Mary Kom, bukan kisah biasa

Review Movie Mary Nom

Semalam balik daripada mesyuarat memang terasa penat yang amat. Terus terasa nak melepek depan TV je.

Ambil remote TV skrol semua movie yang agak2 Belum tengok.

Sekali teringat review movie Mary Kom. Habis menonton Cik Mien rasa wow sangat😍

Fuh, memang best betul movie ni. Dari melepek terus bangun semangat menonton. Rupanya based on truth story.

Cerita movie ni pun ala2 macam kisah hidup kita semua.

Dari seorang yang tak de apa2 tapi sebab Mary ni Ada impian dan target, dengan usaha dan doa sungguh2 Mary terus cemerlang.

Awal2 Karier Mary dapat tentangan daripada bapak dia. Siap suruh pilih bapak atau boxer.

Macam lebih kurang cerita kita juga. Yang mana orang dekat dengan kita mula2 memang tak support apa kita buat. Dalam movie ni bila Mary dah Jadi Juara barulah bapak dia sokong kerjaya boxer. Ada sama kan?

Di hujung cerita Mary berperang antara kerjaya boxer dan keluarga. Timbul konflik dan Keinginan membuak Mary untuk kembali beraksi.

Hasben dia yang memahami Dari awal minat Mary terus beri sokongan.

Walaupun dah berumahtangga kareer boxer Mary tetap cemerlang.

Dari cerita ni kita Boleh belajar bagaimana nak Handle hal keluarga supaya kerjaya kita impian kita tidak terhalang malah buat kita Jadi lebih bersemangat dan enjoy dengan apa yang kita buat.

Kalau orang cakap maaf Saya tak leh berjaya Sebab anak2 Saya kecik lagi Duk keliling pinggang, haa cubalah tonton movie ni. Pasti korang akan dapat sesuatu.

Selamat menonton😍

xoxo
Cik Mien
Rich and Verve Group Founder

Leave a Reply

CommentLuv badge