Peluang Surirumah Menjana Pendapatan

Masa zaman kita bersekolah lagi dah diajar apa itu target. Setiap kali tahun peperiksaan, Cikgu akan mengajak kita untuk memikirkan bagaimana diri kita nak dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Teringat dulu seorang cikgu ni, dia cakap bila tanya anak-anak murid semua target nak dapat 8A dalam PMR, dia tunggu juga la kot ada yang kata nak dapat 6A ke, memang tak de yang nak mengaku. Sebab apa cikgu cakap macam tu? Sebab cikgu nampak ada anak muridnya masih belum jelas dengan target dan masih tak berbuat apa-apa untuk mencapainya.

Jadi sebenarnya dari kecil lagi kita ni dah didedahkan dengan target. Bukannya benda baru dan mazhab MLM ye. Malah dalam Al-Quran pun ada juga diperjelaskan target kita sebagai umat Islam iaitu syurga.

Dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, pertama tulis dulu target kita. Target tak semestinya bersifat duit sahaja. Kerana ada banyak lagi yang kita boleh fikirkan selain memikirkan keuntungan semata-mata.

Jadi target Cik Mien dalam bisnes Shaklee ialah nak bantu surirumah untuk mempunyai pendapatan yang boleh membantu suami mereka. Bukan mudah cabaran ekonomi pada masa ini. Lebih2 lagi pakar ekonomi menjangkakan tahun 2018 adalah tahun yang penuh pancaroba. Jadi mereka yang single income ini sangat terasa akan impak daripada kenaikan harga minyak dan barangan serta servis.

Banyak perkara yang terpaksa dikorbankan apabila hanya seorang sahaja yang bekerja. Zaman sekarang duit adalah satu keperluan. Lebih-lebih lagi tinggal di bandar.

Bagi Cik Mien, model bisnes Shaklee ni sangat mudah untuk surirumah buat. Ikut sahaja apa yang upline suruh buat dan paling penting bisnes Shaklee hanya bermodalkan bayar pendaftaran, tidak perlu simpan stok bawah katil.

Jadi tak salah kalau kita banyakkan perkongsian dengan niat untuk membantu lebih banyak lagi surirumah yang memerlukan duit tepi. Lebih banyak orang yang kita bantu, ia akan membantu menambah nilai diri dan kehidupan kita.

xoxo

Cik Mien

Wanita yang ingin membantu surirumah mempunyai pendapatan sendiri

Leave a Reply

CommentLuv badge