Petua Merawat Impetigo Dalam Masa 7 Hari

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Anak-anak mudah benar untuk terdedah dengan penyakit kulit. Terutama sekali bagi anak yang tinggal dengan pengasuh atau taska. Jadi penting kita selaku ibubapa untuk tahu jenis-jenis penyakit kulit supaya kita dapat mengawalnya daripada terus berjangkit kepada anak2 yang lain.

Selain kudis buta dan Hand Foot Mouth Disease (HFMD) yang biasa terjadi pada kanak-kanak, ada sejenis jangkitan kuman yang biasa terjadi pada muka. Ia dipanggil Impetigo yang disebabkan oleh bakteria daripada kumpulan Streptococcus & Staphylococcus.

Cara Kenalpasti Impetigo

Impetigo biasanya disahkan melalui pemerhatian sahaja. Jadi jangan marah pula kalau doktor tidak memegang muka anak, sebab melalui pemerhatian dah tahu ini adalah impetigo. Kalau doktor pegang nanti terjangkit pula pada doktor.
 

Cara Merawat Impetigo

Jenis bakteria boleh ditentukan dengan ujian darah, tapi biasanya tak buat pun sebab pilihan antibiotik yang diberikan berkesan kepada kedua-dua bakteria. Ujian itu mungkin tidak praktikal kerana keputusannya mengambil masa mungkin beberapa hari.
Rawatan impetigo bergantung kepada tahap keterukan dan jenis bakteria jika ujian darah dilakukan.
Namun ibubapa disarankan untuk membuat rawatan sendiri di rumah. Caranya ialah;
–>Mak boleh cuci bahagian terlibat beberapa kali sehari menggunakan cecair antiseptik yang diberikan tapi elakkan menggosok. Lap dengan kain bersih sehingga kering dan sapu krim antibiotik jika diberikan.
–>Kalau doktor beri antibiotik, pastikan ubat antibiotik dimakan mengikut arahan dan antibiotik mesti dihabiskan.
–>Kuping2 di sekitar ruam itu boleh dibuang untuk mempercepat penyembuhan dengan basahkan dengan air, elakkan menarik kuping kerana akan berdarah nanti.
–>Elakkan sentuh dengan tangan tapi guna kain dan basuh tangan sebelum dan selepas merawat impetigo. Amalkan cara membasuh tangan dengan 7 langkah.
 
–>Anak-anak yang tidak berjangkit, untuk sementara waktu buat pengasingan. Elakkan berkongsi barang-barang peribadi terutamanya tuala.
Biasanya impetigo akan berkurang dengan antibiotik dan tempoh penyembuhan mengambil masa dalam seminggu. Kalau belum sembuh atau makin teruk, sila balik ke klinik untuk rawatan lanjut.

Cara Atasi Impetigo Dalam Masa 7 Hari

Cuma ada sebuah kisah seorang ibu ini yang Cik Mien nak kongsi. Cerita beliau sangat menarik sebab usahanya mencari cara merawat impetigo yang telah berjangkit kepada anaknya.
Kisahnya beliau mengamalkan Vivix sebagai masker untuk mencuci impetigo pada anaknya. Disebabkan anak beliau masih kecil makanya Vivix digunakan untuk kaedah luaran dengan membuat masker pada muka anak (Vivix tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak).
Syukur Alhamdulillah, dengan Vivix, muka adik ini bebas parut. Resveratrol dan 15 polifenol dalam Vivix membantu untuk memulihkan impetigo dalam masa 7 hari walaupun secara luaran.
Ibu yang mempunyai anak berisiko impetigo digalakkan untuk mencuba agar penyakit ini cepat sembuh dan kurang berjangkit kepada anak-anak yang lain. Selain itu, beri juga kepada anak anda nutrisi yang mencukupi untuk melawan penyakit seperti Vitamin C, Multivitamin dan Protein.
Untuk konsultansi atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cik Mien 24/7. Jumpa lagi.

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

COD: Kajang | Bangi | Putrajaya

#impetigo

Leave a Reply

CommentLuv badge