenai kajian doc.

Dan bila staf doc ni inform yang kata doc ni buat ubat tu guna formula sendiri, sebenarnya begitulah sejarah asal Shaklee. Shaklee dihasilkan di rumah Dr Forrest C. Shaklee. Asalnya dia menghasilkan supplemen untuk mengubati diri sendiri dengan kepercayaan ke atas penggunaan bahan semulajadi. Dr Shaklee bancuh dan berikan sampel kepada jiran. Bila jiran beri feedback dia baiki formulanya.

Sama kan perlakuan doc tadi tu dengan Dr. Shaklee. Cuma Dr Shaklee berpandangan jauh sebab dia tak nak syok sendiri sebab tu lah dia pasarkan Shaklee cara MLM dan sentiasa membuat kajian serta mempunyai journal atas setiap kajian yang dihasilkan.

Sebab tu lah pada Cik Mien, mereka yang memegang taraf professional i.e doktor, jurutera, arkitek, dan sebagainya adalah kurang beretika bila kita cuba nak condemn kerja orang lain.

Berilah pesakit anda peluang untuk mereka mencuba segala pilihan yang ada sebab cara doc memberikan pendapat peribadi sebegitu akan memberi impak yang kurang baik. Kita sebagai manusia tak kiralah apa taraf kepakaran kita sekalipun satu yang pasti dan kita perlu akui KITA BUKANLAH PAKAR ATAU MAHIR DALAM SEMUA BIDANG.

Cik Mien bercakap begini bukanlah sebab Cik Mien atas kapasiti sebagai pengedar Shaklee. Sebab dalam masa yang sama Cik Mien juga adalah jurutera elektrik. Dalam kerja hakiki, bila berhadapan dengan kejuruteraan disiplin yang berlainan dengan Cik Mien, satu prinsip Cik Mien pegang Cik Mien tak kan komen dan Cik Mien akan rujuk mereka. Sebab Cik Mien tahu mengenai elektrik tetapi kalau bab aircond ke, paip sewer ke, tingkap senget ke semuanya Cik Mien serah kepada mereka mengikut kepakaran masing2.

Ok berbalik kepada isu doc ni komen Shaklee. Nasihat Cik Mien berhentilah dengan cara sebegitu kerana ia menimbulkan kerugian kepada pesakit. Selaku pengedar Shaklee yang mempunyai anak eczema, Cik Mien juga tidak bergantung sepenuhnya penyelesaian dengan Shaklee sahaja, sebab Cik Mien faham supplemen untuk top up nutrisi badan kita yang lompong. Kita tak boleh kata ambil supplemen tak perlu jaga makan. Itu adalah konsep yang salah.

Dan ada caranya bila kita nak menggunakan semua pilihan tersebut ke atas pesakit. Dalam kes Dania ni, Cik Mien susun waktu bila ubat homeopathi, ubat hospital dan juga supplemen Shaklee patut diberikan. Kita sebagai ibu yang menjaga perlu rajin membuat pemerhatian supaya mudah untuk kita pantau progress anak. Bila ada jadual yang kita susun mudahlah kita menjaga pesakit. Kita sesuaikan dengan cadangan doc dan dalam masa yang sama kita perlu menjadi terbuka supaya anak kita tidak menjadi mangsa keadaan. Janganlah sebab kita mempunyai pandangan skeptikal kita terus menolak dan berhenti mencuba. Orang putih kata be creative.

Owh ye berkenaan caj keseluruhan klinik taqwa, bil yang Cik Mien bayar tempoh hari adalah RM190++. Ada ubat makan, krim sapu dan cecair pelembap. Tak ingat dah namanya. Cuma Cik Mien nak komen sedikit la dengan staf klinik. Masa penerangan untuk bandage tangan tu, langsung tak dimaklumkan kepada kita mereka menggunakan ubat yang kita beli. ingatkan demo tu menggunakan ubat di klinik. Bila balik tengok ubat tu pun dah tinggal separuh botol je. Pada Cik Mien usahle berkira sangat sampai nak buat demo guna ubat yang kami beli. Kemudian dapat staf yang bekerja sambil bandage boleh pula gelak2. Bila ditanya juga duk gelak2. mujur le masa tu bulan Ramadhan. bulan kena tape mulut dari melaser. tahan hati je la tengok cara kerja staf klinik.

Cik Mien akui ubat yang doc berikan membantu dari segi untuk melembapkan kulit Dania di mana kulit sekitar pelipat tu dah makin lembap, luka berdarah makin pulih cuma menggaru tu masih ada lagi. Akan tetapi timbul pula masalah lain. Yang ini Cik Mien cerita di Siri 3 pula.

 

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

p/s: Baca Siri 1 di sini kalau anda dah terlepas.

Leave a Reply

CommentLuv badge