Pengalaman Kali Pertama Syamim Ziyad dalam Sukan Tadika

Minggu lepas 7 Mac 2020 selesai sudah acara sukan tahunan tadika anak bongsu kami, Syamim Ziyad.

Keterujaan Syamim untuk bersukan dilihat dari awal lagi. Bayangkan setiap hari Syamim akan bertanya bila nak bersukan dan teruja dengan baju rumah sukannya.

Mewakili rumah Merah, dihias dengan tema Mickey Mouse oleh Cikgu dan ibubapa.

Hari Sukan dimulakan dengan sesi perarakan dan nyanyian lagu Negaraku, Tadika dan juga bacaan doa.

Selesai perarakan, acara sukan dimulakan dengan acara 4 tahun iaitu lari dalam halangan.

Kemudian diselangselikan dengan acara 5 tahun dan 6 tahun.

Alhamdulillah sepanjang bersukan Syamim tak de merungut pun. Mujur lah Cik Mien dah siapkan air minuman bertenaga Performance Drink.

Syamim memang minum air ni setiap hari ke sekolah.

Jom tonton aksi Syamim Ziyad sepanjang hari sukan tadika.

Like dan Subscribe channel Cik Mien ye.

2 Comments

  1. mrhanafi March 16, 2020
    • Mien April 24, 2020

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.