Master Your Life

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Semalam (12hb Mei 2018) Cik Mien berjaya menghadirkan diri ke event ‘Master Your Life’ yang dianjurkan oleh BRC.

Cik Mien kenal BRC ini pun melalui jualan lelong banjir tahun 2015. Kenal melalui emel yang Cik Mien terpaksa subscribe. Asalnya ingat ok lah dapat nak dekat 30 ebook dengan bayar RMxx sebagai derma banjir sekali amek, datang 30 yang terpaksa subscribe.

Mula2 layan gak la baca emel pasal marketing sifu2 IM ni tapi lama2 bosan. Walaupun ada post agak berguna untuk ilmu sampingan tapi kebanyakannya tak habis2 nak menjual ebook dan pakej derang.

Dalam 30 orang tu last2 Cik Mien maintain je dengan BRC dan sorang lagi Tuan Izan, tu pun mungkin akan unsubscribe juga. hahaha… eh panjang pula intro pasal ni.

ok kembali kepada cerita asal.

nak cerita dalam bentuk entry ma├žam bosan je jadi kita buat la dalam bentuk FAQ.

Master Your Life

  • Daripada Sumber maklumat mana Cik Mien dapat info pasal event Master Your Life?

Macam Cik Mien cerita tadi, Cik Mien subscribe emel BRC dan juga follow Bukhari Ramli di FB.

  • Pertama kali join event BRC ke atau dah banyak kali?

Pertama kali.

  • Kenapa Cik Mien join event Master Your Life?

Sebab Cik Mien stuck. Rasa dah buat macam2, dan susah nak fokus. Too many list in the bucket, dah buat ikut KTCM, berjaya buat tapi result masih sama, jadi rasa perlukan refresh, nak reset minda semula,

  • Apa yang Cik Mien dapat daripada event hari tu?

Wow, suka dengan konsep hentakan kejayaan yang Tuan Bukhari buat, daripada alasan/masalah yang klise, dia ajar bagaimana nak reframe balik. bagaimana nak ubah minda kita supaya tak terperangkap dengan apa yang kita fikirkan selama ni.Cik Mien kongsi sedikit apa yang Tuan Bukhari ajar, nth terlintas tetiba kita rasa eh aku ni nak kena berjaya kalau buat sesuatu yang aku suka, dan dia bagi contoh kita suka travel, dengan idea yang kita boleh berjaya dengan buat sesuatu yang kita suka, maka kita pun jadi lah ejen. Masa awal dulu dia tak tau yang jadi ejen ni nak kena uruskan macam2, dia tak tau dia kena uruskan hal pekerja, hal aduan customer, hal income tax, lama2 dari suka travel dia benci nak travel, haa nampak tak yang idea kata kita boleh berjaya bila kita buat suatu yang kita suka tu boleh jadi mimpi ngeri? hahhaa…

  • Apa impak yang Cik Mien dapat?

Impaknya Cik Mien belajar untuk muhasabah diri, belajar menilai kemampuan diri dan sejauh mana usaha yang dah Cik Mien buat. Lepas kelas banyak soalan2 yang ditembak oleh Tuan Bukhari tak terjawab oleh diri sendiri. Macam yang dia cakap kita kena pergi lebih mendalam. Tanya kenapa? kenapa begitu? dan barulah kita dapat jawapannya.

  • Nak rekomen ke kat semua orang?

Sudah tentu saya rekomen pada semua orang untuk hadir. Cuma nak pesan awal2. Event ini bukan untuk cerita cara cepat untuk berjaya/jadi kaya. Ia lebih kepada untuk mengenal potensi diri kita. Kena buka minda kita, mungkin ada sesetengah content tu kita ada terbaca di mana2 buku. Yang bezanya Tuan Bukhari kupas daripada perspektif yang lebih mudah untuk kita faham dan ikut.

Doakan apa yang Cik Mien belajar untuk ilmu sehari dapat mengubah diri Cik Mien kepada versi yang lebih baik. In sha Allah.

xoxo

Cik Mien

Selagi impian belum tercapai teruskan melangkah tanpa pandang ke belakang

Leave a Reply

CommentLuv badge