Perbezaan Ostematrix Shaklee dengan Jenama Lain

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Fuh, bila dibelek carta bulat ini barulah Cik Mien sedar betapa pentingnya sumber kalsium untuk tubuh badan kita.

Rupanya bila badan kita kurang kalsium, makin banyak masalah kesihatan boleh timbul. Dari usia kita bayi hinggalah memasuki warga emas, kalsium adalah nutrisi penting yang kita perlu sentiasa pastikan kecukupannya.

Bila badan kurang kalsium, pembinaan otot dan saraf dalam badan kita akan terjejas. Antara tanda-tanda ketara badan yang kurang kalsium ialah kaki mudah kekejangan dan gigi mudah rosak.

 

Malah kurangnya kalsium dari usia kita kecil lagi juga boleh menjejaskan tumbesaran. Jadi kita kena pastikan setiap hari pemakanan kita hendaklah terdiri daripada sayuran seperti brokoli, bayam, sayuran hijau, kacang, susu, keju, buah pisang, ikan salmon dan ikan sardin.

 

Tapi bagaimana pula sekiranya kita tak mampu untuk mengambil semua makanan di atas setiap hari?Oleh itu, untuk mendapatkan sumber kalsium premium terbaik, pilihlah sumber yang bukan sahaja mengandungi kalsium tetapi beserta keperluan yang lain.


Contohnya Ostematrix, ia adalah pilihan terbaik kerana ianya gabungan kalsium + magnesium + vitamin D.

 

Keperluan Kalsium mengikut usia

Agak sukar untuk kita mengukur sejauh manakah kecukupan kalsium dalam badan. Kita hanya menyedari badan kita kekurangan kalsium apabila menerima simptom seperti kekejangan otot, migrain dan sukar untuk membuang najis.

Jadual di bawah ini boleh menjadi panduan untuk kita mengukur keperluan kalsium mengikut peringkat umur. Akan tetapi harus diingat apabila badan kita dalam keadaan fasa lain contohnya ibu hamil atau menyusu, keperluannya adalah berbeza daripada jadual ini.

 

Sekiranya anda ibu hamil atau menyusu, boleh ikut cadangan keperluan di dalam jadual ini.

 

Perbezaan Kalsium Premium Shaklee dengan Jenama Lain

Di pasaran, ada banyak jenis botol kalsium yang anda boleh lihat. Namun setiap botol atau jenama mempunyai perbezaannya. Paling ketara yang anda boleh lihat, kalsium Shaklee menggabungkan kalsium + magnesium + vitamin D. Kalsium tanpa kedua dua rakan baiknya yakni Magnesium dan Vitamin D ini mungkin akan menyebabkan pemendapan dalam badan sebab Magnesium dan Vitamin D boleh membantu penyerapan maksima oleh badan.

Nak gambarkan perbezaan kalsium premium shaklee dengan jenama lain (nama dirahsiakan)

Batu bata kalau kita susun je. Nampak elok. Tapi cuba kalau kita sepak sikit. Habis runtuh.

Batu bata yg dilekatkan dengan simen lebih kukuh malah boleh jadi bangunan tinggi yang gah.

Begitulah gambaran bila kita ambil kalsium tanpa magnesium dan Vitamin D.

 

Bukan Sekadar Kalsium

Produk shaklee sentiasa dihasilkan lengkap dengan kajian untuk membuktikan keberkesanan, keselamatan dan kesemulajadiannya.

Terdapat kajian klinikal menunjukkan bahawa kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12jam diambil.

Kalau kita ambil sebelum tidur, katakan jam 10 malam, kita bangun jam 6pagi keesokan harinya pun dah boleh rasa cargasnya badan kita.

Sebab kalsium yang diserap telah membantu muscle kita berehat selama 8jam.

 

 

 

Manfaat Ostematrix Shaklee

Selain itu, manfaat Ostematrix Shaklee ialah memudahkan pencernaan badan kita. Sistem pencernaan badan kita seeloknya mencerna dengan baik dalam tempoh pukul 2 hingga 6 pagi dan apabila kita bangkit daripada tidur, kita dengan mudahnya dapat membuang.

Bagi mereka yang sukar membuang dalam sehari, adalah digalakkan untuk mengambil nutrisis Ostematrix kerana di dalamnya mengandungi Magnesium. Ia sangat membantu untuk melegakan otot usus dan mewujudkan pergerakan yang lebih lancar.

 

Ye tidak dinafikan sumber kalsium boleh didapati juga daripada susu. Ostematrix adalah satu pilihan yang anda boleh pertimbangkan sekiranya anda kurang menggemari minum susu. Sebab 1 tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu kalsium tinggi atau 80 biji badam.

 

 

Manfaat Ostematrix untuk Semua

Nutrisi kalsium sangat penting untuk semua golongan usia, baik lelaki mahupun wanita. Jadi pastikan bekalan kalsium untuk keperluan badan kita mencukupi.

 

 

Ostematrix Boleh Digabungkan dengan Supplemen Shaklee yang lain untuk kesan optimum

Selain set ibu hamil, set sendi yang mengandungi Ostematrix dan Omegaguard sangat  membantu golongan warga emas atau yang semakin berusia untuk menangani masalah sendi.. termasuklah saya sendiri.
Kombinasi Ostematrix dan Omegaguard  juga jadi buruan ramai masa bulan Ramadhan untuk memudahkan mereka beribadat. Omegaguard membantu mengurangkan radang pada sendi dan Ostematrix akan relaxkan otot badan kita.

 

 

Osteomatrix mengurangkan risiko Osteoporosis

Tulang adalah bank kalsium. Serapan kalsium kepada tulang bermula dari bayi sehinggalah umur 30. Selepas fasa tersebut, tulang telah berhenti menyerap kalsium lagi.

Tulang akan gunakan kalsium dari sumber makanan yang diambil untuk kegunaan harian. Kalau tak ambil dari makanan, badan akan minta kalsium dari tulang.

Bayangkan kalau badan minta terlalu banyak kalsium dari tulang, lama kelamaan tulang akan kurang padat. Apabila tulang kurang padat, risiko osteoporosis sangat tinggi dan juga tulang kita mudah patah.

Dapatkan nutrisi kalsium daripada Ostematrix untuk kesejahteraan tulang anda.

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

COD: Kajang | Bangi | Putrajaya

Leave a Reply

CommentLuv badge