5 Manfaat COQ-Trol Plus Shaklee Untuk Mereka Yang Lemau dan Mahukan Reproduktif

Sebaik sahaja Cik Mien dapat info mengenai manfaat COQ-Trol Plus Shaklee daripada kelas Health & Wellness Talk yang lepas, Cik Mien sendiri terus beli  1 botol untuk diri sendiri dan 1 botol untuk Mama. Bila dah ambil setiap malam, masya Allah, ia bukan supplemen yang biasa. Kesannya amat dirasai.

Jadi, Cik Mien rasa bersalah kalau perkara yang baik sebegini tidak dikongsi bersama pembaca blog ini. Untuk korang yang baru pertama kali mendengar mengenai COQ-Trol Plus ini, boleh baca di sini untuk info lanjut mengenai kandungan COQ-Trol Plus.

Ada 5 golongan yang akan menerima manfaat COQ-Trol Plus ini. Mereka ialah yang aktif, sukakan kecantikan, yang berusia, mempunyai masalah jantung dan kesuburan.

#Manfaat COQ-Trol Plus untuk Mereka Yang Aktif

Manfaat COQ-Trol Plus

Kandungan COQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya kita boleh menjalani hari kita dengan bertenaga, cergas dan berkeyakinan. Peningkatan COQ10 membantu:

💡 Meningkatkan kekuatan otot-Kajian menunjukkan bahawa COQ10 dapat membantu meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot fast twitch (type II)-otot yang menjana kuasa dan kekuatan. Ia juga bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel otot.

💡 Menyokong gaya hidup yang aktif dan cergas-Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa COQ10 memberi manfaat kepada orang dewasa, dari seorang atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan kekal cergas.

Hasil kajian menunjukkan bahawa COQ10 membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular. Kini jantung kita dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, boleh berjalan dengan lebih cepat dan berlari lebih jauh, dan dapat memberikan fokus.

💡Memastikan Badan kita kekal bertenaga sepanjang hari-COQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga badan. Ia berfungsi sepanjang masa untuk memulakan dan menghasilkan tenaga.Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda mempunyai tahap tenaga yang tinggi, stamina anda meningkat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan hidup, menjadikan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari.

💡 Mempercepatkan pemulihan luka-luka-COQ 10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka. COQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka.

COQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel.

Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan akan berfungsi pada tahap optimum yang membolehkan anda melakukan apa yang anda suka setiap hari.

#Manfaat COQ-Trol Plus untuk Mereka Yang Mempunyai Masalah Jantung

Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum.

COQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat.

Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, kita memerlukan COQ10 tambahan yang membantu;

💡 Membaiki dan meningkatkan peredaran darah yang sihat- Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida.

Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

💡 Mengekalkan kolesterol yang sihat

💡 Memberi Tenaga dan Menguatkan otot jantung- Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

💡 Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengoptimumkan denyutan jantung- Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung.

Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

💡 Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin- Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Ambil suplemen CoQ10 sekarang untuk jantung yang kuat dan sihat!

#Manfaat COQ-Trol Plus untuk Membantu Sistem Reproduksi Yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, COQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum.

Kebaikan COQ-Trol Plus untuk Kesuburan

Dalam sistem badan kita, sel paling besar ialah ovum. Setiap sel amat memerlukan tenaga yang tinggi untuk memberikan prestasi yang diperlukan oleh tubuh badan.

Telah banyak kajian dijalankan dan saintis telah mengesan COQ10 adalah paling tinggi dalam ovum. Ini kerana untuk membolehkan telur keluar mencari sperma, ia memerlukan tenagat yang banyak.

Oleh itu dengan meningkatkan COQ10 dalam ovum, ia membantu

💡 Meningkatkan kesuburan – peningkatan pergerakan dan kuantiti sperma, memperbaiki kualiti ovum dan peluang tinggi untuk persenyawaan

#Manfaat COQ-Trol Plus untuk Kulit Gebu Yang Menawan

Kecantikan itu tidak kekal. Oleh kerana itu, kita tidak pernah jemu menjaga kulit siang dan malam, dengan harapan dapat menghapuskan tanda-tanda penuaan. Jangan bimbang, kulit yang cantik boleh menjadi milik anda dengan nutrien yang tepat seperti Coenzyme Q10 (CoQ10).

Kebaikan COQ-Trol Plus untuk Kecantikan Kulit

Jumlah antioksida ini adalah tinggi di dalam epidermis dan ia berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada pelbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan banyak lagi. Walaupun badan kita menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya berkurangan sekitar umur 20an dan pengambilan suplemen CoQ10 sangat digalakkan.

💡 Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit-CoQ10, antioksida yang kuat, melindungi kulit anda daripada mengalami penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan dan tindak balas keradangan.

Ia juga meningkatkan perlindungan antioksida kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang boleh merosakkan kolagen dan elastin anda, yang membawa kepada penuaan pramatang.

💡 Memberi tenaga untuk penghasilan dan pembaikan sel kulit- Meremajakan kulit yang sedang mengalami penuaan dengan meningkatkan tahap CoQ10 tubuh. Ia memelihara kulit anda dengan menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, mengeluarkan toksin, dan menghidupkan semula sel-sel baru dengan lebih efektif.

💡 Kulit lebih anjal dan sihat

💡 Kulit kurang berkedut- Kehilangan kolagen dan elastin menjadikan kulit anda tidak tegang dan berkedut. Alami pengurangan garis halus dan kedut, serta dapatkan kulit lebih licin dan lebih anjal dengan CoQ10 kerana ia membantu mengurangkan penguraian kolagen di dalam kulit.

#Manfaat COQ-Trol Plus untuk Kurangkan Risiko Penyakit Alzheimer

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ yang juga membantu:

💡 Meningkatkan daya ingatan & pembelajaran
💡 Lebih fokus dan peka
💡 Mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan penuaan, iaitu Alzheimer dan Parkinson.

Banyak betul kan manfaat COQ-Trol Plus ini. Kebaikan COQ-Trol Plus yang tiada tandingan ini boleh order pada bila-bila masa sahaja. Dapatkan hari ini dengan klik pada banner esell.

Atau sekiranya ingin berhubung dengan Cik Mien boleh contact no. seperti di bawah,

xoxo
Cik Mien

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

11 Comments

  1. Zumal January 26, 2018
    • Mien January 27, 2018
  2. Jari Manis January 26, 2018
    • Mien January 27, 2018
  3. Jari Manis January 26, 2018
    • Mien January 27, 2018
  4. Maya January 27, 2018
    • Mien January 28, 2018
    • Mien February 20, 2018
  5. anies February 21, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge