Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

huhu rindunya dengan rumah ni. sebelum bersalin aritu sempat la buat draf utk entry preggy log. tak sempat habes entry tu ai dah bersalin. hihi…

sekarang mode sedang berpantang wajib 44 hari dan akan sambung yang sunat 100 hari. Ai panggil sunat sebab memang tak wajib pun 100 hari tu.

hari ni rasa hepi sangat sebab tali pusat baby dah luruh. yippiee… mak sangat stress OK selagi tali pusat baby tak luruh2 dan kali ni lambat plak berbanding kakak dan abang nye. pagi tadi dalam jam 8 lebih tu check pampers tengok2 tali pusat nya dah tak de. terus rasa syukur dan gembira yang amat.

sebagai nak celebrate kegembiraan tali pusat tu, meh nak kongsi cerita pengalaman bersalin anak ketiga.

Isnin, 26.10.2015,

2 a.m

Sakit belakang tetiba datang semula. Serius… rasa sakit yang amat sampai tak leh tido. nak minta hasben urut pun tak tau nak mula kat mana. sudahnya tahan je la sakit tu sampai ke pagi.masa ni dah terfikir dah ingat nak ulang berurut dengan Kak Liza sebab aritu lepas pekena urutan dia fuhh…terus dapat tido lena setiap malam.

6.30 a.m

Sakit belakang yang beransur hilang diganti dengan rasa sengal2 daripada pinggang ke bawah. rasa seperti sakit senggugut tu. masa ni dah rasa cuak. huhu…sebab tak kan dah nak bersalin.

9.00 a.m

badan masih terbaring lagi tahan sakit sambil2 tu baca blog pengalaman bersalin orang lain. sebab dah lupa cane rasa contraction tu. hahaha…memang masa ni adalah tempoh penafian. rasa tak bersedia lagi nak menghadapinya. cuba call member Lydzar Rusman konon2 nak double check tapi tak berjawab.huhu…

9.30 a.m

selesai baca blog orang, separuh hati dah mengiakan memang ni sakit nak beranak. jadi ikut je la saranan dalam blog tu pantau berapa kerap contraction.

12.00 tengahari

hasben datang jenguk ke bilik dan ajak g hospital. masa ni contraction tetiba jadi mild plak. dah tak sekerap pagi tadi. ai request nak makan tengahari, solat dan mandi dulu baru gerak ke hospital. kitorang diskus jap cane nak susun siapa yang nak ambil anak2 kat taska. hasben minta tolong sepupu dia amekkan anak2 dan bawa ke rumah derang sampai la Ummi selesai beranak.

2.00 petang

selesai lunch, badan pun dah berpeluh sakan, mandi yang tak berapa nak enjoy sebab tetiba rasa mual dan segala isi perut lunch tadi masuk ke jamban. adeh…udah le perut lapar tadi. sedih sangat.

4.00 petang

kami gerak dari rumah dan Alhamdulillah trafik masih ok lagi sebab yang bekerja belum keluar lagi. dalam perjalanan tu pun masih mild contraction.

5.00 petang

sampai di HUKM terus ke Jabatan Kecemasan. tunjuk buku temujanji dan buku pink di kaunter. nurse amek bacaan tekanan darah dan nurse tanya juga nape datang hospital. ada tanda2 nak bersalin ke selain contraction. pastu nurse minta tunggu nama dipanggil. tengok sekeliling ada seorang dua je pesakit yang menunggu.

5.30 petang

nurse panggil masuk dan baring di katil untuk CTG.masih keadaan mild contraction.sementara tunggu doc ada seorang student perubatan minta izin nak interview. segala macam soalan pulak ditanya, nak tolak rasa kesian plak kat student tu. lepas student tu dah selesai tetiba rasa ngantuk dan sempat le tdo jap. ye la dari pukul 2 pagi tak dapat tdo.huhu

6.15 petang

datang nurse check CTG pastu dia usik2 perut. katanya mungkin contraction jadi mild sebab baby tdo. elok je nurse tu selesai, datang doc dan student tadi mula brif pasal sesi soal jawab. kendian, doc check bukaan rahim. haa…dah 4cm. terus doc minta nurse check labour room. yang bestnya sambil doc tu cakap ‘ok u dah ready untuk bersalin’ dengan aksinya memecah air ketuban. Gulp! huhu…baru je nak request  minta makan malam dulu sebab rasa lapar yang amat.

7.00 petang

duk dalam wheelchair sambil tunggu hasben selesai solat untuk ke labour room. masa ni contraction dah mula kerap. air ketuban mengalir tak berhenti2. sampai di labour room memang ai sorang je yang nak beranak.hoho…

7.15 malam

masa ni contraction agak menggila. nurse bagi tau dah 6cm. nurse pesan kalau rasa nak teran jangan tahan. memang tak tahan dah sebab sakitnya macam nak tendang je sape2 kat depan tu.huhu…

bermula lah sesi meneran. kali ni proses bersalin agak berbeza dengan yang lepas. nurse tak offer pun penahan kaki. disuruhnya kita pegang buku lali sendiri dan angkat badan bila rasa nak teran. gitu plak.

jadi walaupun ini kali ketiga bersalin tapi bila dah prosedur nya begitu terasa macam fes time bersalin sebab tak biasa.

hasben dah tolong pegang kaki, jadi ai kena guna tenaga sendiri untuk bangunkan badan. fuh…memang mula2 tak reti nak cari rentak push.dah sekian minit baru la faham apa yang perlu dibuat.

buat pertama kali gak hasben dapat tengok realitinya proses untuk baby keluar dari rahim. kelahiran sebelum ni tak dapat peluang sebegini sebab hasben pegang badan kita.

7.56 malam

setelah berhempas pulas meneran tepat jam 7.56 malam lahir anak kami yang ketiga. Mengucap syukur yang amat sebab memang ngaku rasa nak putus asa dah. sebab dah tak larat dan rasa lapar yang amat.

jam dan minit seterusnya…

sesi membuang darah beku dalam rahim dan perlu gak VE. masa ni nurse letak baby atas pangkuan kita. bagi baby warm up dengan bau badan ibu.bila dah selesai VE, nurse minta susukan baby sementara derang buat pendaftaran wad.

begitu lah pengalaman bersalin anak ketiga yang ai rasa sampai skang masih rasa cuaknya.hihihi…

sape yang baca ni jangan lah rasa seriau nak bersalin ye. maklum le setiap orang dan setiap kelahiran ceritanya tak kan sama. entry ni pun sebagai koleksi peribadi untuk ai kenang2 di masa akan datang.

next entry plak ai akan cerita review bersalin di HUKM. jumpa lagi…

Leave a Reply

CommentLuv badge