Pengalaman Hari Pertemuan Ibubapa Tahun 6 Part 1

Kalau baca tajuk tu kedengaran agak bosan, tapi pasal nak cerita juga le pada ibubapa di luar sana pengalaman dan pendapat Cik Mien.

Sebelum tu nak minta maaf, lupa nak selfie gambar sendiri sebagai bukti yang Cik Mien hadir. haha perasaan seperti artis gitu. ye la kita disclaimer awal-awal.

Mulanya kan, timbul juga perasaan malas nak datang. hahaha…ye benar. ini semua cerita benar. Sudah le bangkit tidur pun lambat.

tapi memikirkan seperti ada rasa tak best pula kalau tak pergi. ye la dah terbayang usaha Cikgu yang dah berkorban hari Sabtu semata-mata untuk adakan sesi pertemuan dengan ibubapa, sekali mak pak tak datang. ko rasa?

Alhamdulillah program tadi berjalan dengan lançar. Cuaca pun baik. Cik Mien nak kongsi kesimpulan dan nota yang Cik Mien tulis sepanjang sesi tadi.

Kata-kata Aluan YDP PIBG

Bila mereka menjemput YDP PIBG SK Bandar Teknologi Kajang adalah seorang wanita. Kagum sekejap. Satu sebab Cik Mien baru kenal, Kedua baru tau disandang oleh wanita. Jarang sungguh orang nak lantik wanita kan? hehehe… ke Cik Mien yang baru tahu? nampak benor selama ni sesat dari planet mana entah. hahaha…

YDP PIBG ni kerjanya sentiasa menyokong program sekolah, dan salah satu tugas utama ialah kutipan PIBG. Cik Mien tahu yang kutipan sekolah ini agak mengecewakan. Walaupun harganya masih mampu tapi masih ada ibubapa yang agak culas nak membayarnya.

Komen Cik Mien (perasaan retis tetiba)-Dalam hal ini sama-samalah kita berdoa menjadi orang yang memudahkan urusan orang lain. Adalah lebih baik kita menyumbang dengan cara mudahkan urusan orang sekiranya kita tak mampu nak sumbang dengan cara lain.

Tips Kemasukan SBP Untuk Tingkatan 1

oleh Setiausaha Persatuan Gabungan Alumni SBP.

Yeah Cik Mien suka topik ni pasal kita pun alumni SBP. hehehe… (tetiba nak claim juga)

Katanya tahun lepas yang mohon hampir 70k lebih, tempat yang ada 9k lebih je.

Tough sungguh nak masuk SBP ni. Cik Mien memang target Dania Ziyad masuk SBP. Kalau boleh biarlah sama sekolah dengan Cik Mien. hahaha… tak berkembang sungguh. hihihi..

Kalau dah target nak masuk SBP perlu lah keputusan cemerlang. Walaupun dikatakan 3A 3B mencukupi, ia hanyalah syarat yang terpakai untuk golongan B40. Yang luar B40 haruslah cemerlang dalam erti kata lain 6A. Ini kesimpulan yang Cik Mien sendiri faham ye.

Ini perkara penting yang kita sebagai ibubapa perlu tahu,

  • Permohonan Kemasukan SBP adalah secara online, biasanya Cikgu akan memaklumkan bila portal dibuka untuk pengisian. Sila rujuk laman web KPM.
  • Angka Giliran UPSR adalah sangat penting untuk disimpan kerana berguna untuk menjadi rujukan semasa mengisi online,
  • Pendapatan bulanan, ini penting untuk penentuan. Diakui sistem sekarang agak kurang telus. Ada je yang dah kaya dengan bisnes sendiri buat pengakuan yang kurang tepat. Itulah kan. Bagi Cik Mien, apa susah bebenor, minta aje la no cukai pendapatan mereka untuk yang tiada slip gaji. Ate mana datangnya beli Kereta Mercedes tu. hahaha…maaf terkomen lebih emosi plak. Kalau tanya Cik Mien yang sendiri berpengalaman SBP juga, yeah agak mengecewakan sebab kadang-kadang tu kehadiran golongan sebeginilah yang jadi ada double standard(tak semua ye, segelintir sahaja) yang nak tipu tu fikirkan lah keberkatan ye. Kalau kita sebagai ibubapa sendiri tak mampu nak jujur dan janganlah berdiri atas alasan untuk anak. walhal sebenarnya itu bukanlah satu alasan yang murni pun. tak salah pun kita jujur. Kalau kita jujur dan memang dah tertulis rezeki kita, kan lebih manis hasilnya.
  • Anak perlu aktif sukan dan kokurikulum, sistem kemasukan sekarang menilai semua aspek. Sama-samalah kita sokong sistem ini. Bagus tau. Barulah anak-anak kita ni ada usaha nak bergaul dan masuk persatuan.
  • Ada satu elemen iaitu Graf Toleransi UKSBP. Cik Mien sendiri pertama kali mendengarnya. Markah minimum skor ialah 60%. Anak-anak akan diuji EQ, IQ, SQ, Softskills dan Pengetahuan Am. Objektif wujudnya graf ini bagi menapis keupayaan anak-anak untuk berdikari semasa pembelajaran di SBP nanti. Pastikan anak-anak kita berada dalam graf ini. Katanya bank soalan ada puluh ribu. Setiap anak dapat set berlainan. Jadi tok sah tanya lah soalan bocor ye. hihihi…

Kesimpulannya, terang lagi bersuluh inilah kriterianya…

Perancangan Tahun 6 untuk 2020

oleh Penolong Kanan Guru Besar.

Pembentangan aktiviti berbayar yang wajib untuk sepanjang tahun. Boleh tahan sibuk. Kos aktiviti berbayar adalah RM100. Yang pilihan tu terpulang pada ibubapa.

Cik Mien suka juga yang pilihan ni. Ok la untuk kita raikan anak sempena tahun akhir mereka Darjah 6. Lepas ni semua dah membawa haluan masing-masing. Tak gitu? hehe..

Flow Pendaftaran Peperiksaan UPSR Tahun 2020

Ini adalah perancangan Cikgu sekolah untuk proses pendaftaran UPSR tahun 2020:

  • Jan-Mac: Pendaftaran calon UPSR dengan mengisi borang(Cikgu uruskan) dan Salinan surat beranak dan mykid. Peringkat ini ibubapa perlu semak Angka giliran. Simpan angka giliran untuk Rekod sendiri.
  • Mac-April: Semak Pendaftaran. Penting semak semua detail sebab kalau ada kesalahan selepas April, perlu bayar RM30 untuk pembetulan.
  • July-Sept: Semak label Meja dan angka giliran calon.

Tarikh Peperiksaan UPSR Tahun 2020 adalah pada 1,2,3, 7 & 8 September 2020.

Semasa peperiksaan, anak-anak tidak perlu membawa IC/Mykid kerana akan diberikan slip peperiksaan bergambar. Jadi sangat penting kita semak slip peperiksaan. Nanti Cikgu akan beri Salinan untuk disahkan oleh ibubapa.

Haaa… jelas ke?

Gitu sekali nota Cik Mien. nanti kita sambung ke Part 2 pula ye.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.