Persediaan Percutian Ke Singapura

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Ok kali ini Cik Mien nak cerita apa persediaan yang Cik Mien dan hasben buat sebelum kami ke Singapura. Entri ini khas untuk mereka yang buat plan nak melancong saat akhir seperti kami. Ada yang kami untung dan ada yang kami rugi.huhuhu… Sebab dengan masa yang ada kami tak sempat nak study. Tak pe lah Cik Mien tenang-tenang je nama pun pengalaman kan.hehe…

Bercuti ke Singapura untuk pertama kali kami pilih ke Universal Studio Singapore. Ada pendapat yang kata rugi bawa anak-anak ke tempat sebegitu sebab mereka masih kecil lagi dan banyak games yang tak dapat mereka main. Ok bagi Cik Mien separa setuju sebab kalau anak kita penakut rasa-rasa dia nak naik ke semua tu? hihihi… Sepanjang seharian berada di sana Cik Mien perhati ada je games yang sesuai untuk mereka dan jangan duk fikir sangat kita frust menonggeng tak dapat main semua games sebab bawa anak kecil. Bila kami study sebetulnya itu tak menjadi hal asalkan kita tahu untuk uruskan masa ketika berada di sana dan yang paling penting kesihatan dan stamina kita. yeah…

#1 Cara Nak Ke Singapura

Motif asal kami ke Johor Bahru adalah untuk menghadiri kenduri kahwin kawan kepada incik hasben. Jadi kami berkereta daripada Bandar Teknologi Kajang hingga ke Johor Bahru. Bila dah buat keputusan hendak ke Universal Studio Singapore, ada dua pilihan untuk kami samada;

  1. Menaiki kereta untuk menyeberang ke Singapura
  2. Menaiki bas

Memandangkan kami membawa anak-anak syurga yang masih kecil jadi pilihan pertama adalah terbaik buat kami sekeluarga. Sungguh tak menyesal sebab sekiranya kami memilih menaiki bas, kami terpaksa berlari-lari anak untuk mengecop passport.

#2 Persediaan Bawa Masuk Kereta ke Singapura

Sebetulnya bila di Woodlands memang agak blur sedikit dan kami banyak bertanya kepada pegawai mereka. Sebelum masuk ke sana, kami dah siap mengisi borang untuk mohon autopass card beserta salinan insurans kereta. Penting semua dokumen ini disediakan awal supaya kita tak kelam kabut. Boleh klik laman web ini untuk menyediakan borang.

Bila selesai mengecop passport dan isi kad putih, kami memandu ke depan sedikit dan berhenti di blok sebelah kiri. Adoyai serius kami tak nampak sebarang signage kata di sini untuk autopass card kecuali amaran denda 1000 sin dollar sekiranya melepasi tanpa autopass. huhu… nasib baik le Cik Mien ni peramah dan suka bertanya. Jadi tahulah semua urusan perlu diselesaikan di blok itu.huhuhu…

Masa ni anak-anak dah teruja yang amat. Di kaunter kami dinasihatkan untuk top up bagi penggunaan tol, ERP, VEP dan juga parking. Sekiranya tempat letak kereta tu ada tanda NETS barulah kita boleh guna autopass ni dan untuk reload boleh pergi mana-mana 7E.

#3 Beg Kecil Untuk Simpan Dokumen Penting

Untuk memudahkan kami semua, Cik Mien simpan passport dan dokumen penting lain dalam pouch bag Korea made (terima kasih la pada ibu mertua Cik Mien sebab beri souvenir bag tu memang betul2 berguna hehe). Kad putih pun Cik Mien tempatkan di beg yang sama. Sangat mudah bila kita guna cara ini sebab tak de lah gelabah ayam bila tetiba kena check dengan imigresen ke apa kann.

 

#4 Aktifkan Talian Telefon Bimbit

Bila kami dah putuskan untuk memandu ke Singapura, makanya perlulah aktifkan talian handphone bagi memudahkan untuk bernetwork bagai. Ye la bab jalan di Singapura ni faham aje lah. Sistem mereka berlainan dengan negara kita jadi eloklah kita berharap pada encik Waze.

#5 Supplemen Untuk Stamina

 

Dan mujur le Cik Mien ada beli bekas Stack & Go untuk storan semua supplemen yang diperlukan. Untuk anak-anak Cik Mien bawa Performance Drink yang boleh dibancuh ketika di sana. Selain itu Cik Mien bawakan untuk mereka Nutriferon, Chewable Vitamin C dan Omegaguard. Kesemua ini boleh dimuatkan dalam satu bekas sahaja, sangat mudah dan  jimat ruang.

#6 Bawa Stroller dan Babywearing

Kami bawa kedua-duanya untuk stand by kalau Syamim Ziyad rasa kurang selesa berada di dalam stroller. Cik Mien ambil nasihat rakan kami, Ezurin Sofinaz yang pernah ke sini bersama keluarga. Betul cakap dia. Stroller adalah penyelamat kami daripada kepenatan mendukung si kecil.hihihi… Walaupun di sana ada disediakan kemudahan stroller tapi sebenarnya stroller tu hanya sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas.

#7 Pakai Kasut sepanjang di sana

Pada awalnya incik hasben hanya belikan untuk Cik Mien sepasang skechers sebab dia kata sana akan banyak berjalan. Jadi untuk elakkan kaki rasa penat elok beli kasut yang bagus. Ok ingatkan pencarian kasut terhenti setakat tu je.

Rupa-rupanya tidak. hehe…sekali lagi Ezurin juga mengingatkan kami yang anak-anak pun elok berkasut. Satu sebab sesuai dengan games kat sana dan kedua sebab si kecil juga akan kepenatan berjalan.

Maka merondalah kami sekali lagi di ioi mall putrajaya. Habis semua kedai kami masuk dan akhirnya kami beli sepasang seorang di H&M. Paling cool dan bajet untuk mereka (beli mahal nanti rugi sebab budak kan cepat besar..hahaha)

#8 Jimat Penginapan Sebelum Masuk Ke Singapura

Kami bergerak dari rumah agak lewat sebab dah rancang untuk bermalam di hotel yang menyediakan bilik untuk disewa selama 4 jam. hehe…

Kami memilih untuk menginap selama 4 jam di Ziahles Hotel, Taman Kempas Utama. Sebab utama kami memilih hotel ini ialah kerana menawarkan kemudahan penginapan selama 4 jam dan juga ia berdekatan dengan laluan kami untuk ke Woodlands, Singapura.

Owh ye untuk penjimatan yang banyak sila call hotel tersebut berbanding anda menempah di online. Memandangkan hotel bajet jadi ruang bilik juga agak bajet dan muat-muat untuk laluan. Apapun bilik yang kami sewa bersih dan ngam je untuk keluarga kami 2 dewasa 2 kanak-kanak 1 bayi. Kalau tak silap Cik Mien tempah Family Room dengan harga RM48 semalaman, sediakan deposit sebanyak RM50 dan akan dipulangkan bila check out nanti.

Ok rasanya cukup dah tips yang Cik Mien boleh beri dan harapnya dapatlah membantu anda dalam membuat persiapan untuk bergembira ke Universal Studio Singapore!

Jumpa lagi untuk entry sepanjang kami di sana pula.

Leave a Reply

CommentLuv badge