Pengalaman Melancong ke Negara Luar dan Lokasi Pengembaraan Seterusnya, Jom Baca

 

“To travel is to take a journey into yourself”- Danny Kaye

Banyak merantau pasti banyak pengalaman dan pengajaran.
Tempat yang pernah Cik Mien pergi luar dari Malaysia ialah Mekah, Madinah dan Bandung. Berpeluang mengerjakan umrah bersama Mama dan Abah adalah satu turning point dalam hidup sendiri.

Pengalaman ketika di sana ialah Cik Mien sempat mendaki bukit untuk ke Gua Hira’. Menangis membayangkan betapa gigihnya Siti Khadijah menjaga Rasulullah sehingga setiap hari tanpa gagal menghantar makanan. Kita yang naik satu malam pun dah terasa amat sukar.

Cik Mien bayangkan kesusahan mendaki bukit sama dengan cabaran yang kita hadapi dalam hidup.

Bila kita dah sampai ke Puncak kita terus terlupa apa yang kita lalui sebelum ini. Sebab seronok sangat. Sama lah dengan hidup kita. Kalau kita dah berjaya kita hampir lupa kesusahan yang kita hadap dulu. Dan sebelum kita sampai ke puncak bayangkan siap2 kenikmatan bila kita dah sampai di atas.

Di sebalik kejadian yang membawa kami ke sana rupanya Allah nak beri Cik Mien nikmat yang lebih baik. Masa tu lah terasa sangat yang Allah betul2 sayang diri ini. Dia nak suruh kita lihat apa yang berlaku dari sudut pandangan lain.

Sejak dah merasa ke luar negara, terus rasa merantau ni best. Lepas umrah, Cik Mien bawa suami dan anak2 ke Bandung.
Fuh bila bawak famili lagi banyak cerita. Haha…

Sebab tu lah merantau ni akan beri pengalaman berbeza bila kita pergi dengan kawan2 atau keluarga.

Tips Persedian ke Osaka

 

Pengembaraan Seterusnya

Yang akan datang ialah misi ke Osaka bersama2 biz partner yang semuanya first timer. Dah tak tahan dah ni nak rasa pengalaman di sana. Paling teruja nak rasa makanan Jepun dan naik tren. Biasa duk tengok gambar je jadi kali ni nak rasa sendiri.

Katanya Ada rezeki kami mungkin sempat untuk tengok sakura. Doakan perjalanan kami pergi dan balik. Itinerary, tix dan penginapan semua dah setel tinggal nak sediakan pakaian untuk ke sana.

Macam2 kami dah rancang apa nak buat dan apa nak bawa, Jadi Cik Mien dah terbayang betapa syioknya nanti.
Pesan Cik Mien kat korang, Kalau rasa hidup ini bosan, pergi lah merantau. Mesti kita akan lebih bersemangat😊

Cara Menabung Untuk Travel

Yg penting buat tabung untuk travel barulah seronok. Hasil tabung dari bonus shaklee bawa Cik Mien ke osaka best kan? Next Cik Mien aim nak ke Lombok pula.

xoxo
Cik Mien
berangan untuk menjejak kaki ke pelosok dunia

Leave a Reply

CommentLuv badge