Open House versi Opis

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Sekejap je masa berlalu, pejam celik Syawal juga bakal meninggalkan kita.huhu… Cik Mien doakan kita semua berpeluang untuk menikmati Ramadhan dan Syawal sekali lagi. Ada yang berjaya puasa sunat sebanyak 6 hari diucapkan syabas ye. Mana yang belum berkesempatan lagi usah risau, kita digalakkan sunat berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis jadi boleh teruskan walaupun bukan di dalam bulan Syawal.

Alhamdulillah syukur raya tahun ini sangat meriah bila suasana tu disambung pula ke opis. hihi… Seperti tahun lepas konsep di pejabat pasti akan ada jamuan raya setiap seksyen/cawangan. Opis Cik Mien ni ada Admin/Kewangan, Seksyen Operasi Hospital, Cawangan Perancangan, Seksyen Operasi Biomedikal, Seksyen Kawalan Alam Sekitar, Seksyen NEHAP, Seksyen Implementasi Projek dan Seksyen Operasi Klinik.

Baru senaraikan pun dah rasa meriah kan. hihi… Entry ni penuh dengan gambar Cik Mien dan rakan2 pergi beraya ke seksyen yang lain dan juga seksyen sendiri. Tahun ni entah macam mana ada 5 seksyen terbuat sambutan raya pada hari yang sama. Hari Jumaat tu Cik Mien kekenyangan yang amat sebab ye la semuanya menyelerakan. Cuma gambar makanan dikurangkan sebab tak sempat nak ambil.hahaha…

Selain daripada makanan, kami satu Bahagian ini diberi cabaran membuat sudut deko raya. Best juga bila ada pertandingan sebegini sebab hasilnya ada lah port untuk kami berposing sakan.hihihi…

 


Muka memasing kekenyangan yang amat, ini deko raya di tingkat Admin/Kewangan. Tema balik ke kampung katanya. Jamuan di Admin/Kewangan Cik Mien sempat rasa laksa ikan seekor. Katanya menu ini femes di Langkawi. Cik Mien memang hantu laksa dan setiap tahun geng admin mesti ada menu laksa ni. Jadi kalau nak rasa laksa sedap, datang lah jamuan raya kat admin.boleh gitu?hihi..

Seksyen pertama yang kami serbu hari tu sebab jiran sebelah setingkat.hihi… dan kat sini ada menu extravaganza sikit iaitu kambing. Tahun ini mereka tak serve durian plak sebab katanya bukan musim. Alhamdulillah sempat le merasa kambing golek cuma tak sempat nak rasa lemang periuk kera. huhu…tak perasan langsung lagipun Cik Mien memang mengelak untuk makan lemang. bukan apa banyak bebenor kalorinya.hikhikhik…

Ini gambar geng makan Cik Mien aka rakan semeja waktu lunch. Dalam geng tu ada 3 org daripada SIP, jadi inilah hasilnya.haha… Bergambar dengan props dari Seksyen Implementasi Projek. Rajin derang membuat props sendiri. Kreatif!

Beginilah rupanya macam2 aksi bila bergambar. Ini semua idea anak dara bujang yang sorang tu Faten Hamima. Ada je arahan aksi daripada dia dan kami pun layankan aje la sebab camera dia.hihihi…Nak tengok video Boomerang kami, haa klik je link bawah ni ye.

https://www.facebook.com/fatenhamima/videos/10207984555326830/

Pic kami semasa bertandang ke jamuan raya di Bahagian Kawalan Radiasi Peralatan (BKRP).


Terpaksa menselfiekan diri, hehe…Ini je gambar raya kami Seksyen Operasi Hospital. Kami tak jumpa plak sudut deko raya dan kebetulan agak kelam kabut sikit jadi tak de la gambar kami sangat.huhu..

Last but not least, gambar raya di seksyen sendiri. Dan seksyen kami adalah penutup kepada sambutan hari raya di pejabat sebab kami yang last sekali.

Alhamdulillah tahun ni cukup semua korum bergambar. Sakan bergambar tahun ni sebab banyak props dan siap kawan Cik Mien, Liza buat white studio lagi. bab kreatif memang kami bagi kat dia je.hehe…

Haa…ini ootd cik mien untuk jamuan raya seksyen kami. Mix & Match je. hehe… Baju daripada Zara dan kain corak songket beli kat Jakel jahit dengan mak sedara. Semestinya tudung daripada Bokitta.

 


Perasan pinata ketupat dan bulan yang kami pegang tu?

saje nak bagi itulah lambang kegigihan Cik Mien menyediakan props untuk deko raya seksyen kami. Perghh patut la orang jual mahal, memang nak menangis wei bila membuatnya. hadoi…

 

Jumpa lagi next entry.

Leave a Reply

CommentLuv badge