Makna pengembaraan dari hati Cik Mien

Masa Cik Mien bersekolah asrama, berpeluang baik dengan seorang kakak senior ni.

Setiap kali cuti sekolah akak senior ni akan bawa pulang cerita dia dan keluarganya ke luar negara. Merata-rata dia dah pergi.

Aduhai seronoknya Cik Mien mendengar cerita dari dia.

Dan bila usia makin menginjak, cerita mereka ke luar negara bersambung di media sosial.

Cik Mien baca blog kisah pengembaraan DIY, follow kawan2 yang masa tu masih bujang dan setiap tahun travel je.

Alahai jelesnya.

Dalam hati rasa tak boleh jadi ni. Satu hari pasti Cik Mien akan travel juga.

Maka bermulalah tahun 2009 kami ke Langkawi, kemudian repeat Langkawi lagi pada tahun 2011, ke Bandung tahun 2012, seterusnya Cik Mien dengan geng Shaklee ke Osaka tahun lepas dan ke Hat Yai bersama geng sekolah rendah, dan Langkawi lagi bersama suami dan anak2.

Kobe Nunobiki Herb Garden
Kyoto-Kobe-Osaka Trip 2018
Langkawi Trip Year 2018

Fuh, tahun lepas 3 tempat Cik Mien dapat jejak. Kemain rancak.

Tahun ni ke mana plak? Jeng jeng…. nanti Cik Mien story di sini ye.

Apa makna kesemua pengembaraan yang Cik Mien dah dan akan lalui?

  • first of all, of course the scenery. Bumi yang Allah cipta ni luas, tak puas tau tengok di skrin tepon/laptop, jadi wajib kita jejak untuk rasai pemandangannya.
  • budaya setempat, mana yang baik harus kita ikuti contoh Cik Mien ke Jepun tempoh hari, suka dengan cara mereka asing2 kan sampah, suka dengan kebersihan tempat mereka, dan macam-macam lagi.
  • cuaca, nak merasa sejuk mestilah ke negara yang beriklim sejuk. hehe… Cik Mien spesies tak tahan sejuk, rasa seperti mustahil je, mampu ke bertahan? tapi ada hati tu nak jejak sapporo waktu winter. hahaha…
  • mengenal pasangan/kawan, siyes cakap, masa ni lah kita akan diuji ketenangan, keegoan dan segala macam sepanjang travel.
  • makan!, yes, Cik Mien suka makan. mencuba setiap local food tu wajib. Memang tak kan puas punye la. hehehe…
  • teknologi, haa yang ni pun tak kurang menarik gak. naik shinkansen aritu pun rasa best sangat. hasben Cik Mien dah ke Jepun 2 kali pun tak merasa lagi tau. hihi… sebab tu lah kena sedia duit berkepuk bila travel. ni style Cik Mien la, ye mana kita nak tau dapat repeat lagi ke tempat yang sama. mesti cuba tau. jangan fikir banyak2. hahahaha…

cukup lah 6 point penting makna pengembaraan bagi diri Cik Mien.

setakat ni Cik Mien cukup suka dengan travel DIY. kurang berminat dengan travel agent sebab malas nak study untuk perbandingan.

untuk korang yang belum pernah ke mana-mana, ikut tips Cik Mien.

Buat Vision Board, tepek gambar-gambar yang cantik. Yang korang rasa nak pergi sangat, setiap hari tengok dan usahakan untuk sampai.

Cara ini dah berkesan untuk Cik Mien dan kawan-kawan. rugi tau kalau korang ragu2.

Kepada rakan lain yang sedang travel, Selamat bermusafir Cik Mien ucapkan.

Semoga kita ketemu di entry akan datang.

xoxo

Cik Mien

2 Comments

  1. mrhanafi February 7, 2019
    • Mien February 9, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.