Kisah Cuti Sekolah Mac 2017

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Alahai cepat sungguh masa berlalu. Tak sedar dah seminggu anak-anak kembali ke sekolah. Rindu cuti sekolah sebab kita mak2 ni boleh la rasa nak rileks sikit.hehe…jalan kurang sesak, keluar nak pergi kerja pun mood cool jek. hihi…

Ok cuti sekolah yang lepas korang ke mana? kebetulan anak kepada sepupu Cik Mien melangsungkan perkahwinan mereka di Kuala Terengganu jadi moh le kami sekeluarga ke sana.

Awalnya macam nak naik kapal terbang tapi tiket agak mahal jadi kami pun memandu dari rumah. Bayangkan kami berkereta dan sampai ke Kuala Terengganu jam 4.00 pagi. Gigihkan?

Di Kuala Terengganu kami menginap di Hotel Grand Puteri dan ini adalah kali kedua kunjungan semula. Mujur le Agoda masih ada lagi bilik kosong untuk tarikh tersebut. Jumlah bayaran satu malam dengan Agoda ialah RM175++. Untuk keluarga 5 beranak seperti kami dan nak tidur acah2 aje, Cik Mien tempah bilik deluxe yang ada 2 katil. Muat2 je kami berlima bila katil tu disorong sebelah menyebelah.hihihi…

 

Sabtu, 18 Mac 2017 berlangsung kenduri Nasrizal dan memandangkan trip kali ni free and easy jadi kami pun rileks je. Bersembang dengan ahli keluarga kami yang datang daripada Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pengantin lelaki nampak ceria bersama isteri tersayang. Sempat Cik Mien rakam gambar mereka sekeluarga. Kenduri di kampung sangat seronok sebab semua makanan yang dihidang adalah masakan sendiri. No catering ok. hehe… Paling sedap ialah bubur kacang hijau. Serius Cik Mien menambah.

Cuaca ketika persandingan agak panas. Maklum lah panas tepi pantai memang agak berbahang. Jadi kami pun tak de la nak lepak lama. Lagipun semua ahli keluarga nak bertolak balik petang tu juga termasuk abah kami. Jadi jam pukul 2 lebih kami bergerak untuk stesen seterusnya, Restoran Wok Nong menjadi pilihan.

Bagi Cik Mien mana2 celup tepung lebih kurang je rasanya cuma yang membezakan adalah sos cicah. Komen incik husben dia cakap sos tak berapa kick.hihihi…Cuma kelebihan di restoran ini kita akan dihidangkan celup tepung yang baru digoreng. Pilihan celup tepung yang ada ialah sotong, ikan dan udang. Harga bermula dari RM5 hingga RM15.

Tips bagi mereka yang nak mencuba hidangan celup tepung di Restoran Wok Nong ini…

  • Kedai dibuka pada pukul 3.30 petang.
  • Sebelum dibuka, boleh ambil no. giliran di kaunter untuk membuat pesanan. Ingat ye ambil no giliran kalau tak sia2 je datang awal (sebab kami tak tahu dan kami terkena hihihi)

jadi sambil2 nak hilangkan rasa penat menunggu layan dulu pemandangan pantai dari restoran. tapi kan…pemandangan ini hanya boleh dilihat untuk sejam pertama. lepas tu berderet kereta parking tepi restoran.kahkahkah…

Ok done untuk entry hari pertama kami di Kuala Terengganu. Next entry pula Cik Mien akan kongsi pengalaman kami menginap kali pertama di Casa Titik, Cherating.

 

2 Comments

  1. Azwan April 9, 2017
    • Mien April 10, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.