Laman Web Jual Shaklee Murah, Produk Asli ke Tiruan, Moga Tidak Terpedaya.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Kecoh sekejap group Whatsapp petang tadi bila dapat tahu ada laman web (terpaksa dirahsiakan) menjual produk Shaklee dengan harga yang tak masuk akal. Murah pun kalau sampai ke harga tak masuk akal kenalah berhati-hati ye.

Sebab di luar sana banyak juga barangan berjenama mahal yang dijual secara murah kerana ia adalah TIRUAN. Contohnya handbag, jam tangan, kasut, tudung, minyak wangi dan barangan lain lagi. Barangan sebegini kita pun sendiri tahu nak bezakan sebab bila kita beli yang original atau asli di butik, lengkap diberikan beg tahan habuk, kad waranti dan semestinya tawaran menjadi ahli secara automatik, betul betul?

Jadi bila ada yang jual supplemen Shaklee di laman web dengan harga jauh lebih murah daripada harga ahli, seeloknya kita perlu berhati-hati. Entah entah tiruan.

Cik mien sendiri hanya membeli secara online daripada laman web Shaklee sebab produk Shaklee sebenarnya tidak dijual di kedai-kedai jamu atau farmasi.

Fake_vs_Original_how_to_tell_the_difference_130banner2

Sebelum anda klik butang purchase tu meh cik mien kongsi 3 sebab kenapa anda perlu mengelak daripada membeli daripada laman web tersebut….

Tidak Kenal Dengan Siapa Anda Berurusan

Bila anda beli dengan laman web sebegitu, anda tidak kenal dengan siapa anda berurusan. Sebab laman web seumpama begitu menjual segala jenis barang. Ini berbeza dengan pengalaman anda membeli dengan SID Pro seperti cik mien dan rakan2. Sebab sebaik sahaja anda berurusan dengan kami, segala urusan penghantaran oleh Shaklee sendiri malah kalau nak COD pun boleh akan diuruskan dan dimaklumkan sebaiknya.

Tiada After Sales Service

Katalah anda dah terbeli daripada laman web tersebut, agaknya ada ke yang nak beri anda after sales service tip top seperti SID Pro? Jawapannya anda pun tahu.

Servis yang kami berikan adalah life time services. Sebaik sahaja pesanan sampai ke tangan customer kami akan beri cara dan tips untuk pengambilan. Ini memang eksklusif sebab hanya SID Pro yang aktif sahaja ada ilmu untuk memberikan panduan pengambilan supplemen Shaklee.

Kalau anda kata eh tak pe la aku bawa jumpa doktor kat hospital. haaa minta maaf la ye. doktor pun tak belajar seperti kami bagaimana nak consult pengambilan supplemen Shaklee.

Sebab doktor pun tak sanggup nak bertanggungjawab kalau tersalah bagi nasihat.

Apa? Nak minta kami tolong beri konsultansi? iissh tak kan le nak buat muka tak malu pula cari pengedar untuk minta cara makan sedangkan beli dengan orang lain.

Kualiti Produk Shaklee

Kalau nak tahu Syarikat Shaklee sangat menjaga kualiti supplemen yang dihasilkan daripada peringkat bahan sehinggalah pembungkusan dan penghantaran kepada pengguna. Jadi kualiti adalah No. 1 dalam Shaklee. Malah supplemen Shaklee bukan lah seperti jamu yang dimasak dan digentel di rumah. Bukan ye.

Supplemen Shaklee disokong dengan kajian dan jurnal yang diterbitkan pada setiap tahun oleh saintis Shaklee. Setiap kajian juga dihantar kepada pihak ketiga untuk mengesahkannya. Malah syarikat Shaklee adalah satu-satunya syarikat nutrisi yang menjalankan “LANDMARK STUDY” ke atas produk mereka. Tiada syarikat yang berani menjalankan landmark study kerana baik atau buruk kajian tu mesti diterbitkan. Hasilnya Shaklee terbukti menunjukkan peranan dan fungsi supplemen Shaklee sangat membantu meningkatkan kualiti kesihatan pengguna.

Oleh itu pentingnya anda membeli supplemen Shaklee dengan pengedar yang berdaftar dan aktif.  Itu sahaja yang boleh membantu anda memperoleh supplemen Shaklee yang asli.

Cik mien harap dengan sedikit penerangan ini membantu anda untuk membuat pilihan. Pesanan daripada cik mien, hanya jauhari yang mengenal manikam, jadi berhati-hatilah kerana kesihatan kita adalah sangat berharga untuk diri sendiri serta keluarga yang disayangi. Ia jauh lebih mahal untuk diganti dengan supplemen yang murah dan sintetik.

-xoxo-

Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

COD: Kajang | Bangi | Putrajaya

5 Comments

  1. Fara August 23, 2016
    • Mien September 10, 2016
  2. Amelza Kamel September 5, 2016
    • Mien September 10, 2016
  3. Noh Yusof September 5, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.